Friday, 22 July 2011

my swang swing weeks

kalut, kelam kelibut, pening, nak muntah & pengsan, arghhh!!!

begitulah minggu pertama i bekerja, semua benda tak menjadi, huhu. kadang-kadang bila kat dalam kelas pon rasa nak marah-marah je sebab banyak hal yg dipikirkan, huhu.

tapi tape, i try to be cool walaupon dalam hati, Tuhan saja yang tahu. :)

emm bs problem, yes, bs Anas belom ada lagi. aritu dah ade, tapi bila i visit rumah dia, hmm ya ampunnn berselerak, bersepah & blaa blaa. bukan nak kutuk dia, tapi i memang ade high taste pasal bs ni sebab i nak dia jaga Anas elok-elok. ini bukan main-main!! tapi jika rumah dia sangat kotor dgn lantai yg sangat berpasir, periuk belanga (dia penjual nasi pagi) sekeliling rumah, kucing merata riti, oh my, ini tidakk boleh!!

so, i decide suh ma jaga Anas dulu. kebetulan kan, ma datang sama masa i datang Jeli, so i paksa ma jangan balik dulu & biar ma jelah jaga dulu Anas kat kuarters i before i jumpa bs yang betol-betol boleh diharap kan & tidak kotor, hehe!!

dan Alhamdulillah, Anas sangat behave sepanjang ma jaga dia. kiranya tade la i risau je sepanjang bekerja kan, & ma pon boleh jugak rilek bersembang dgn jiran sebelah time Anas tido kan, cuma yang tak tahannya, ma cakap Anas berat, lenguh tangan nak dukung lama-lama, huhu.

& utk tidak menyusahkan ma, sebelom i pergi sekolah, i mesti mandikan Anas siap-siap la. so masa i tade, ma cuma kena susukan dia, tidokan dia & basuh poopoo dia kalau dia poopoo la kan. bila i balik keje, 100% i handle Anas sendiri sebab i taknak letihkan ma.

bekalan ebm Anas, 4 x 3oz & beg comel utk isi ebm Anas :)

ma cakap jadual Anas minum susu sama je hari-hari, pukul 8, pukul 10, pukul 12 & pukul 2 sebelum i balik umah, hehe. so, i bekalkan 4 x 3oz susu utk Anas sepanjang i di sekolah. setakat ni, Alhamdulillah cukup utk si bambam comel tu.

cuma, masalah besar i sekarang adalah rumah i tade fridge lagi, huhu. dah survey nak beli aritu, tapi harga fridge kat Jeli adalah sangat mahal berbanding harga kat kb. so, sekarang i tengah berkira-kira la nak beli baru ke atau import je fridge yg dah ade kt umah sil i tu, hmm, =___=. tapi kalu import perlu sewa lori pulak kan, & kalu beli baru pon kena byr jugak kn walaupon kos hantar free. mknanya, dua-dua pon guna duit, aduyai!!!

oleh sebab fridge tade lagi, so i tumpang simpan susu i dalam fridge prasekolah la, hehe. mujurlah bhgian freezer kosong so i boleh la susun je susu i cantek-centek, hehe! tapi masalah jugak bila susu kat pra, sebabnya terpaksalah i ulang alik antar susu utk ma bagi Anas. mujurlah pra dengan rumah sangat dekat, jadi tade lah letih sangat, hehe!

stok ebm spjg 4 hari lakukan aktiviti pam sewaktu bekerja, huhu

dulu, before keje i plan nak pam 3 jam sekali tapi bila dah keje ni lain pulak yg jadi. hari pertama keje, i try pam 3 jam sekali kat dapur pra tapi keadaan sangatla tidak mengizinkan sebabnya kanak-kanak riang kt pra i suka sangat minum air kat dapur, nanti bila diorang masuk dpur & nampak i tgh pam, msti diorang tanya, ' cikgu, cikgu buat ape tu? eeei, cikgu tak malu', huhu.

so, utk tidak mengajar diorang yg sensored-sensored ni, i trpaksalah adjust jadual pam. pukul 12 lepas kanak-kanak riang ni dah balik, barulah i pam, walaupon sebelum tu breast sangatlah berat & sakit sebab penuh susu kan tapi trpaksa tahan lah. tapi hasil pam adalah sangat berbaloi-baloi hingga kadang-kadang rasa tak caya je, susu i ade banyak, hehe. sekali pam, i dapat kumpul 8 hingga 10oz, kadang-kadang sampai 12oz tau for both B. banyakkan???

8oz sekali pam, & wow, i like!!

i teruja sebab sebelom ni bila pam, susu i paling banyak pon dalam 4oz je. i taktau la milk booster apa yg jadi penyebab susu i jadi banyak sebabnya lately, i selalu makan kurma, minum horlick/susu/milo, makan habbatusauda, makan kalsium & vita-lea shaklee utk tambah tenaga & tidak dilupakan minum air masak bergelen-gelen, huhu.

memang seronok susu banyakkan, & harap-harap bulan puasa nanti susu tidak merudumlah, :). emm i guna manual pam je, sebabnya bila i guna electric pam, nipple i jadi sakit. lepas tu i jadi takut nak pam. tapi bila pam guna manual ni, tak sakit lak, lagipon hasilnya lagi berbaloi-baloi dari electric pam cuma penatlah sikit sebab kena guna tangan kan masa mengepam, huhu.

sehari, i pam 2 sesi je. pukul 12 tengahari & pukul 5 pagi sbelum siap-siap pegi sekolah. bila combine dua2 sesi tu, dapatlah 4-5 botol x 3oz & cukuplah utk kegunaan Anas sehari kan. Alhamdulillah, cukup rezeki utk Anas & harap rezeki tu takkan putus sampailah Anas 2 thn. :)

i teringat kata-kata makcik cleaner sekolah i bila i cakap i bagi Anas susu bdn yg i pam pastu dia, 'eh tetek kecik pon susu banyak ke?' hahahahahahahahahaha.

saiz breast tak melambangkan banyak atau sikit susu kita kan???

kanak-kanak riang

di handphone i, i letak gambar Anas utk wallpaper. pastu adelah sorang kanak-kanak riang ni tertengok hp i then dia cakap, 'cikgu, ni anak cikgu ke? comelnya, bulat gote tapi BOTAK lak,' hahahaha!! terus dia jaja hp i tunjuk kat kengkwan dia, semua cakap anak i comel. kanak-kanak memang telus kan, jadi i pon kembang hidunglah bila anak i dipuji-puji comel kan, kihkih!

baiklah, ibu mana tak cakap anak sendiri comel kan walaupon si anak tu masyam je, hehe!!

nah!! ini dia budak botak masyam tapi dialah kesayangan hamba tau!!

3 comments:

Puan aiNa Rahman said...

sedapnya drumstik anas..nyam3.

itu la pasal nad..cik B kecik atau besar x melambangkan susu itu banyak atau sikit. yeahh..idop BF!!!

Mama Marcello said...

i lioke!!!

(*_*)

nadiah said...

aina :
aah, kecik / besar x mlmbangkan susu byk, yg penting rajin pam, hhe.

mama marcello :
yes! i loike too, hhe

oh la la!