manisnya senyumanmu :)
kalau diikutkan hati degil ni, mahu je aku fully bf anas sampai dia 2yrs, tapi akhirnya niat suci tu terpaksa distopkan sampai disini sebab stok susu tak mencukupi, sob sob! minggu lepas anas dah start minum susu fm semula, tapi time aku keje jelah sebabnya aku hanya mampu bagi dia 2 botol x 5oz susu ibu je kat dia, selebihnya susu fm lah, hukhuk! *redha*
maap anas! ibu tak mampu, sob sob!
sebelum ni time cuti sekolah, beria aku bertungkus lumus buat stok susu, ada la dalam 10 botol, haha tak banyak pon. tapi cukuplah utk rolling campur-campur dgn susu yang aku pam hari-hari time keje kan. susu tu aku bekukan pastu simpan dalam freezer kelas pra tapi lately sekolah asyik blackout je, kadang-kadang sampai 3hours blackout. so, habis rosak semua susu yang aku bekukan sebelum ni, T_T
dalam sehari, aku hanya pam 2kali je. sekali time kat sekolah, sekali lagi time subuh sebelum pegi sekolah. memang salah aku sebab tak rajin pam. lagipon aku sangat risau bila simpan susu banyak-banyak kat freezer pastu blackout, aduhh rosak lagi la susu tu T_T. kondisi elektrik kat sekolah sekarang tak berapa stabil, memang selalu sangat blackout. lebih-lebih lagi bila pengeluaran susu tak berapa memberangsangkan, bertambahlah risau :(
dulu sekali pam boleh la dalam 7-8oz tapi sekarang 5oz paling banyak, memang risau. maybe sebab kurang pam kan. poor me! ntahlah, lately asyik penat je, asyik malas je, balik keje just nak rehat-rehat je, nak kemas-kemas bilik, basuh baju lagi (*basuh by hand pulak tu), jaga anas yang makin lasak ni, macam-macam. jadi aku dah tak sempat nak pam bila kat rumah. anas pulak minum susu 5oz walaupon dah maman banyak. so, mana sempat buat stok kan, so dalam redha tak redha, terpaksalah dia minum fm.
anas minum anmum, alhamdulillah dia oke, takde masalah. anas memang gud boy, semua senang. memang sebak bila mengenangkan anas kena minum fm tapi takpe lah, susu fm pon bagus jugak, berkhasiat jugak. mudah-mudahan utk 2nd baby nanti aku mampu fully bf sampai dia 2yrs :)
ameen!
my lil bambam yang dah tak bambam sangat dah, ehe!! kiss, muaah!!
** baru beli mesin basuh, tak perlu dah basuh baju dgn tangan, letih mak nokss!!**
No comments:
Post a Comment