Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Friday, 22 July 2011

my swang swing weeks

kalut, kelam kelibut, pening, nak muntah & pengsan, arghhh!!!

begitulah minggu pertama i bekerja, semua benda tak menjadi, huhu. kadang-kadang bila kat dalam kelas pon rasa nak marah-marah je sebab banyak hal yg dipikirkan, huhu.

tapi tape, i try to be cool walaupon dalam hati, Tuhan saja yang tahu. :)

emm bs problem, yes, bs Anas belom ada lagi. aritu dah ade, tapi bila i visit rumah dia, hmm ya ampunnn berselerak, bersepah & blaa blaa. bukan nak kutuk dia, tapi i memang ade high taste pasal bs ni sebab i nak dia jaga Anas elok-elok. ini bukan main-main!! tapi jika rumah dia sangat kotor dgn lantai yg sangat berpasir, periuk belanga (dia penjual nasi pagi) sekeliling rumah, kucing merata riti, oh my, ini tidakk boleh!!

so, i decide suh ma jaga Anas dulu. kebetulan kan, ma datang sama masa i datang Jeli, so i paksa ma jangan balik dulu & biar ma jelah jaga dulu Anas kat kuarters i before i jumpa bs yang betol-betol boleh diharap kan & tidak kotor, hehe!!

dan Alhamdulillah, Anas sangat behave sepanjang ma jaga dia. kiranya tade la i risau je sepanjang bekerja kan, & ma pon boleh jugak rilek bersembang dgn jiran sebelah time Anas tido kan, cuma yang tak tahannya, ma cakap Anas berat, lenguh tangan nak dukung lama-lama, huhu.

& utk tidak menyusahkan ma, sebelom i pergi sekolah, i mesti mandikan Anas siap-siap la. so masa i tade, ma cuma kena susukan dia, tidokan dia & basuh poopoo dia kalau dia poopoo la kan. bila i balik keje, 100% i handle Anas sendiri sebab i taknak letihkan ma.

bekalan ebm Anas, 4 x 3oz & beg comel utk isi ebm Anas :)

ma cakap jadual Anas minum susu sama je hari-hari, pukul 8, pukul 10, pukul 12 & pukul 2 sebelum i balik umah, hehe. so, i bekalkan 4 x 3oz susu utk Anas sepanjang i di sekolah. setakat ni, Alhamdulillah cukup utk si bambam comel tu.

cuma, masalah besar i sekarang adalah rumah i tade fridge lagi, huhu. dah survey nak beli aritu, tapi harga fridge kat Jeli adalah sangat mahal berbanding harga kat kb. so, sekarang i tengah berkira-kira la nak beli baru ke atau import je fridge yg dah ade kt umah sil i tu, hmm, =___=. tapi kalu import perlu sewa lori pulak kan, & kalu beli baru pon kena byr jugak kn walaupon kos hantar free. mknanya, dua-dua pon guna duit, aduyai!!!

oleh sebab fridge tade lagi, so i tumpang simpan susu i dalam fridge prasekolah la, hehe. mujurlah bhgian freezer kosong so i boleh la susun je susu i cantek-centek, hehe! tapi masalah jugak bila susu kat pra, sebabnya terpaksalah i ulang alik antar susu utk ma bagi Anas. mujurlah pra dengan rumah sangat dekat, jadi tade lah letih sangat, hehe!

stok ebm spjg 4 hari lakukan aktiviti pam sewaktu bekerja, huhu

dulu, before keje i plan nak pam 3 jam sekali tapi bila dah keje ni lain pulak yg jadi. hari pertama keje, i try pam 3 jam sekali kat dapur pra tapi keadaan sangatla tidak mengizinkan sebabnya kanak-kanak riang kt pra i suka sangat minum air kat dapur, nanti bila diorang masuk dpur & nampak i tgh pam, msti diorang tanya, ' cikgu, cikgu buat ape tu? eeei, cikgu tak malu', huhu.

so, utk tidak mengajar diorang yg sensored-sensored ni, i trpaksalah adjust jadual pam. pukul 12 lepas kanak-kanak riang ni dah balik, barulah i pam, walaupon sebelum tu breast sangatlah berat & sakit sebab penuh susu kan tapi trpaksa tahan lah. tapi hasil pam adalah sangat berbaloi-baloi hingga kadang-kadang rasa tak caya je, susu i ade banyak, hehe. sekali pam, i dapat kumpul 8 hingga 10oz, kadang-kadang sampai 12oz tau for both B. banyakkan???

8oz sekali pam, & wow, i like!!

i teruja sebab sebelom ni bila pam, susu i paling banyak pon dalam 4oz je. i taktau la milk booster apa yg jadi penyebab susu i jadi banyak sebabnya lately, i selalu makan kurma, minum horlick/susu/milo, makan habbatusauda, makan kalsium & vita-lea shaklee utk tambah tenaga & tidak dilupakan minum air masak bergelen-gelen, huhu.

memang seronok susu banyakkan, & harap-harap bulan puasa nanti susu tidak merudumlah, :). emm i guna manual pam je, sebabnya bila i guna electric pam, nipple i jadi sakit. lepas tu i jadi takut nak pam. tapi bila pam guna manual ni, tak sakit lak, lagipon hasilnya lagi berbaloi-baloi dari electric pam cuma penatlah sikit sebab kena guna tangan kan masa mengepam, huhu.

sehari, i pam 2 sesi je. pukul 12 tengahari & pukul 5 pagi sbelum siap-siap pegi sekolah. bila combine dua2 sesi tu, dapatlah 4-5 botol x 3oz & cukuplah utk kegunaan Anas sehari kan. Alhamdulillah, cukup rezeki utk Anas & harap rezeki tu takkan putus sampailah Anas 2 thn. :)

i teringat kata-kata makcik cleaner sekolah i bila i cakap i bagi Anas susu bdn yg i pam pastu dia, 'eh tetek kecik pon susu banyak ke?' hahahahahahahahahaha.

saiz breast tak melambangkan banyak atau sikit susu kita kan???

kanak-kanak riang

di handphone i, i letak gambar Anas utk wallpaper. pastu adelah sorang kanak-kanak riang ni tertengok hp i then dia cakap, 'cikgu, ni anak cikgu ke? comelnya, bulat gote tapi BOTAK lak,' hahahaha!! terus dia jaja hp i tunjuk kat kengkwan dia, semua cakap anak i comel. kanak-kanak memang telus kan, jadi i pon kembang hidunglah bila anak i dipuji-puji comel kan, kihkih!

baiklah, ibu mana tak cakap anak sendiri comel kan walaupon si anak tu masyam je, hehe!!

nah!! ini dia budak botak masyam tapi dialah kesayangan hamba tau!!

Thursday, 7 April 2011

boleh tak nak merungut?

kalu DULU, bila bab keje saya selalu merungut cakap itu ini tak best pastu saya pasti cepat-cepat bagi alasan nak berenti keje walhal keje itu OK, cuma saya yang TAK OK, hehe!

adik-beradik, mak ayah dan suami paham dengan perangai saya. Ya! perangai saya yang suka bagi alasan, tapi saya rasa alasan berenti keje saya itu munasabah, sebab itu saya nak berenti, hehe!!!

tapi, tapi, kali ni, dengan keje yang ini, secara rasminya SUDAH SEBULAN SAYA BEKERJA, hoyeh!! hoyeh!! dan saya rasa kali ni, saya mature sikit sebab saya rasa saya boleh bertahan lama dengan keje ini, walaupon keje ni saya rasa tensi hingga rasa mahu pengsan, rasa mahu beranak secepat mungkin je, rasa mahu cuti lama sikit pastu baru sambung keje, rasa mahu ade kuasa luarbiasa utk melayan setiap kerenah kanak-kanak riang kat pra saya, hakhak!!

keje saya seronok sebab dapat melihat perkembangan kanak-kanak ribena ni belajar selok belok kehidupan kan, tapi dalam 25 orang kanak-kanak tu, ada pelbagai ragam yang kadang-kadang saya rasa kenapalah mereka perlu berperangai begini. saya sudah tidak larat melayan mereka, ohoi hoiii.

1. ada yang berperangai sangat nakal dan bersikap gangster hingga menganggu kawan-kawan lain.
2. ada yang nampak sangat cool, comel tapi ya ampunnn pandai sungguh bergaduh.
3. ada yang mulut becok masa berkawan tapi bila suh membaca, mulut tu mcm digam-gam je.
4. ada yang bila disuruh menulis, melukis punyalah malas, tapi bila bab makan, dialah juara.
5. ada yang suka kita je layan dia, tp bila kita layan org lain, boleh pulak dia menangis-nangis, huhu.
6. ada yang perlu dimarah-marah dulu, barulah reti senyap tapi pandang lepa mata kita, bising balik lah.
7. ada yang sikit-sikit suka melapor, 'cikgu, Nabila taknak kawan dgn saya bla bla bla..'
8. ada yang kejap-kejap 'please teacher, may i go to toilet'..
9. ada yang bila kita marah, dia lapor kat nenek dia, pastu nenek dia datang repot kat kita cucu dia takut dtg sekolah sebab cikgu garang, huhu!
10. ada yang buat saya rasa mahu beranak cepat-cepat je, supaya ketensionan saya stop sekejap, dan bila saya sudah pulih saya akan sambung keje saya semula, hehe!

seronok memang seronok sebab dalam ramai-ramai tu, ada jugak yang menyenangkan jiwa saya, membaca menulis melukis pon pandai. tapi biasalah, hidup ni perlulah bercabaran barulah syok kan, hehe!

tiap kali saya menjerit supaya budak-budak ini menerima arahan saya ataupun diam utk seketika, si baby ni pasti menendang perot saya dengan kuat sekali menandakan protes 'eh ibu, behave lah, jangan garang-garang! tak baik garang-garang ni, hehe!'.

selamat pagi cikgu, hehe!!

dan ohh, saya belom bersalin lah. saya senyap bukan tanda saya tak rindukan dunia belog ni, tapi keadaan sentiasa tidak mengizinkan saya berbelog, hehe!

saya sudah 36 minggu preggy lah, bermakna saya sudah 9 bulan dan sedang menghitung masa je utk melahirkan si anak pujaan hati yang suka kick kuat-kuat ni, hehe!



noted : Tahniah buat mommy Molie yang sudah selamat melahirkan Adam Aryan yang sangat comel. Juga buat dua kawan : Mommy Nini (ibu kepada Raiyan Idraqi) dan Mommy Etty (baby blom decide nama) yang masing-masing juga sudah pon melahirkan baby mereka, hohoho! bestnya, hingga saya pulak yang tak sabar nak lahirkan si baby ni, huhu!!

Tuesday, 15 March 2011

update status diri dan baby

hmm, sebenarnya mood ibu tak bape baik lah. rindu-rinduan kat abah ni. sedihnya hidup berjauhan begini. tetiba je rasa taknak keje, boleh tak nak quit? hmmm, (--")

ahad, isnin, selasa : pegi checkup klinik sebab baby suda engaged, wuwuwu! awal sungguh anak ibu ni engaged ye, tak sabar nak jupe ibu abah yek. tapi, sekarang baby baru 33weeks, paru-paru baby pon belom cukup matang ye, jadi jangan kuar awal sangat ye sayang. kuar la bila masuk 37weeks, mase tu ibu akan cepat-cepat siap sedia untuk push-push baby, (^_^).

tadi ibu jupe dokter lagi, tapi dokter cakap normal kalu baby suda duduk tempat jalan, cuma kalu baby keluar sekarang, baby masih premature, jadi tak elok ye sayang. baby kena dengar cakap ibu tau, kuar bila dah betol-betol matang ye, ibu abah sayang baby. Tokma, tokwe pon dah tak sabar nak jupe sayang, tapi ingat pesan ibu, kuar bila time matang ya. :)

legaa bila baby aktif-aktif dalam perot ibu ni. tade la ibu cuak sangat. baby kena aktif untuk teman ibu, kita kan jauh dari abah. bila baby aktif, kurang sikit rasa rindu ibu pada abah ni. hmm, tak sabar nak jupe baby.

cuma bila duk jauh ni, ibu risau kot-kot sakit bila duk jauh dengan tokma, jauh dari abah ni. ibu tak pandai nak agak camne tanda-tanda bersalin ni. nurse ade bagitau, ibu pon ade baca camne tanda-tanda bersalin ni, cuma ibu kan budak baru belajar, jadi ibu macam blur-blur lagi. mujurlah ibu menumpang rumah dengan cikgu-cikgu bujang, jadi kalu tersakit tengah-tengah malam ke, tengah-tengah siang ke, boleh la ibu mintak tolong cikgu-cikgu ni antar ibu pegi klinik. terpaksalah susahkan diorang kan, tapi ibu harap ibu sakit masa duk umah tokma, senangla sket kan.

jadi baby kena ingat pesanan ibu ni, kuar time baby betol-betol matang dan kuar bila ibu duk umah tokma ya. :)

33 minggu bolat comel :)

hmmm...

sekarang ibu cuba belajar berpikiran positif dan menerima apa sahaja seadanya. ibu juga kena kuat semangat dan betol-betol kena tabah. walaupon kekadang ibu gagal mengawal airmata, tapi ibu kena gagahkan juga kan. betapa rumitnya hidup ibu sekarang ni. :'(

jadi, mari kita melihat perkara positif untuk membuatkan hidup kita lebih bahagia ya sayang....

sekolahku syurgaku

apartment, eh quarters yang bakal kita duduki bulan depan, mungkinla..hehe!!

rumah kedua ibu / tempat kerjaya baru ibu

ibu berangan-angan untuk tukar ke Terengganu ni, boleh duduk dekat dengan abah tapi ntahla bila ade peluang tu. ibu dah usaha tanya pegawai bahagian pertukaran tu, dia cakap sekarang tade kekosongan, jadi ibu kena tnggu hingga ada kekosongan. ibu harap dapat tukar ke bahagian Sekolah Intergrasi sebab ibu ada kelulusan dengan budak-budak OKU, hmmm, moga-moga peluang tukar tu cepatlah. Amin!!

noted : maap mommy pya dan mommy ally, takleh nak jawab TAG, tenet tersangat la slow, jadi kena loading lama nak buat pape, tapi thanks tau sebab tag org.

Thursday, 10 March 2011

saya seorang yang tabah, (=___=)

walaupon sebenarnya bukan tabah pon, tapi tipu-tipu tabah jek demi insan tersayang, (T_______T)

penatlah menangis. bila malam nak tido je, mesti menangis. menangis hingga tersumbat hidung ni, hingga macam give up jek, hmmm, hebat pulak dugaan aku diakhir-akhir trimester ni kan. mungkin ada hikmah tersembunyi ---> cuba berpikiran positif walaupon selalunya mental dan emosi down, hukhuk!!

sekarang ade kat rumah ayahanda bonda, sebab nak settle segala borang-borang tapi semalam dah pegi melawat sekolah tu. sekolah terletak di kawasan jauh dari bandar, di tepi hutan belantara, jalan berlubang sana sini dan menggunakan air bukit, wuwuwu, dengar pon macam tak best kan, (==).

tapi sebenarnya best (hehe, konon-konon), dan saya ni sebenarnya bertuah jugak lah sebab sekolah ni sekolah baru, kuarters pon baru tapi takleh duduki lagi sebab still under construction. jadi, sekarang saya menumpang tinggal di kuarters lama bersama cikgu-cikgu bujang. maybe bulan 4 atau 5, barulah boleh masuk kuarters baru.

situasi saya pon jauh lebih bagus dari sorang kawan, sebab menurut cerita kawan, perjalanan dia nak masuk ke sekolah sudah 1 jam lebih, malah perlu menaiki kereta lasak pacuan 4 roda macam triton atau hilux tu dan melalui jalan yang berbukit bukau dan berlumpur segala tu. pastu siap kena berhelmet untuk melindungi kepala dari terkena kayu kayan yang bergayutan di awangan. sungguh mencabar. itu baru perjalanan ke sekolah, belom kira lagi perjalanan dari rumah dia ke jalan besar nak masuk sekolah tu, hmmm lagi dugaan kan.

Alhamdulillah syukur, sekurang-kurang situasi saya lebih baik dari dia, walaupon elaun dia lagi besar dari saya, tapi tapelah, saya redha. :)

cuma cuma cuma...

kuarters lama yang akan saya tinggal nanti, jenis rumah kayu lama yang lantainya habis reput dikhianati anai-anai, pastu toilet lak jenis berlantai simen yang licin tu. Ma risau dan dah tak keruan bila tengok rumah tu, pastu asyik duk ingatkan saya hati-hati masa dalam toilet tu, takut licin jatuh nanti, bahaya. tapi mcm biasa, saya berlagak cool dan cakap 'InsyaAllah tade pape lah, Ma janganlah risau'. hmm, kalau saya tak cakap macam tu, nanti mesti Ma takleh tido lak teringatkan keadaan saya kt umah tu, hehe!! Mak mana tak risaukan anaknya kan, :)

suami pon asyik risaukan saya, siap beri saya duit poket ya ampunn banyakkk, hingga saya tershopping hampir lebih 400 tadi. orang cakap shopping ni terapi penenang jiwa, hehe!! pastu sikit-sikit suami col tanya apa lagi yang saya nak, nanti dia belikan. huh, sian suami saya, terpaksa risaukan isteri boyot dia ni. dahlah duk jauh dari keluarga, duk lak kat kawasan hulu sana, pastu sarat lak tu. hmmmm, (--")

baby pon macam paham je situasi ibu dia ni. bila saya nangis je, dia pon tergolek-golek rancak dalam perot ni hingga saya rasa lega je, ade peneman dekat di hati. err, mungkin baby tengah pujuk saya kan, 'ibu, walaupon abah tade dgn kita, tokMa dgn tokWe pon duk jauh, tapi ibu jangan risau, baby akan sentiasa temani ibu. ibu jangan la sedih-sedih. kita kuat kan ibu kan'.

Ya baby, ibu akan sentiasa kuat demi kebahagiaan kita bersama.
32 minggu dengan cabaran

ohh tadi saya ada beli tissue untuk letak dalam si kancil saya. saya drive si kancil jek nanti, sebab confident level saya jadi power kalau drive si kancil tu berbanding kete lain, siap boleh drift lagi, wakakaka. lagipon, suami pon tak kasi saya drive awang hitam (kenari) dia sebab saya selalu jek calar balarkan kenari tu, hehe! saya memang hebat bab mencalarkan kete ni. bila saya mintak nak drive awang putih (jazz), lagi le encek suami tak layan, nanti hancur lebur kete tu dibuat saya, kuikui!!

oke oke, berbalik kepada tissue. sekali tengok tissue tu terus saya berkenan dan rembat belilah. satu plastik, ade 8 kotak tissue yang kecik-kecik. saya beli sebab kartun dia comel giler, memang giler-giler comel lah.

comel tak? comel tak?

tapi masa bukak nak letak dalam kete tu, saya baru perasan ade dua ekor binatang tak halal lak dalam kartun tu, hmmm (--")

ade dua ekor babi la pulak, tapi saya letak je dalam kete, tape kan? kan? itu gambar kartun jek kan, kira tak dosa kan. (^___^)

Tuesday, 8 March 2011

mood ke laut sudah!

memula kita start konon-konon hepi, tapi padahal hamba ni sedih giler, tengah emo ni. emo yang terlampau lampau sampai rasa nak nangis je sepanjang hari. hmmmmmmmmmm, (--").

maternity dress pertama dalam hidup dan sepanjang preggy ni

fake smile ---> baru lepas nangis ni, sob sob!!

si tecik cinonet peneman duka lara ibu ni

kasut kaler sejoli dengan baju, hehe!! tapi sudeh ketat mey, sembab giler.

aku dah dapat tau penempatan keje aku. Sekolah kawasan Jeli. Ya, sekolah yang jauh giler dari umah mak ayah aku. 2 jam perjalanan babe!! oh ohhh. hmmm, terpaksalah aku tinggal jauh dari ya habibi ya maulana, jauh dari mak ayah, jauh dari adek beradek, sob sob!! (T________T).

camne nak mengharungi hidup bila terpaksa berjauhan dengan insan-insan tersayang ni. lebih-lebih lagi bila tengah sarat ni. mujurlah ade si tecik cinonet yang leh jadi peneman dikala gundah gulana.

baby kena berkelakuan baik-baik tau dalam perot ibu ni ya. abah dah duk jauh dari kita, abah dah takleh manja-manjakan kita lagi, (--").

bila dapat tau je dapat sekolah mane tadi, terus aku menangis sampai merah-merah mata. sungguh tak malu aku ni. tapi aku memang dah takleh tahan rasa sedih sebab tak sangka akan dapat tempat yang sejauh ni. hinggakan ada pegawai pujuk aku jangan sedih-sedih sangat, nanti baby awak pon sedih, kuikui!!

mahu mintak tukar tapi kena keje dulu sampailah ade kekosongan tempat yang dekat dengan umah mak ayah aku, tempat yang dekat dengan encek suami ke. ahh, ntah bila la ada kekosongan ni, (--")

esok kena lapor diri, esok jugaklah kena sette hal rumah sewa. harap cepat jumpa. pastu kena pikir lah nak bawak sapa untuk teman aku kat sane nanti, jikalau aku tersakit perot malam-malam nanti. nak bawak Ma, tapi Ma tak pandai drive lak. kena bawak pakej lah, Mak ayah terus, HAHAHAHA!

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku, kuatkanlah semangatku. Amin. Amin!!

Monday, 7 March 2011

lets moving sayang

helo baby kesayangan ibu, baby buah hati pengarang jantung ibu, selamat pagi!

hari ini baby sudah masuk 8 bulan tau (32minggu). sungguh teruja anak ibu ni bila menginjak umur ye, dari pagi tadi lagi bergerak aktif ni. ohhh, baby ibu lapar ye. kita kan baru je sudah makan maggi goreng sodap ciptaan ibu dan air susu higoat yang penuh kalsium tu. tak kenyang lagi ye sayang, hehe!

tape tape, jap lagi kita makan buah ciku lak ye, nyum nyum. dah lama tak makan buah ciku ni. :)

maggi goreng kosong dengan susu higoat, hehe!

my bolat tummy 8 months dah, :)

baby sayang, ibu baru je lepas packing barang baby dan barang ibu ni. iye ye oo je ibu ni packing barang-barang kan, padahal taktau lagi ni nanti ibu akan keje mane, hehe!! malam ni lepas abah habis keje, terus kita balik umah tokma, tokwe. yelah, esok ibu akan lapor diri kt KB, jadi esok lah ibu akan tahu kat mane ibu akan keje. tapi ibu rasa, ibu akan dapat keje area KB je (main rasa-rasa lak kan, hehe) hmm, tapi kalau dapat kat terengganu ni, bagus juga kan sayang, boleh lah kita duk dgn abah. syiok! tade lah duk separate dan tade lah kita rindu-rinduan sangat kan. kan.

tapi kalau ibu dapat kat KB pon oke jugak sebab dekat dengan tokwe dgn tokma. baby pon senang nt, tokma leh jaga baby kan time ibu keje nanti. cuma yang tak syiok nya, kita jauhlah dengan abah. hmm, kalau lah cuti abah ni macam orang lain senang lah. tapi ini tak, orang lain tak keje weekend, abah keje weekend. orang lain keje weekdays, abah lak cuti time weekdays. pastu memanjang je outstation kan. kompem abah akan jarang-jarang jupe kita kat kampong kan sayang. ohh itu tak best, ibu tak sukaa, (--").

hmm, ibu dalam dilema lah. kalau ibu dapat KB, perlu ke ibu mintak tukar Terengganu ni?? ohh oh ohh.

kalau keje kat KB, bestnya sebab :

1. tinggal dengan tokwe tokMa je, pastu nanti baby pon akan terjaga sebab ibu tak perlu cari pengasuh bila ibu pergi keje nanti. ibu pon tade lah risau sangat sebab baby duk dengan tokMa kan.
2. cikTeh, cikSu dengan cikLi pon ada untuk layan baby, main-main dengan baby kan. sekarang pon diorang dah sibuk tanya, bila baby nak lahir. diorang tak sabar nak main-main dengan baby, hehe!
3. keje kat tanah kelahiran sendiri memang cita-cita ibu, lagipon ibu suka duduk dengan tokma sebab nanti leh makan masakan tokma yang sedap hingga menjilat jari tu, ohh nyum nyum!!
4. bla bla bla...........hehe!

tapi yang tak bestnya sebab :

1. jauh dengan abah. pastu nanti abah akan jarang-jarang la jupe kita. kita nak mengada-ngada dengan abah pon dah takleh sangat dah sayang, (--")
2. tak syiok duk separate dgn abah, nanti abah pon tak dapat tengok perkembangan baby dari masa ke semasa, (T___T).
3. nanti kita akan rindu-rinduan kan baby kan. baby rindu abah, ibu pon lagi lah akan rindu abah, hukhuk!!
4. pastu kalau duk jauh dengan abah, bila lak baby akan dapat adik. eh? hehe.

****************

jadi, camano tu? nak keje mane ni, huhu! tapi kalau ibu keje kat terengganu, ibu kena cari pengasuh untuk jaga baby bila ibu pegi keje kan sayang. ohh, risau ibu bila pikir pasal pengasuh ni. sekarang, selalu ibu dengar perkara tak best pasal pengasuh ni. hmm, tapi ibu harap dan berdoa sekiranya baby dijaga pengasuh akan datang, biarlah pengasuh itu orangnya baik-baik kan sayang.

kalau duk kampong lak, memang lah tokma yang akan jaga baby tapi ibu kalau boleh taknak susahkan tokma sebab tugas tokma sekarang bukan untuk menjaga dan mengasuh baby lak kan. masa tokma sekarang hanya perlu berehat dan beribadah je. sian tokma kalau kena jaga baby lak. tapi ibu tahu, mesti tokma suka dan mahu jaga baby, sebab tokma selalu risau bila cucu-cucu dia duk pengasuh. tokma mahu jaga sendiri cucu dia. hmmm, lagipon duduk dengan tokma lagi terjamin dari duduk dengan pengasuh kan sayang kan. :)

siap basuh, siap lipat dan siap simpan dah.

bila tengok je baju-baju baby ni, ibu jadi geram pastu rasa terharu, rasa sebak, rasa nak menangis, rasa tak sabar nak jupe baby kesayangan ibu ni. 8 minggu lagi nak jupe baby ni. tak sabar nak peluk cium baby. semalam ibu beli lagi baju baby, hehe! hmm, tiap kali pegi mall, mesti beli jugak barang untuk baby. tak kira lah, tapi apa saja yang comel-comel, mesti nak beli untuk baby. Ya, baby, ibu sayang sangat-sangat kat baby. baby jadi anak yang soleh ya sayang, :)

ice blended chocolate dan spagetti bolognese. air sedap, spagetti tak sedap, (--")

semalam abah layan ibu makan makanan dalam wishlist ibu kat secret recipe tapi ya ampunnn, tak sedap lah spagetti dia. sos dia kurang, hingga tekak ibu rasa muak, tapi ibu makan je hingga habis separuh, separuh lagi abah yang makan, hehe! hmm, spagetti yang ibu buat jauhhh lagi sedap dari spagetti situ. dah la mahal, tapi tak sedap. huh!!

hmm, tengahari ni abah request nak makan ikan talapia masam manis, huhu!! ibu dah siap sedia nak bersilat kat dapur ni. teruja lak nak masak sebab dah lama tak masak yang hebat-hebat. wah, macam lah hebat sangat masakan dia tu, kihkih!!

Tuesday, 22 February 2011

Alhamdulillah, rejeki-rejeki!


Ya! baby kesayangan hamba yang membesar bagai juara ni sudah berusia 30 minggu. Ya, ya, rasa macam tak percaya, tapi itulah realitinya, hmm! :)

usia kandungan 29 minggu :)
eh, lupa nak kasi tau, hairband atas kepala tu, aku main pakai jek.
jgn salah paham ye. itu asma' punya, bukan aku, huhu!!

juga berusia 29 minggu ni. sedang ber'exercise' ye kawan-kawan!


sekarang tinggal lagi 10 minggu yang mungkin kurang atau lebih dari tu untuk dihitung, kuikui. oh nerbes ohh!! eh tak tak, sebenarnya aku berani orangnya, saje je acah-acah konon penakut, ececey!!

sekarang kan, baby dah pandai mengeras ye dalam perot ibu ni. bila baby mengeras je, ibu rasa sakit tapi sonok sebab tau baby aktif. hmm, ruang perot ibu makin kecik dah untuk baby, sebab baby membesar dgn sihat dan kuat. baby pon dah tade ruang nak berkuak lentang secara bebas kan. kesian baby!! tapi ibu tahu, baby ibu ni suka sangat duk dalam perot ibu kan. bila ibu usap-usap perot ibu ni time baby mengeras, cepat-cepat je baby beralih arah dan tak mengeras lagi. ohh, mesti baby tau ibu rasa sakit kan, kan. hish! hish! bijak pandai sungguh anak ibu sorang ni. ni sayang ni. :) ---> (maap, ini monolog ibu dgn anak dia, hehe!).

hmmm.

sejak preggy ni kan, kami suami isteri sentiasa dimurahkan rezeki. Alhamdulillah, rezeki anak kan! awal-awal dulu, encek suami dapat tukar keje, dari kuantan pahang ke kuala terengganu. Ya, tempat yang sangat dekat dengan kampong halaman. every weekend, mesti gigih nak balik kampong, hehe!! pastu encek suami dapat menambah satu lagi aset keluarga, dulu awang hitam aje, sekarang sudah ade awang putih pula, syukur!! pastu sekarang pula, aku pulak dapat peluang pekerjaan tetap lebih awal dari yang dirancang. Alhamdulillah, rezeki berganda-ganda kan!!

orang cakap ibu mengandung ni murah rezeki, dan baby yang dikandung pula membawa tuah, Alhamdulillah!!! tape baby, nanti kita plan dgn abah beli rumah pulak ye, ngeh2!!!

dan ini pon rezeki baby jugak, aunty rina kawan ibu yang hadiahkan baby semua ni. comel kan. hat, mitten dan booties tu, aunty rina kait sendiri tau. tak sabar ibu nak tengok baby pakai. ibu dah ade baju sesuai utk baby pakai dgn hat, mitten dan booties ni, huhu!!

hmmm.

pasal kerja, selepas setahun jadi surirumah ni dan tup tup nak kembali bekerja ni, terasa janggal sikit hidup ni. memanglah plan mahu bekerja setelah bertungkus lumus membuatkan diri ni pregnant dalam tempoh setahun ni, huhu! jangkaan diri sendiri, mahu bekerje selepas beranak, tapi ini rezeki, terawal 2 bulan sebelom due pulak. Alhamdulillah, syukur. masuk keje 2 bulan, terus cuti pulak 2 bulan, kuikui!!!

baiklah, sekarang dah kena set mind bahawa diri ni akan jadi wanita bekerja, hehe! dan terpaksalah memotivasikan diri sendiri dengan membeli segala peralatan keje baru, HAHAHA. mari kita list barang-barang utk memotivasikan diri, hehe! :


1) baju baru : perlu beli sebab baju-baju kurung lama dah sendat dan tak muat. kena beli maternity dress la pulok. hehe!

2) selipar baru : ohh sangat perlu sebab selipar lama dah makin tak muat sebab kaki asyik sembab je kebelakangan ini.

3) stationery : Yes, penting sebab i keje kat sekolah, jawatan bawahan jek. jadi perlu tulis menulis bagai kan. nak set stationery yg tomei2 tu.

4) makeup : compact powder, eye liner, blusher, lipgloss sudeh habis dah. hmm, perlu beli baru. ececey, macamlah makeup sangat dia tu, huhu!!

5) semangat baru : PENTING SANGAT!!! kena upgrade mood dah ni, hehe!! kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk saya sentiasa. :)



note : encek suami, sila settlekan list motivasi diri ni ye. ehe!! tapi sebenarnya aku risau sebab tempat posting belom tau lagi kat mane. hmm, risau dapat jauh dari suami, risau tempat keje tak ok, risau takut kehabisan tenaga sebab dah lama tak keje kan, dan risau ohh risau macam-macam. hmmm. :'(...

sangat berharap dpt tmpt dekat dngn suami, taknak duk separate lagi, serik dah den!! Ya Allah, kabulkanlah doaku. Amin!!!

oh la la!