Showing posts with label Nik Anas Iman. Show all posts
Showing posts with label Nik Anas Iman. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

tamat disini, maaf !

manisnya senyumanmu :)

kalau diikutkan hati degil ni, mahu je aku fully bf anas sampai dia 2yrs, tapi akhirnya niat suci tu terpaksa distopkan sampai disini sebab stok susu tak mencukupi, sob sob! minggu lepas anas dah start minum susu fm semula, tapi time aku keje jelah sebabnya aku hanya mampu bagi dia 2 botol x 5oz susu ibu je kat dia, selebihnya susu fm lah, hukhuk! *redha*

maap anas! ibu tak mampu, sob sob!

sebelum ni time cuti sekolah, beria aku bertungkus lumus buat stok susu, ada la dalam 10 botol, haha tak banyak pon. tapi cukuplah utk rolling campur-campur dgn susu yang aku pam hari-hari time keje kan. susu tu aku bekukan pastu simpan dalam freezer kelas pra tapi lately sekolah asyik blackout je, kadang-kadang sampai 3hours blackout. so, habis rosak semua susu yang aku bekukan sebelum ni, T_T

dalam sehari, aku hanya pam 2kali je. sekali time kat sekolah, sekali lagi time subuh sebelum pegi sekolah. memang salah aku sebab tak rajin pam. lagipon aku sangat risau bila simpan susu banyak-banyak kat freezer pastu blackout, aduhh rosak lagi la susu tu T_T. kondisi elektrik kat sekolah sekarang tak berapa stabil, memang selalu sangat blackout. lebih-lebih lagi bila pengeluaran susu tak berapa memberangsangkan, bertambahlah risau :(

dulu sekali pam boleh la dalam 7-8oz tapi sekarang 5oz paling banyak, memang risau. maybe sebab kurang pam kan. poor me! ntahlah, lately asyik penat je, asyik malas je, balik keje just nak rehat-rehat je, nak kemas-kemas bilik, basuh baju lagi (*basuh by hand pulak tu), jaga anas yang makin lasak ni, macam-macam. jadi aku dah tak sempat nak pam bila kat rumah. anas pulak minum susu 5oz walaupon dah maman banyak. so, mana sempat buat stok kan, so dalam redha tak redha, terpaksalah dia minum fm.

anas minum anmum, alhamdulillah dia oke, takde masalah. anas memang gud boy, semua senang. memang sebak bila mengenangkan anas kena minum fm tapi takpe lah, susu fm pon bagus jugak, berkhasiat jugak. mudah-mudahan utk 2nd baby nanti aku mampu fully bf sampai dia 2yrs :)

ameen!

my lil bambam yang dah tak bambam sangat dah, ehe!! kiss, muaah!!

** baru beli mesin basuh, tak perlu dah basuh baju dgn tangan, letih mak nokss!!**

Friday, 13 January 2012

its not easy but really meaningful

kadangkala terfikir, begini rupanya keadaan bila punya anak kecil, anak kecil yang sedang lasak mengeklore benda itu benda ini, anak kecil yang makin hari makin bijak dengan macam-macam, anak kecil yang sudah pandai menenangkan hati dan kadangkala menambahkan kekusutan, hiks!! tapi semua itu pengalaman yang bakal saya kenang sepanjang hayat hidup ni. :)

besok, 14 januari 2012 Anas bakal ke umur 9MO, pantas masa berlalu. tapi makin meningkat umurnya, makin banyak yang saya takleh lakukan sebabnya pantang saya hilang didepan mata, mulala dia melalak-lalak, meraung-raung minta didukung, aduhai anas ku cayang!!

mandi manda
sekarang bukan masa nak berlalalala, bersyampu shower lama-lama dalam toilet dah, sekarang kena mandi-mandi kambing jek, sebab anas selalu nangis bila saya tinggal dia main sorang-sorang, walaupon sekejap. senang kata, pantang saya hilang depan mata, mulalah dia nangis. selalunya saya lekakan dia main dalam walker, takpon letak dia atas toto dengan mainan banyak-banyak, tapi sudahnya dia terjah saya dalam toilet jugak, hakhak. dulu saya memang tak lock pintu sebab senang nak jenguk dia main kat luar kan, tapi sejak dia dah pandai terjah ni, terpaksalah saya lock pintu sebab risau dia licin dalam toilet tu. tapi bila dah lock pintu ni, saya risau pulak dia sorang-sorang kat luar tu. akhirnya, mandi kambing lah saya tiap kali balik keje, hukhuk!!

solat
bila saya solat saya letak anas dalam walker, tapi ada jugak time dia taknak duk dalam tu, so terpaksalah letak dia atas toto. tapi bila dia atas toto, mulalah dia menjelajah sana sini, dan pastinya port dia suka atas sejadah saya, sob sob T___T. bila saya sujud, boleh pulak dia tarik telekung saya, pastu kadang-kadang dia duk pegang je kaki saya, paling saya geram bila dia statik je duduk atas sejadah sambil mata kelip-kelip tengok saya smbil sengih-sengih. geram kan?? haiih la anas, mujurlah dia comel. terpksalah saya berenti solat, angkat dia pastu sambung solat sekali lagi. dan kadang-kadang penah jugak, berkali-kali saya berenti solat, angkat dia, pastu solat sekali lagi, hukss!!! :(

ni dia budak kecik yang nak mengaji dengan ibu dia, hehe!

masak-memasak
bertuah saya sebab saya duduk berempat dgn kawan-kawan. cik wawa, cik ma & cik aishah banyak jugak membantu dlm menjaga anas tapi bukan tiap waktulah sebab diorg pon ada masa diorng sndiri kan. rumah kami jugak ada turn masak, cumaa bila time saya masak, memang sesimple mungkinlah dan saya selalu masak dalam keadaan berkejar-kejaran sebab risau anas iman nangis taknak duk diam. kdg-kdg member-member yg jaga anas time saya masak, tp anas sangat lasak, bukan nak duk diam pon merangkak sana sini la haihh!!

sepahkan bilik ibu dgn surat khabar ok!

driving hometown
seksa. ya, seksa sebab anas bukan jenis yang suka duk dalam carseat lama-lama. perjalanan 2 jam setengah (KB-JELI , JELI-KB, JELI-BESUT) sapa yang tak boring kan? kita yang dewasa pon boleh boring, ini pulak budak kecil yang sedang lasak nak explore itu ini kan. so, bila dia nangis hingga tak terkawal keadaan tu, terpaksalah saya berenti, bf dia. kalau mood dia ok, lepas bf leh la letak dia dalam carseat balik, kalau tak, memang terpaksalah drive sambil meriba dia, hukhuk! bahaya memang bahaya, dalam keadaan yang memaksa, eceh!

sengih sebab leh duk atas riba ibu, hehe!

selalunya, baby carrier benda wajib ada dalam kereta saya sebabnya bila dia taknak duk dalam carseat, saya letak dia dalam baby carrier la, then carry dia sambil drive. selalunya tak lama saya buat camtu sebab bahaya drive sambil riba baby kan. lagipon saya bukan driver yang cekap. so, bila dia dah bertenang sikit, saya letak dia balik dalam carseat dia, then main-main kejap dngn dia, bila dia dah oke, teruskan drive sampai ke destinasi, hehe! solution terakhir utk elak dia nangis tak sudah, saya beli carseat baru yang stail mcm duduk atas seat kete je, cuma ada belt jelah. so far, semalam try anas oke, dia suka, hehe!

seronok duduk dalam carseat baru sambil gigit mainan ;)

sleeping beauty
sebelum ni, petang-petang anas memang akan tido bersama saya, lepas bf je kompem dia tido. tapi sekarang, bf lah dia lama mana pon, mesti dia taknak tido. habis dia panjat badan saya ni, dahlah dia tu bambam, penat saya, hiks!! takpon dia nak main-main. sepatutnya rutin lepas balik sekolah adalah tido, tapi sekarang terpaksalah saya bersengkang mata melayan dia main, :( tapi mujurlah, malam anas senang nak tido. pukul 10-11 dia dah tido dah, hehe.

bulat kesayangan ibu abah :)

banyak perkara yang dulu senang je saya nak buat tapi sekarang banyak saya kena kurangkan buat, contohnya berbelog ni. dulu memang favourite saya, tapi skrg dah takde masa nak belog, nak jenguk blog kawan-kawan pon dah payah, huhu!

tapi takpe, semuanya berbaloi sebab anak lagi bernilai dari yng lain-lain. :P

Friday, 6 January 2012

bila dia dah makin lasak

when he smile, my heart will melting tau, hiks!!

tadi anas baru je terhantuk kerusi kat umah tokma, pastu ibu la yang kena marah dgn tokwe sebab asyik bergosip dgn adek-adek, tak hiraukan anas panjat bakul, huks! tapi sebenarnya bukan ibu yg tak jaga anas, tapi anas tu laju sgt. sekelip mata je panjat bakul tu padahal sebelum tu elok je atas riba ibu, haihh anass anas! :)

sejak dia boleh merangkak, panjat sana sini, rasanya makin tak larat nak kejar dia. laju sangat. tetiba hati ni macam terpikir, kan seronok anas macam baby dulu, behave je, takdelah lasak macam sekarang, hehe! tapi tulah, dulu kalut nak anas cepat macam-macam, sekarang hamek kau, letihssss!! T__T

tapi sebenarnya lasak tu bagus utk perkembangan dia, leh la dia explore macam-macam cuma akulah yg tak larat nak mngejornya, hukhuk! tadi pon dah pndai jugak amik benda masuk mulut, adoii! ini kes bahaya ni, dahlah anas ni suka benor gigit-gigit hujung karpet, tikar pastu kot-kot lah jumpa benda kecik-kecik bawah tikar tu, mahu dimasuk dalam mulut terus tu, haihhh kena extra careful lah kan ;p

perkembangan lain ; anas maman banyak tau. setakat ni memang aku masak sendiri je makanan anas. simple dimple punya la. contoh mcm, oat campur buah sayur, nasi campur buah sayur, buah campur sayur, gitu jelah. anas memang fruity lover, favourite tau. kalau aku tngah kacau-kacau bubur dia, mulalah dia tak keruan. melampau tau bila nak makan tu. kadang-kadang, sambil bunyi mendengus-dengus marah tau kalu suap lambat, amboi amboi.

tema oren : labu, carrot, keledek oren campur oat

setakat ni favourite anas LABU, haha. cepat je dia makan labu tau. blend kosong gitu kompem licin. taktaulah apa yang sedap labu tu. kadang-kadang macam boring jugak nak masak benda sama kat anas, tapi nak buat camne, ibu nya salu blur bab masak memasak ni, hehe. emm setakat ni anas memang makan makanan blend lumat walaupun dia dah ada 4 batang gigi. ntahlah, macam tak konfiden lak nak bagi sumthing yang lenyek-lenyek, risau dia tercekik je, hakhak! tapi rasanya dah perlu start ajar dia mngunyah dah, takkan nak makan bubur blend je kan. poor my baby!! :(

buah-buahan pon anas suka macam peach, prune, mangga, betik, kiwi, apricot, blueberi, macam-macam lagi lah. sayur pon dia ok, cuma kalu brokoli dia kurang skit. potato dia suka, cuma bila makan je, mesti dia yak banyak kali, hehe!

oklah, got to go now sebab raksasa comel sedang mengamuk ni. habis dinaiknya lappy ibu dia ni, amboi!! :)

2012 and photoshoot dreaming

gambar bertiga yang terbaru pada akhir 2011. famili potrait lah kononnya, kohkoh!!

my dream for 2012, adalah nak bergambar outdoor famili bertiga. cun! photographer dah cop dah, cumaa tarikh nak berphotoshoot je belom decide lagi sebab hubby asyik work work and work je. pastu bila balik kampong, hubby nak rest and main-main dgn anas je. pastu bila kami nak berphotoshoot lak, cuaca lak tidak mengizinkan. poor me, angan-angan setinggi gunung tapi nak direalisasikannya punyalah payah, hukhuk T__T

tapi takpe, InsyaALLAH, akan tibalah hari nanti utk kami berphotoshoot bertiga kan, ehe! tema photoshoot saya dah decide dah, haha. gila berangan kan. saya nak kami berphotoshoot di kawasan luas yang ada pokok-pokok, belon kaler-kaler, pastu pakai baju putih and jeans, hoyehh!! cute kan ;). saya teringin belon love yang comel, kaler-kaler tapi taktau nak cari kat mana. ohh oh! tapi akan cuba ku cari jua smpai dapat, kuikui.

utk outfits anas, dah lama settle dah. jeans and kemeja putih. outfits ni hubby beli masa g London. hubby beli saiz 3yrs, so takleh lah anas pakai lagi sbb besar kan. harap-harap time nak berphotoshoot tu baju tu dah padanlah dgn anas kan, hehe. tapi saya belom lagi beli baju putih, punyalah survey sana sini tapi asyik tak berkenan lak. susahnyalahhh.

tapikan, better pakai jeans ke skirt ek? saya teringin nak pakai skirt tapi hubby cakap tak comel, tapi saya rasa kalu saya mix and match dgn baju ssuai, comel jek, hiks!

oh tak sabarnya nak berphotoshoot. tak sabar tak sabar tak sabar. :)

ada kawan cakap, lebih cun bergambar if anas dah boleh jalan kan. tapi oleh sbb ketidaksabaran saya melampaui batas dah, saya teringin nak bergambar lebih awal. mana tau, kot-kot masa nak bergambar tu anas dh boleh jalan kan, hakhakhak!

anas dah tumbuh 4 batang gigi tau, bestnya gigit ibu, yummy!! *eh! tetiba kan?*

Friday, 9 December 2011

suka dan duka silih berganti

ibu tengok senyuman Anas, kompem terus cair, aiyak!!

next week (14.12) genaplah anas iman 8 bulan. eh eh! kejap je dah besar anas kan. seronok, weee! tapi bila mengenangkan keadaan kami ber'pjj' dengan abahnya mcm sedih lak. macam tadi, bila hubby nak balik terengganu dah sebab ahad ni dia kena pegi kL, maka dalam 2 minggu jugaklah kami takleh jumpa. tiba-tiba mengalir pulak airmata ni, sedih bila tgk hubby cium anas beria-ria, T__T. sedih sebab abah anas takleh tgk perkembangan anas setiap hari. bilakah kami boleh bersama bertiga?? hmmm.

tapi saya bertuah sebab anas sangat baik budaknya. memang tade masalah jaga dia sorang even kdg-kdg ada jugak dia buat hal, nak berdukung je tiap masa, takleh berenggang langsung tapi biasalah tu baby kan, ada jugaklah dia meragam. bila dia meragam, ada jugak saya rasa nak marah dia, nak cubit dia, tapi bila tgk muka kiut dia, terus terbatal niat jahat tu sebab tau dia manalah tau pape kan.

'anas, ibu mintak maap, ibu tak niat! ibu sayang anas!'

anas budak bijak tu sudah kenal saya as ibunya, ehe! sebenarnya dah lama dah dia cam saya, tp sejak akhir ni dia makin kenal saya sampaikan saya takleh pakai tdung depan dia, sebabnya nati dia ingat saya nak tinggalkan dia pastu mula nangis beria-ria sampai tergolek-golek haha! bila angkat dukung dia, terus senyap, haha, comel kan? skrg kan, sedang elok-elok dia mniarap merangkak dan tetiba nampak saya melintas depan dia, terus dia pusing kepala dia ikut pergerakan saya. if saya ke kanan, dia toleh kanan, if kiri dia toleh kiri. bijak kan?

dia pon dah kenal abahnya dan kenal suara abahnya. mcm malam smlm, bila hubby sampai umah jam 1am, dan anas sudah lena dibuai mimpi, tapi boleh pulak dia tersedar dan tersengih kat hubby bila dengar suara hubby, hehe. terus hubby dodoi dia sampai dia tido smula, emm kasihnya abah kan?? selalu, ya selalunya bila tgk aksi mcm tu, saya jadi sayu, sedih, awan terpilu eh! kadang-kadang rasa nak stop je masa, kalaulah boleh kan, hmmm.

teringat pulak time duk terengganu dgn hubby, bila malam je kompem anas tido lambat. jam 11, 12 dia takmau tido lagi even saya dah bf dia, still jugak mata dia bolat, takmo tido. pastu bila hubby dodoi dia, trus dia tido tau. tapi bila berdua je dengan saya, saya bf je dia, terus dia tido dgn senangnya, ehe! time abah ada, nak bermanja-manjaan pulak ye, ehemm!


buah hati pengarang jantung, :P

Friday, 11 November 2011

semakin membesar tapi minta tolong jangan jadi besar, boleh?

sedih. lagi 3 hari je lagi Anas dah 7 bulan. kenapa cepat sangat besar?? ibu suka waktu Anas kecik-kecik dulu. sekarang pon suka, tapi...emm taktaulah nak describe mcmana, tp slalu je harap boleh diundurkan masa, eceh!! panggil doremon suh undurkan masa boleh? kohkohkoh!!

mcm org besha lah awak tido, tomeinyaaaa!!

lepas Anas menginjak 7 bulan, 5 bulan akan datang genaplah setahun pulak. aduhai! memang cepat masa berlalu kan. pastu setahun lepas tu Anas dah 2 tahun, jadi bolehlah ibu tambah adik lagi kan, eh!! ibu kan harap-harap boleh holdkan masa kejap supaya Anas jd baby je, takyah besar-besar. suka layan Anas time skrg ni, sbb Anas comel. tapi besar nanti pon mesti makin comel sbb Anas kan anak ibu, wakakakakaka!! koya lak ibu.

skrg ibu abah asyik panggil Anas 'adik' je, pdhal nt lepas ni Anas akan jd 'abang' bukannya 'adik' kan, hehe. jadi, ibu abah kena prktis panggil Anas 'abang' dah lepas ni, hehe, mcmlah nak dpt adik baru skrg kan, tapi kalu dpt skrg pon apa salahnya, eh!!

eh kiutlah awak!! gerammm, grrrr!!

hishhh!! skrg Anas dh besar, bila duk dlm riba ibu pon kaki siap berjuntai ke bwh dah. cepatnya awak ni panjang kan, pdahal ibu abah kemetot je, bknnya tinggi pon, tp awak ni panjang tp bambam, ikut sapa tu?? Ayah E ke? eh mane leh ikut Ayah E sbb ayah E itam, bukan putih pon, hahaha!

muka Anas banyak iras ibu kan, emm iras abah?? adalah kot sikit-sikit (hehe, kang merajuk lak abah kalu ckp Anas totally copy paste ibu kan?). cuma Anas versi bambam, ibu lak versi yusyus (kuyus, wakaka)

ibu, Anas & abah
~ love always! ~

Saturday, 5 November 2011

6 month old already !!

ibu dan Anas Iman si mata boolat!

Anas Iman sudah 6 bulan 3 mnggu dah, lagi seminggu lebih je dia nak masuk 7 bulan. takku sangka, macam skelip mata je Anas Iman membesar bagai juara neh! rindu-rinduan pulak waktu dia kecik dulu, waktu berat dia hanya 2.6kg je, waktu dia salu nangis-nangis dulu, waktu dia nangis nak menyusu every 2 hour, waktu dia pakai baju newborn pon asyik longgar-longgar jek, waktu dia asyik mnggeliat je, waktu ahh macam-macam waktu lah. hmm rinduuu!! T__T

sekarang bila tengok, bila tenung Anas lama-lama, masih lagi ada perasaan tak percaya tu. tak percaya saya mampu lahirkan seorang anak, tak percaya saya mampu jaga seorang anak sendirian, tak percaya bahawa saya sekarang seorang ibu. Anas Iman mengubah diri saya dari seorg kanak-kanak riang kepada seorg yg lebih mature, ecehh!! hehe!

banyak perkembangan terbaru Anas skrg. berat terbaru sudah 9kg dh, wohooo!!! sejak boleh makan ni, rasanya Anas makin berat je, hehe! fav food Anas carrot + kurma & labu lenyek. bila nak suap dia, tak menyempat-nyempat, salu je marah-marah kalu ibu suap lambat, mcm makanan tu dah nak abis je, haha!

dia takleh lg menyusur ke depan, tapi kalu golek-golek, pusingan 360darjah fuhh teror! letih lak ibu nak kutip dia sana-sini, laju je gerak. skrg nampak gaya nak merangkak dah, asyik angkat dada ngan bontot je ni. pastu suka benor gigit bibir sndiri, mcm geramkan sumthing je, hehe comel jek. baju pon skrg kena pakai saiz 12month dh, sbb kalu beli baju 6month kompem kecik, ketat. tapi pampers still saiz M lg, tak berubah2.

Anas ni mulut manis, suka senyum, sengih. pantang org agah dia, org layan dia, org cakap2 dgn dia, kompem tersengih je. manissnya Anas ni, hehe! ramai yg cakap Anas ni mesra. kalu g mall, kompem ramai yg tegur & geram kat dia sbb mata dia boolat sgt, pastu bila org duk cuit-cuit dia, mula la dia sengih-sengih buat muka comel, manala org tak geram kan, aiyakk!

my only one little bambam ~ muka terkejut sbb ibu asyik snap dia je, tp comel sgt.

Saturday, 24 September 2011

boolat saya

inilah boolat saya

dia, Anas Iman sekarang dah berusia 5 bulan. berat sudah 7.8kg. Ya, berat & tiap kali dukung dia kompem tangan lenguh hingga rasa nak letak minyak angin banyak-banyak, hehe!

time kena inject aritu dia punyalah menangis kuat tapi mujurlah sekejap je. pastu misi cakap Anas ni leh masuk contest baby sihat sbbnya dia bambam sangat. tiap kali orang tengok Anas, mesti orang geram sbb badan dia sihattt sangat, cumaaa ibu dia pulak yg jadi tak sihat. tak sihat tu maksudnya kurus sangat, hukhuk T__T

saya sememangnya sayang sangat kat Anas Iman ni walaupon bila dia duk dgn saya, dia suka meragam hingga saya tak boleh buat kerja rumah pape pon, huhu. tak kesahlah, baby memang mcm tu kan. :)

eh nape org selalu silap panggil nama Anas ni Anas Aiman bukan Anas Iman ek?? emm comel kot Anas Aiman kan, tapi Anas Iman pon comel jugak kan. tape, tape, next baby kita letak Aiman lak, hehe!!

oloh, nak update tp mcm bosan lak, hukhuk!!!

Saturday, 3 September 2011

bila suami cakap 'resign jelah'....

orang lain mesti tak paham kenapa, & boleh kata apa saja tapi bagi saya 'berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya' T____T

okey fine, mood sangat stress sekarang. syawal ketiga bilamana suami balik terengganu atas tuntutan keje, hilang sudah segala mood raya & bergumbira, plus esoknya Anas Iman pulak tetiba je demam. ntahlah demam apa? demam rindu mungkin.

atau mungkin demam nak tumbuh gigi, hehe. Ya, Anas skrg semacam gatal gusi je, mulut & lidah tu asyik menggaru-garu gusi je, eh! HAHAHA, tapi mungkin juga dia terliur nak makan bila tengok ibu dia beria makan apasaja bila beraya kan, huhu.

sabarlah, tunggu seminggu lebih je lagi. bila awak masuk je 5 bulan, nt ibu try bagi awak makan sikit-sikit. dan TOLONG JANGAN BERIA SANGAT MAKAN YE, sebab ibu taknak awak bambam sangat, nanti ibu tak larat nak dukung, huhu.

satu habit Anas yang sukar dibedung sekarang adalah HISAP JARI SENDIRI, hingga kadang-kadang boleh tertido sebab syok sangat hisap jari & kdg-kdg taknak menyusu tau, amboi-amboi. best sangatla jari dia agaknya, perisa strawberi kah???? huhu

mood up side down skrg lah, ohh malasnya nak keje & malasnya nak balik Jeli. kompem jem teruk punyaaaaa, kenapalah saya perlu bekerja jauh sebegini, T___T

Thursday, 25 August 2011

update : Anas Iman 4 bulan sudah!!

selamat hari raya aunty-aunty, uncle-uncle!!

Yay, anak ibu sudah 4 bulan lah & membesar bagai juara dah, hoyehh!!

aritu g cek klinik, berat Anas Iman sudah 7.2kg, naik 0.7kg je dari bulan lepas. tape, naik banyak jugak tu, kira bambam jugaklah, huhu!!

masa pegi klinik, nurse geram tengok Anas sbb bambam sangat. tapi bila tengok mak dia, mcam tak caya lak, sbb mak dia kurus sangat, anak je sihat, muahahahaha!

budak pipi labuh!!

berjaya meniarap tapi kejap meniarap, kejap senget-senget badan je. pastu kalau dah meniarap, bising satu rumah dngn suara dia. emm Anas oh Anas!

Tuesday, 16 August 2011

cabaran sudah bermula..

sekarang baru saya tahu ape itu susu merudum?? uhukhuk, sebabnya saya sedang melalui situasi ITU sekarang!! kasihan saya, T__T!!

tapi lagi kasihan, si bambam itulah.

kejadian ini berlaku mungkin sebab saya jrg sahur makanan berkhasiat & berbukak pon ala kadar jek. yelah, bila tinggal berdua je dgn Anas & time-time nak berbukak itulah Anas buat hal, maka manalah sempat saya masak beria-ria kan. lagipon bila tinggal berdua je, mood makan saya asyik ke laut je. hmmm, =__=

kadang-kadang cuba jugak paksa diri makan, tapi asyik tak habes je. so, sbgai penguat tenaga saya makan kurma byk-byk, pastu amik vitamin shaklee, minum air masak banyak-banyak & bolehla bertahan sampai berbukak cumaaaaaaaaaa bila time pam tu, hasil tuaian tak berbaloi-baloi lah, pastu bila dah nak petang & DF Anas, mesti dia mengamuk-ngamuk sbb susu tak laju mcm biasa. Anas ni jenis tak menyempat, asyik nak laju je, pastu mula la dia bising satu rumah tanda protes & duk tarik-tarik cik N saya suh kuar susu laju, aduyai!!

last-last terpaksalah amik EBM kasi dia, barulah dia senyap & tertido. sian dia!!! stok EBM pon ada bpe ketul dah tu, berdoa moga cukuplah smpai habis puasa ni. AMIN!!

lepas raya pulun buat stok laaa nampak gayanyaa. saya yakin susu saya banyak & insyaAllah sempat buat stok lagi.

*hati & pemikiran kena sentiasa positif barulah production susu pon makin meriah kan, hoyehhh!!*

ish ibu ni, lambatlah!! hisap tangan sendirilah dulu, inipon sodap!!

Friday, 12 August 2011

life as 'single parents'

cekur udang gamit,
tanam cekur tumbuh kunyit,
masuk dapur nasik hangit.

hahahaha! bila duk berdua jek dgn Anas, saya nyanyikan dia lagu itulah sambil bukak tutup tangan sendiri. niat mahu agah si Anas, tapi Anas ni kadang-kadang memang dia layan je ibu dia ni, kadang-kadang dia syok lagi hisap tangan sendiri, hukhuk!!

i'm surrender lah ibu!!!

sejak menjaga Anas sendirian ni, saya rasa diri saya mature sikit lah. sekarang, apa-apa hal nak buat atau nak beli mesti pikirkan si bambam dulu, then if berbaloi barulah buat / beli, skrg mak tak boros macam dulu dah, hehe! pastu kalu dulu apa-apa hal pon mesti nak harapkan sang suami, tapi sekarang saya dah boleh dah settle kan hal-hal kecik sendirian. cuma kdg-kdg ada jugak terpaksa mintak tolong dia, contohnya settle kan bil-bil, broadband, astro, bla bla sbbnya saya kekangan masa, pastu susah nak dukung si tecik yg bambam ni, & bila hubby byr dia guna duit dia, bukan duit saya walaupon saya yg guna semua-semua tu, huhu!!

tapi cabaran bila menjaga anak sendirian ni banyak jugak, yelah, saya dah tade masa nak mandi manda lama-lama. skrg mandi skadar yg boleh jek, cuma waktu pagi tu boleh la mandi lama sikit sbb Anas tido lama, itupon kalu mandi jam 4 atau 5 pagi, jam 6 dia mesti dah bangun dah, hahaha. saya dah hafal dah jadual tido dia. maintain je tiap-tiap hari. sekarang jugak, waktu berbuka & bersahur pon makan mana yg boleh jek. if kawan (cik wawa) ajak berbukak dgn dia, barulah makan beria sikit, itupon kena tggu cik wawa habis makan dulu lah, barulah saya makan sebabnya masa saya makan cik wawa yg pegang Anas. tapi kdg-kdg makan sparuh jalan jek, sebab Anas dah mengamuk-ngamuk dah, time lepas bukak memang time tido dia, so terpaksalah tido kan dia dulu pastu sambung makan balik, hahahaha begitulah rutin saya sejak dua menjak ni.

kadang-kadang kalau nak poopoo pon terpaksa tahan sbb dia merengek nak tido kan. tape lah, demi Anas Iman kan, ibu sanggup tahan, hahaha. tentang fesyen-fesyen pon skrg pakai asal boleh jek. pegi sekolah memanglah saya pakai beria sikit, cuma time jenjalan ni rasa tade mood lak. makeup pon sekadar touch up bila perlu jek. seluar merah, tshirt biru, tudung pink & selipar jepun tu dah jadi fesyen biasa utk saya, hahaha, kira okey la kan. fesyen lah jugak tu, berkaler-kaler lagi, huhu.

syoklah tido!!!!

hmmm sekarang kan, time keje saya mesti rindu kat Anas. rindu yang tersangat-sangat rindu hinggakan rasa nak melompat balik umah jek. Yelah, BS jaga Anas kat umah saya jek, jadi dekat jelah nak balik, hehe!! ntahlah kenapa, tetiba je mesti rindu. bila dalam kelas, hp mesti kat tangan jek, sbbnya nak tengok gambar si bambam tu kat hp. cute! tapi rindu. kdg-kdg bila ada time free, saya mesti lompat balik tapi kejap jelah. balik just agah-agah dia pastu pegi sekolah balik, hahahaha!

bila tengok Anas je, mesti teringat kat abah dia, padahal muka Anas tade pon iras muka abah dia, haha. tak taulah kenapa, tapi memang tengok Anas nmpak abahnya lah, emm yelah Anas ni hasil usaha bersama kan, jadi tentu-tentulah teringat kat abahnya.

oke itu sahaja. selamat berpuasa!!! puasa saya dah ade 3 lubang yang kena ganti, aduyai! :(

Monday, 8 August 2011

Anas Iman, my super bambam

okes, ini dia budak bambam pujaan hati hamba ni. 14hb ni genaplah umur dia 4 bulan, ayoyo, sungguh cepat masa berlalu kan. :)

Alhamdulillah, hari kedua, ketiga, keempat, kelima, & keenam saya berjaya puasa penuh satu hari tapi bila masuk hari ketujuh berpuasa, saya kembali gagal, huhu. gagal akibat bengkak susu hinggakan demam mengigil-gigil, :'(

sakit, perit, hingga menangis-nangis tahan sakit. taktaula nape asyik trkena bengkak susu je kebelakangan ni, hmm salah makan kot, tapi taktau salah makan ape, huhu!! oleh sebab tak tahan sakit, sy truslah ke klinik belakang sekolah ni, mujurlah nurse situ friendly, diorg urut-urut bhgian bengkak tu hinggalah kuar susu. tersumbat katanya. diorang ajar saya marmet, boleh la buat tapi sakit bengkak tu yg selalu buat saya terbantut nak marmet. jadinya, saya pam jelah, janji kuar susu jugak kan, huhu!

Ya Allah, harap-harap lepas ni tak kena dahla bengkak susu ni. Amin!!

hasil pam masa keje, 7oz ++, Alhamdulillah!!

sejak puasa ni, aktiviti mengepam masa keje macam biasalah, pukul 12 dh ready nak pam. hasil pam pula kdg banyak kdg sikit, tapi itu normallah janji ade kan. tapi skrg saya tambah dh sesi pam, pam sebelom tido & selepas sahur. kdg2 pam jugak masa BF Anas. sudah jadi pengepam tegar dah saya ni, tangan ni tak lepas dgn pam jek, hahaha! bila pam mase BF Anas, hasil hanya 1-2oz je, tak banyak pon sbb Anas ni bila saya ade dgn dia, kejap-kejap dia nak nenen. lepas nenen pon, dia nak lagi & lagi & lagi, jadinya hasil pam pon tak mmberangsangkanlah. tapi tape la sikit pon, nt leh topup susu-susu yang dipam sebelom ni utk cukupkan 4oz.

Ya ampunnn, sekarang Anas makin kuat mnyusu lah. sebelom ni, bila keje, saya bekalkan Anas 4x3oz tapi sekarang 3oz dh tak cukup utk dia. so, terpaksalah saya lebihkan jadi 4oz lak skrg, hohoho! & sebab itu jugaklah sesi pam saya trpaksa bertambah, janji cukup utk bekalan Anas masa saya tinggalkan dia dgn BS, :)

sebenarnya banyak yang saya silap bab EBM ni, tapi tape, saya slow-slow belajar. kalau dulu, masa nak ajar Anas hisap botol, saya amik frozen EBM tu & terus rendam dalam air panas tanpa cairkannya dulu utk bagi Anas. saya taktau pon patutnya kena cairkan dulu, then baru leh rendam dalam air panas, bila dah suam, barulah boleh bagi kat Anas. itulah silap saya yg pertama. Sebelom-sebelom ni lepas saya pam, saya terus letakkan susu fresh tu ke tempat freezer tanpa letak dalam chiller dulu. tapi rupa-rupanya saya salah, patutnya susu fresh tu letak dalam chiller dulu, then bila dah agak-agak sejuk barulah letak dalam freezer. ini supaya susu tu tak terkejut sejukbeku terus, hehehe! & itulah silap saya yg kedua. :(

ohh rupanya banyakkkkk lagi yg saya perlu belajar bab EBM ni, & mujurlah ade KIM-FB tempat saya mengorek ilmu-ilmu tentang breastfeeding ni. Alhamdulillah, banyakk jugak yg dapat saya korek, hehe!

minggu lepas adalah hari bahagia keluarga kecil saya sebabnya abahnya Anas bercuti sminggu, ehe! jadi, dalam masa seminggu tu, hubby sntiasa ade bersamalah mngharungi susah senang mnjaga si bambam ni. masa saya work, hubbylah yg jadi BS Anas. mandikan Anas, pakaikan Anas baju, susukan Anas, basuh poopoo Anas, tidokan Anas semua hubby settle kan sendiri, & hasilkan memang ABAH MITHALI lah, hehe!

pastu masa cuti, kami habiskan masa berjalan-jalan sana sini sampai lenguh kaki, hahahahaha!! tak sabar rasanya nak dapat tukar ni, tapi berangan jelah, sebab surat pertukaran tu tade orang nak sokong, guru besar baru belom masuk lagi, huhu. bekerjalah kamoo kat Jeli ni sampai kesudah, huhu!

Anas bersama ibu abahnya, huhu!

Friday, 29 July 2011

bengkak susu itu sakit, T___T

pagi tadi serius sengsara dgn bengkak susu. jenuh BF Anas Iman banyak kali tapi bengkaknya enggak mahu hilang dong! terasa mahu nangis je tapi itu bukan boleh hilangkan bengkak pon. so i try tuam bengkak tu dgn air panas, eh bukan-bukan. tuam dgn botol yg berisi air panas. tapi failed jugak, hukhuk!!! skrg bengkak ada lagi tapi sudah kurang sikit la, sebab paksa Anas isap jugak, sampai tertido-tido Anas, hahahaha!

seksa sungguh bengkak susu ni. kekadang rasa macam nak bius je bhgian bengkak tu supaya i tak rasa sakit lagi kan. Ya Allah, dugaannya. dh banyak kali bengkak susu ni, kadang-kadang sampai berketul-ketul, ohh seriau. lagi seriau bila tahu ada yg kena operate akibat bengkak susu ni. OMG, takmaulah kena macam tu, hmm risau, :(

pastu bila berkeadaan macam ni, terus teringat kat encek hubby, sebab biasa kalu i bengkak susu, dialah yg banyak bagi support, & dia juga lah yg tolong jaga Anas sementara i try bermcm-mcm cara utk surutkan bengkak ni, emm rindu!

oke, oke, esok akan jumpa hubby dah, hoyehh! & mulai esok, dia akan bercuti seminggu, hoyehh lagii!! jadi, sebagai permulaan puasa, isnin ni bolehlah kami berbuka & bersahur bersama-sama kan, pastu sama-sama menjaga Anas, hmm bahagianya!! ohh jarang dapat situasi begitu tapi bila dah dapat, rasa nak suh masa lambat-lambat je berlalu, Amin!!

tak sabar nak tggu hujung tahun ni sebab kami plan nak pegi melancong, bersama Anas. :) seronok, harap tercapailah impian ni. melancong dalam negeri je, itupon dh cukup bahagia dah. boleh dah i merancang & berangan macam-macam kan.

sedih bila i kat sekolah, i terpksa jadi 'single parents'. pagi-pagi kelam kabut nak siapkan Anas, susukan Anas, blaa blaa, pastu pegi keje, keje sampai nak muntah pastu balik keje. kat umah, main-main dgn Anas, pastu tinggalkan dia kejap utk mandi then barulah boleh makan, makan pon makanan simple-simple je, janji kenyang. pastu mandikan Anas, main-main dgn dia lagi, tidokan dia, barulah boleh basuh baju, iron baju utk esok, siapkan baju-baju Anas letak dlm bakul then barulah boleh tido dgn aman. pastu esok pagi jam 5.00 pagi dah bangun dh utk pam susu, then mandi pastu susukan Anas, bila Anas dah tido barulah boleh pegi keje. pastu ulanglah hari-hari dgn benda sama.

bila dikenang-kenangkan, terasa sedih je diri ni. terpaksa berjauhan dgn hubby pastu membesarkan & menjaga Anas sorang-sorang. memang supermak tapi tak super mana lah sebab kadang-kadang menangis jugak sbb tak tahann duk berdua je dgn Anas, hmmm :(

my little bambam, Anas Iman

tapi i bertuah jugak lah, sebab Anas sangat senang utk dijaga. mungkin dia paham, ibu dia keseorangan je. Anaslah pengubat duka lara ibu. cuma tak seronoknya sebab abah takleh tengok sangat perkembangan Anas, nak 3gs pon coverage kat kuarters sangatlah teruk, emm kesian abahh, :(

ehh, ehh, melalut benda lain lak, hehe! okeh lah, my super duper bambam dah bangun nak nyusu, kena cau cin cau dulu, huhu!!!

Wednesday, 27 July 2011

alamak!! positif again??

adoi, kalu betol positif, mahu pengsan empatbelas kali ni, kuikui!! mak fobia, jadi baik mak rilek-rilek dulu, jaga si bambam betol-betol baru plan masa akan datang kan, kan. hehe!

tapi- tapi, serius rindu masa tempoh pantang aritu. menjaga Anas yang sangat kecik & suka nangis ni, memang betol-betol mencabarlah.

paling rinduuuu, bila tengok Anas dibedung, oh comel-comel. try bedung Anas semalam, mula-mula dia rilek je, pastu lama-lama nangis sbb rimas kot, tapi lepas nangis-nangis tu, boleh pulak dia tertido, hahahahaha!!

ini angkara Ayah E lah yang nak bedung dia, ayah E kata tangan & kaki Anas aktif sangat, takmau duk diam, kuikui.

empat lima kali tengok Anas berbedung ni, macam girl lak dia, aduyai!!! eh anak ibu boboi lah, gagah perkasa lah, muahahahaha!!

oke, cubaan ibu berjaya!!!

kaki try nak sepak-sepak kain bedung tu tapi tak berjaya, hehe!!

ololololo, comelnyaaaaaa!!!

hahaha, start nak nangis dah, pastu tertido lak dia, kuikui!!

emm rindunya kat hubby, bila nak jumpa ni?? hmmmm T___T

Monday, 25 July 2011

Anas Iman & his bottle story

Anas minum ebm :)

weekend lepas i sentap sikit dgn Anas sbb Anas refuse df dgn i. bila i bg nenen je dia mengamuk. bagi belah kiri, bagi belah kanan, dua-dua dia taknak, huhu. tapi bila bagi botol ebm 3oz, licin dia minum, aduyai. inilah akibatnya bila dah terbiasa dgn botol kan. padahal i bukannya tinggalkan dia lama pon, setengah hari je, balik keje i direct bf dia. ini baru seminggu dia praktis minum guna botol kan.

tapi i paksa-paksa jugak dia, akhirnya dia mengalah & terus bf dgn i sampai taknak lepas pulak, huhu.

puting orthodontic

oleh sebab Anas suka isap susu laju-laju sampai kdg-kdg tersedak, i ajar dia guna puting kemek ni. puting ni bagus sebab lubang dia kat tepi, jadi bila Anas isap, susu tak direct ke tekak lah, tapi keluar ke langit atau ke lidah dulu, then baru ke tekak utk ditelan, hehe. tapi Anas ni tak reti nak sabar, bila susukan dia guna botol, habis separuh puting masuk mulut dia. puting ni jenis besar sikit, memang penuh mulut la kalu dihisap, huhu. tak cool lah Anas ni. kdg-kdg i siap main tarik-tarik lah dgn dia. bila i tarik puting, dia mesti isap lagi laju, smpai puting tu masuk lagi kedalam, huhu.

bottle warmer

beli benda alah ni masa Anas 2 bulan lagi kot. masa tu rs warmer ni penting tapi lama-lama bila Anas dah strt guna botol ni, rasanya kalau tade pon oke kot sebab ebm kalu rendam dalam air panas pon cepat jugak suam, huhu. menyesal tapi menyesal skrg pon dah guna, :(.

tapi yg penting warmer ni kiut, bulat je. :) hahaha, terpksalah anggap mcm tu sebab kalu tak rasa rugi duit je beli, kihkih!!

ibu rock!!

hahahaha, inilah stail bila i df Anas. terpaksa sendal badan Anas dgn paha sendiri sebab tak larat nak tampung dia, berat ya ampunnnn! nmpak tak sopan tapi yg penting selesa, hehe. i buat gitu masa kat umah sndiri jek, kalu kat luar atau pegi umah sapa-sapa, i duduk sopan santun, hahaha. i baru je dapat stail ni sebab masa tu memang rasa tak larat sangat lah, tetiba je kaki jadi terangkat sikit & scara tak langsung terus dpt tampung Anas, hahaha, memang baguslah, :)

muka terkejut tapi comel. suka benar melekat mcm ni sekarang, :)

Friday, 22 July 2011

my swang swing weeks

kalut, kelam kelibut, pening, nak muntah & pengsan, arghhh!!!

begitulah minggu pertama i bekerja, semua benda tak menjadi, huhu. kadang-kadang bila kat dalam kelas pon rasa nak marah-marah je sebab banyak hal yg dipikirkan, huhu.

tapi tape, i try to be cool walaupon dalam hati, Tuhan saja yang tahu. :)

emm bs problem, yes, bs Anas belom ada lagi. aritu dah ade, tapi bila i visit rumah dia, hmm ya ampunnn berselerak, bersepah & blaa blaa. bukan nak kutuk dia, tapi i memang ade high taste pasal bs ni sebab i nak dia jaga Anas elok-elok. ini bukan main-main!! tapi jika rumah dia sangat kotor dgn lantai yg sangat berpasir, periuk belanga (dia penjual nasi pagi) sekeliling rumah, kucing merata riti, oh my, ini tidakk boleh!!

so, i decide suh ma jaga Anas dulu. kebetulan kan, ma datang sama masa i datang Jeli, so i paksa ma jangan balik dulu & biar ma jelah jaga dulu Anas kat kuarters i before i jumpa bs yang betol-betol boleh diharap kan & tidak kotor, hehe!!

dan Alhamdulillah, Anas sangat behave sepanjang ma jaga dia. kiranya tade la i risau je sepanjang bekerja kan, & ma pon boleh jugak rilek bersembang dgn jiran sebelah time Anas tido kan, cuma yang tak tahannya, ma cakap Anas berat, lenguh tangan nak dukung lama-lama, huhu.

& utk tidak menyusahkan ma, sebelom i pergi sekolah, i mesti mandikan Anas siap-siap la. so masa i tade, ma cuma kena susukan dia, tidokan dia & basuh poopoo dia kalau dia poopoo la kan. bila i balik keje, 100% i handle Anas sendiri sebab i taknak letihkan ma.

bekalan ebm Anas, 4 x 3oz & beg comel utk isi ebm Anas :)

ma cakap jadual Anas minum susu sama je hari-hari, pukul 8, pukul 10, pukul 12 & pukul 2 sebelum i balik umah, hehe. so, i bekalkan 4 x 3oz susu utk Anas sepanjang i di sekolah. setakat ni, Alhamdulillah cukup utk si bambam comel tu.

cuma, masalah besar i sekarang adalah rumah i tade fridge lagi, huhu. dah survey nak beli aritu, tapi harga fridge kat Jeli adalah sangat mahal berbanding harga kat kb. so, sekarang i tengah berkira-kira la nak beli baru ke atau import je fridge yg dah ade kt umah sil i tu, hmm, =___=. tapi kalu import perlu sewa lori pulak kan, & kalu beli baru pon kena byr jugak kn walaupon kos hantar free. mknanya, dua-dua pon guna duit, aduyai!!!

oleh sebab fridge tade lagi, so i tumpang simpan susu i dalam fridge prasekolah la, hehe. mujurlah bhgian freezer kosong so i boleh la susun je susu i cantek-centek, hehe! tapi masalah jugak bila susu kat pra, sebabnya terpaksalah i ulang alik antar susu utk ma bagi Anas. mujurlah pra dengan rumah sangat dekat, jadi tade lah letih sangat, hehe!

stok ebm spjg 4 hari lakukan aktiviti pam sewaktu bekerja, huhu

dulu, before keje i plan nak pam 3 jam sekali tapi bila dah keje ni lain pulak yg jadi. hari pertama keje, i try pam 3 jam sekali kat dapur pra tapi keadaan sangatla tidak mengizinkan sebabnya kanak-kanak riang kt pra i suka sangat minum air kat dapur, nanti bila diorang masuk dpur & nampak i tgh pam, msti diorang tanya, ' cikgu, cikgu buat ape tu? eeei, cikgu tak malu', huhu.

so, utk tidak mengajar diorang yg sensored-sensored ni, i trpaksalah adjust jadual pam. pukul 12 lepas kanak-kanak riang ni dah balik, barulah i pam, walaupon sebelum tu breast sangatlah berat & sakit sebab penuh susu kan tapi trpaksa tahan lah. tapi hasil pam adalah sangat berbaloi-baloi hingga kadang-kadang rasa tak caya je, susu i ade banyak, hehe. sekali pam, i dapat kumpul 8 hingga 10oz, kadang-kadang sampai 12oz tau for both B. banyakkan???

8oz sekali pam, & wow, i like!!

i teruja sebab sebelom ni bila pam, susu i paling banyak pon dalam 4oz je. i taktau la milk booster apa yg jadi penyebab susu i jadi banyak sebabnya lately, i selalu makan kurma, minum horlick/susu/milo, makan habbatusauda, makan kalsium & vita-lea shaklee utk tambah tenaga & tidak dilupakan minum air masak bergelen-gelen, huhu.

memang seronok susu banyakkan, & harap-harap bulan puasa nanti susu tidak merudumlah, :). emm i guna manual pam je, sebabnya bila i guna electric pam, nipple i jadi sakit. lepas tu i jadi takut nak pam. tapi bila pam guna manual ni, tak sakit lak, lagipon hasilnya lagi berbaloi-baloi dari electric pam cuma penatlah sikit sebab kena guna tangan kan masa mengepam, huhu.

sehari, i pam 2 sesi je. pukul 12 tengahari & pukul 5 pagi sbelum siap-siap pegi sekolah. bila combine dua2 sesi tu, dapatlah 4-5 botol x 3oz & cukuplah utk kegunaan Anas sehari kan. Alhamdulillah, cukup rezeki utk Anas & harap rezeki tu takkan putus sampailah Anas 2 thn. :)

i teringat kata-kata makcik cleaner sekolah i bila i cakap i bagi Anas susu bdn yg i pam pastu dia, 'eh tetek kecik pon susu banyak ke?' hahahahahahahahahaha.

saiz breast tak melambangkan banyak atau sikit susu kita kan???

kanak-kanak riang

di handphone i, i letak gambar Anas utk wallpaper. pastu adelah sorang kanak-kanak riang ni tertengok hp i then dia cakap, 'cikgu, ni anak cikgu ke? comelnya, bulat gote tapi BOTAK lak,' hahahaha!! terus dia jaja hp i tunjuk kat kengkwan dia, semua cakap anak i comel. kanak-kanak memang telus kan, jadi i pon kembang hidunglah bila anak i dipuji-puji comel kan, kihkih!

baiklah, ibu mana tak cakap anak sendiri comel kan walaupon si anak tu masyam je, hehe!!

nah!! ini dia budak botak masyam tapi dialah kesayangan hamba tau!!

oh la la!