Showing posts with label familianto. Show all posts
Showing posts with label familianto. Show all posts

Sunday, 6 March 2011

'ini halal ke haram umi?'

eh, tiba-tiba teringat kat anak-anak buahan laa. hmm, kalau belah suami, anak buahan ada ramai, tapi kalau belah aku, ade dua je, sorang laki dan sorang pompuan - dua-dua anak kakMah (kakak sulung aku dan sememangnya satu-satunya kakak aku). jadi, bila baby aku lahir nanti, beliau akan jadi cucu ke-14 belah suami dan cucu ke-3 belah aku, huhu! (^___^)

tapi sekarang ni, teringat kat Hakim, anak buahan sulung belah aku. sekarang dia berumur 4 tahun. sangat cerdik budaknya. pantang diajar benda baru, pasti cepat ingat. mulut lak becok, tak reti duk diam. dia dah sekolah dah sekarang. balik je umah, pasti ade je cerita baru dia tu. hakim ni lambat sikit boleh mulut, tapi bila dia dah boleh mulut, bukan main lagi dia bercerita, sampai naik lenguh dan naik tak paham apa yang dia cuba cerita, hehe!!

pastu, sekarang lak, dia pandai-pandai je ubah lagu yang cikgu ajar kat sekolah tu dengan versi sendiri, huhu. contohnya, macam lagu ni 'bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, bla bla bla (lupa lak camne lagu dia, hehe).

tapi hakim tu ubah versi dia camni, ' bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, cuci momo, pakai baju, pakai kopiah, pakai jam Ben10, tutup pintu, naik kete, tutup pagar, pergi sekolah, bla bla bla....' hah! lebih kurang macam tu lah gubahan lagu dia. dia nyanyi lagu tu versi aktiviti yang dia buat pagi-pagi sebelom pegi sekolah, hehe! lucu bila teringatkan dia.

oh ya, hakim ni peminat Ben10 no 1, padahal umi abi dia tak penah pon ajar dia tengok kartun Ben10 tu. taktau lah mane dia kenal Ben10 ni. kemungkinan besar pengaruh rakan sebaya kot, hehe!! hmm, sejak dia kenal Ben10, semua barang kalau boleh nak yang ade kartun Ben10. tak kiralah baju ke, seluar ke, kasut ke, beg ke, jam ke, semua nak ada Ben10 lah. dia ada satu jam Ben10, tapi jam tu sekarang dah jadi hidup segan mati takmau dah, tapi dia tetaplah pakai tak kira kemana dia pegi. punyalah peminat fanatik kan, huhu!!

pastu bebaru ni, umi dia ada la ajar dia kenal logo halal tu supaya dia kenal dan makan makanan yang ada logo halal je. hakim ni jenis kuat makan gak, pantang orang bagi makanan, pasti dia suap je dalam mulut dia. sebab tu umi dia ajar dia - sebelom makan, tengok ada tak logo tu. kalau ada, baru makan. kalau takde, hakim simpan tunjuk kat umi dulu. Hakim ni kan budak pintar, cepat je dia paham pasal tu. jadi, lepas umi dia ajar tu, tiap kali nak makan sumthing, mesti cek dulu ade halal ke tak. kalau ada dia makanlah, kalau takde dia simpan tunjuk kat umi dia. pintar kan anak buahan saya, hehe!!

minggu lepas, Nor (adik aku) ada la pergi umah umi hakim tu, dia bawak lah air kotak 3 kotak. satu dia bagi kat hakim, satu bagi kat umi hakim dan satu lagi kat dia sendiri lah. pastu sebelom minum tu, hakim pon cek la setiap air kotak tu, pastu dia cakap kat umi dia, 'umi air kotak ni ada halal, boleh minum la umi', maka terkejut la Nor akan kebolehan Hakim tu. dia tanyalah kakmah :

eh sejak bila hakim pandai kenal logo halal ni?

baru lagi. sekarang setiap makanan mesti dia nak cek logo halal ni.

ooo, baguslah!!

bagus memang bagus, tapi masalahnya sekarang, buah-buahan pon dia nak cek ada halal ke tak. kalau tade, dia taknak makan. pastu dia cakap, susu (breastmilk) umi tade halal, jadi mane leh adik dia minum.

HAHAHAHA. lawaklah hakim ni.

cerita asal : cikNor
ubahan semula : cikNa

Asma' Al Huda dan abangnya, Luqman Al Hakim

again, miss them so much!! muahhh!!

Saturday, 15 January 2011

eh, awang hitam pon nak melawa jugak. ceh!!


eh awang hitam? who is awang hitam hah?????

err hitam kah dia? hensem kah dia? cun kah dia? ke dia biasa-biasa saja...????? <---- pikir sampai garu-garu kepala, (--").

HAHAHA, awang hitam tu aset penting sang suami dan isteri ni sebenarnya. sebab 'dia' bisa bawak suami pegi keje, balik keje, bawak sang isteri ni ke shopping mall, (eh?). jugak penting saat nak membawak sang isteri ni ke hospital, checkup itu ini. huh, penting kan, (=__=)...

jadinyaaa, minggu lepas cuaca di terengganu sangat panas terik, cepat-cepat je suami plan nak kasi cuci bersih awang hitam ni. yelah, kaler hitam dia dah jadi kelabu kusam dah sebab tak bermandi berhari-hari kau. eh, mandi lah, bermandi air hujan ajo. takde sabun buih-buih tuuu, huhu!!

hmm, dah alang-alang plan nak kasi bersih cun melecun tu, suami hantar awang hitam kat carwash aje, 8 hengget sekali cuci, HAHA. dasar perajin kan, huhu!!


hasilnyaaa, terus berkilat kauu. hitam, kau cantek tertarik kau memang da bomb lah!
demm!! sebab berkilat sangat, terus terpantul kependekan aku dalam gambar ni. ceh!! (--"). eh, suami kasi cermin tinted baru ni. hitam kelam you! eh, takde kelam mana pon sebenarnya, haha!

nah, zon selesa utk ibuk-ibuk mengandung ya!!

bekalan hari tua. dulu tropicana twister, kini tidak lagi, air mineral ajo, hoho! (--")

pencomel kereta.
pssst, keychain kuning tu aku buat sendiri tu, huhu!!

kereta merangkap rak kasut jugak, HAHA.



TAPI sayangnyaaa, ku harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari, HAHA. sebenarnya, balik je dari basuh kereta tu, tetiba hujan rintik-rintik air bergelora, emak bagi seposen, ayah bagi seposen, ehh bukan, bukan. itu lirik lagu zaman kecik-kecik kan, HAHA.

sebenarnya, balik je dari basuh kereta tu, dan sebelom gambar-gambar diatas disnap oleh haku, tetiba hujan turun rintik-rintik pulak, siap ade tahik burung menepek kt cermin depan mase park kat kedai makan, HAHA. jadi, terpaksalah encek suami, kasi lap balik awang hitam skali lagi.

yo yo, gigih dan kental mengelap awang hitam ni, nak kasi lagi berkilat ni, HAHA.


usia awang hitam sudah hampir 5 tahun kot bersama suami. bila ade ura-ura jek nak tukar kete lain, terus dia meragam, HAHA. merajuk barangkali. MiL cakap baby aku membesar dalam kete je, sebabnya tiap kali hujung minggu je, mesti nak balik kampong. balik kampong je, bila hujung minggu, huhu. balik pulak dengan perot boyot ni, jalan balik kampong pulak berlubang sane sini, terus bergoyang dgn haku-haku dan baby sekali lah, hmm.

jadi, bila anak aku mengamuk je nanti, pujuk je dia dgn naik kete je, huhu!!! (eh, tetiba)...

hmm. awang hitam --> biarlah kecik pon dia, asalkan dia berjasa. biarlah hitam pon dia, asalkan dia selesa. biarlah buruk pon dia, asalkan dia power. awang hitam takkan dilupa, sebab dia paling berguna utk aku dan suami, (^__^).

err, suami dah plan nak tukar side mirror ngn saksoba (ntah betol ke idok aku eja, hehe) baru. nak mencantekkan lagi hitam ni katanyaa. suami gila kete takpe, jangan gila perempuan sudeh, hoho!

Saturday, 8 January 2011

kesah pemohor besar

ingatkan angan-angan dia nak jadi penyimpan mohor besar raja-raja habis takat ITU jek, tapi rupanya ada sambungan lagi....

hmmmm.

pagi-pagi buta dia dah mesej berbaur perasan, :

" eh penyimpan mohor besar raja-raja dah bersara la, saya naik pangkat la pasni, HAHAHAHA! "

gulp!!!
angan-angan betol lah minah ni, tapi u make my day happy dear, huhu!! ntah apa yang best sangat buat dia bercita-cita nak jadi penyimpan mohor besar raja-raja tu. hmmm.

mungkin sebab leh masuk tv time nak umum puasa dan raya kot, HAHA! semua orang kan tertunggu-tunggu dia utk umum waktu puasa dan raya kan. kan. kan. <----- kira glamer la kot, huhu!!!

siapa dia??
Nah!! inilah dia minah berangan tuuu...

yo! yo! wassap wassap berasapp!!


bila belek-belek album dalam laptop ni, sikit betol gambar dia. Dia tak suka bergambarkah?? ahh ngak mungkinlah, sebab dia pon gila camwhore macam aku jugak, hoho.

inilah namanya, Kakak borek, adik rintik, HAHAHA!!!

ini gambar tahun lepas masa tengok movie Shrek Forever After kat kuantan, tapi tak sempat tengok habis pon sebab KakMah tetiba jek sampai awal kat rumah aku. arghh!! rugi jek tiket, huh!!

oke.

tetiba jek pagi ni ter'emo' pasal dia. dia umur 26 tahun ni, aku pulak 27. jadi kami ni kira sebaya lah (ececey). apa dia suka, aku pon suka dan apa aku tak suka, dia pon tak sukalah. hmm, kan dah cakap tadi, kakak borek, adik rintik kan, hehe!!

dia gila-gila, aku pulak terlebih gila, so kami kira kamceng lah. tapi, masa kecik-kecik dulu, kami tak kamceng, tapi samseng. asyik nak gaduh jek. cuma bila dewasa sikit, dan masing-masing duk jauh ni, hubungan kami makin akrab. kalau sehari tak bermesej bodo-bodo, macam tak sah..

dan kadang-kadang sempat jugak bergosip pasal si polan dan si polan, HAHA. sangat tak cool kan (--")

asal balik kampong jek, dan dia pon balik jugak, terus aku lupa suami sebab terasyikkk borak dengan dia. ntah nape, tapi dia kira macam bestfriend merangkap adik jugak lah. begitu jugak dengan topup prepaid, kalau topup RM10, memang sekejap je habis sebab borak dengan dia lah. suami pon dah paham sangat dah bini dia ni (=__=)..

tapi sejak Ma asyik tanya dia bila nak berkahwin ni, aku jadi psiko sikit, HAHA. giler, ini bukan jeles cuma aku rasa nanti bila dia dah kawen mesti dia dah takde masa nak mesej bodo-bodo kat aku lagi. mesti dia sudah sibuk dengan dunia rumahtangga dia jek.

pulak, aku tak berapa kenal pakwe dia dan dia pulak berahsia soal pakwe dia. konon surprise lah, ceh!! terus aku rasa janggal sikit lah, (+___+)

hmmm, tak macam aku dulu, waktu aku kapel dengan suami, bila nak kuar mana-mana, aku mesti bawak dia sama. kira dia dgn suami aku kamceng jugak lah, sebab masing-masing gila, HAHA. tapi aku tahu, masa aku nak kawen aritu, dia sedih jugak. siap hadiahkan aku satu frame gambar yang penuh dengan gambar edited aku bersama keluarga tau. siap ada word WE LOVE U!!!

hmmmmm. masa KakMah kawen dulu, lain. sebab kami excited nak dapat abang dan tahu KakMah dah cukup mature utk kawen walaupon kadang-kadang ada jugak angin tak betol, hehe!!

tapi bila aku nak kawen, dia siap cakap lagi, aku tak layak lagi nak kawen sebab perangai macam kanak-kanak. sebab itu jugaklah, bila dia nak kawen nanti, aku rasa macam tu jugak, sedih. lagipon dia tak mature, macamana nak kawen???

tapi eh! bila dia nak kawen SEBENARNYA?? dia takde cakap pape pon, aku pulak emo lebih apesal, HAHAHA!!

oke la, nak mandilah.
habis cerita. bye-bye!!

Friday, 31 December 2010

2010, Year in review

Ma & We - 31 tahun bersama. wuwuwuwu!

9 orang budak blur bersama seorang bayi kecik

2 tahun bersama - teman dating, gado, pastu baik balik, hehe!

sedap!! :)

hobi, tapi kekadang je terjaga. muahahaha!

the jakuns!

barbeque, and gathering with all relatives. fun! :)

gossiping!! @__@

sepupu sepapak yang tinggi melangit

kepochi, huhu!!

eat properly but sori, i cant, huhu!!

friends and dongak ke langit

gaya bebas!

tabung masa depan anak
(tabungan pertama dah bank in ke akaun ibu, HAHA. dan ini adalah tabungan kedua)

cik puteh, but not mine!

really meaningful

favourite tapi dah kena curi dgn anak jiran. cit!! &*(Y^##$%^

wallpaper sejak zaman sekolah lagi :)

fruits stall dan owner nya gatai. grrr!

birthday present from husband, thank you!!

telok chempedak :)

moving :'(

penuh dengan cinta, ^___^

yes!! i love to be boyot kedepan. :)





2011 : SELAMAT DATANG

hadapi dgn benda baru - tahun baru, azam baru, rumah dan
kereta baru (ohoi hoi), kerja baru, dan paling best, InsyaAllah!
dengan orang baru.. :)

yah!! over excited sudah!!

moga tahun baru akan memberi sinar yang lebih membahagiakan. Amin!!

Friday, 10 December 2010

usianya setahun

maksud saya, dia yang kat bawah ni
maap!! takde hadiah, dan takde masa nak celebrate bersama.
nama : Asma' Al Huda Binti Shamsul Bahri
usia : 1 tahun cukup hari ini.
pencapaian diri :
* gigi sudah ada 5 batang (3 atas dan 2 bawah dan giginya jarang-jarang. HAHA)
* sudah mampu merangkak dan menonggengkan bontot ke arah sesapa
sahaja dibelakangnya.
* Ya, kentutnya pon sudah kuat. HAHA
* sangat kuat meragam bila Abi dan Umi ada disisinya.
* sudah pandai makan dan suap sendiri walaupon kuantiti masuk mulut
hnya beberapa ketul.


okeh. itu shaja.

selamat hari lahir yg ke setahun!!
cikNa love u!!

Thursday, 25 November 2010

macam dewasa

nik izzati maisarah - 15 hari
asyik tido posisi ke kanan jek. bila alih ke kiri, tido gaya org dewasa lak.
nak lapik tangan segala. wah wah wah kamoo!!

anak sedara belah suami hidung bulat-bulat jek. comel!!

Thursday, 18 November 2010

famili kita, famili dia


eh lagi 17 hari, perkahwinan kami dah cecah 2 tahun la. fuyoooooooo. cepat sungguh masa berlalu. sedar tak sedar pulak. hehe!! emm sepanjang hampir 2 tahun ni, macam-macam yang aku leh analisis dgn kehidupan bersama famili lain. oh memang lain, tapi ada jugak yang sama. dulu aku ada satu famili je, sekarang sudah dua. jadi dua-dua pon kenalah pandai jaga kan.

famili kita : bebas freehair dalam rumah, bilik air, bilik tido, ruang tamu, dapur dan dimana2, janji dalam rumah. sebab majoriti dalam rumah, memang muhrim kita kan.
famili dia : wajib dah bertudung, sbb famili dia majoritinya lelaki. (adik beradik dia 5 lelaki, sorang perempuan saje)

famili kita : suka suke kau lah nak terguling di mana-mana, dalam bilik adik lelaki ke bilik adik perempuan ke. janji kau selesa.
famili dia : segan binti malu nak terguling dimana-mana, depan tv pon sanggup duduk dgn kadar yg lama. ltakmau terguling sebab ramai lelaki kan.

famili kita : anak sedara cuma 2 orang saje. Hakim & Asma'. dioranglah pujaan hati kami-kami bila berlepak beramai-ramai. Hakim skrg dah petah bercakap, cakap luai lagi you. mengada!!
famili dia : ada 13 orang anak sedara. yang paling besar sudah 18thn, paling kecik baru 10hari. yang smpat aku tengok diorg dari umur 1 hari hingga skrg ni cuma 3 orang saja, Muiz, Fahrin dan si kecik 10hari tu, Maisarah.

famili kita : makan berjemaah takkira pagi, tengahari mahupon malam. cara ni mengeratkan hub. kekeluargaan. InsyaAllah.
famili dia : juga sama. makan berjemaah secara besar-besaran sebab semua adik beradik suami sudah berkeluarga dan beranak pinak malah mereka-mereka ni tinggal berdekatan saje. hehe.

famili kita : makanan selalunya berasaskan ayam, daging dan ikan kecik-kecik saja. makanan pon ala-ala moden sikit. moden pon tak moden mana laa. hehe. ulam dan budu tetap ada.
famili dia : sangat kaya dengan hasil sumber perikanan dan ikan-ikannya besar-besar belaka. kdg2 aku tak penah tengok dan tak penah tahu pon ada ikan mcm ni. ikan yu pon kdg2 ada wooo!! selalu makan masakan stail kampung yang boleh buat aku bertambah-tambah makan tau. huks!


famili kita : ibu berpantang perlu makan ikan kering, ikan bakar bersama lada hitam dan halia. juga perlu minum susu saje. malah senang nak mintak tolong sbb adik bradik ramai kan.
famili dia : lain sbb boleh makan daging bakar, ayam bakar juga.
sayur kubis goreng berserta sayur-sayur lain pon boleh dimakan. sup pon boleh, kan ini stail pantang orang cina.

famili kita : lelaki mahupon perempuan sama-sama ke masjid untuk solat raya. lepas tu singgah beraya di rumah sanak saudara. meriah!
famili dia : lelaki saja ke masjid. perempuan duduk di rumah, settlekan masakan di dapur. tunggu tetamu datang bertandang ke rumah. tetap meriah!

anak sedara ke-13 sebelah suami
Nik Izzati Maisarah Bt Nik Zulhaimi
usia 10 hari saja


note : kadang-kadang nampak berbeza tapi sbenarnya sama je. adatlah, famili kita dgn cara kita, famili dia dengan cara dia. paling penting, cmne kita adapt diri kita dalam famili dia. ececeh!!

Tuesday, 16 November 2010

raya dimana tahun ini

tak cukup sembilan. ada tujuh sahaja.
(no. atas kepala mengikut kedudukan dalam adik beradik. hehe)

raya aidiladha kali ni dirumah mak ayah sendiri sebab tahun lepas dah beraya di rumah mak ayah mertua kan. toleransi. ^__^ tapi raya kali ni tak syok sebab kakak sulung, adik no 3, adik no 5 dan adik no 6 tak balik beraya kat rumah. very tak best!! T___T

kadang-kadang bila dah selalu meriah dan kecoh kat rumah tiap-tiap perayaan sebegini, rasa lain macam lah bila ramai yang tak balik. mereka semua nak balik bila Mok balik dari Mekah nt, 30hb November ni Mok balik. jadi, masa tu la diorang nak kumpul ramai-ramai. jadi, kakak sulung dan adik no 3 nak jimatkan cuti, mereka tak balik lah raya. lagipon cuti raya ni singkat je. manakala adik no 5 dan adik no 6 sekarang tengah belajar, tengah exam. jadi mereka pon tak baliklah jugak.

Ma cakap esok pagi nak buat Soto saja. alah, makanan favourite kami adik beradik. takde daging sebab tengahari baru nak masak daging kot. itupon kalu ade yang sedia menghulur. hehe. emm tahun ni Ma tak korban lembu sebab ramai adik beradik tak balik. tahun depan, yes, maybe akan korban lembu. adik no 4 pon tahun depan dah keje, nt nak mintak dia lah yang keluarkan kos korban mengorban ni. takpon kongsi adik beradik seekor lembu untuk korban nt. wah gitu!!

oklah. sekarang kat rumah mertua lagi. jap lagi nak balik kota bharu dah. itu sahaja laporan hari ini. sekian, terima kasih!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA, YAY!!

Thursday, 11 November 2010

cipta sejarah

nah, tapi tak jelas.

dialah pencipta sejarah. hehe..

p/s : adik beradik lain dapat cekau 4a's je. dalam UPSR (ehem. termasuk aku ke?) tapi dia sapu habis 5a's. tapi dia memang terlampau rajin. memang harapan besar Ma dan We ni. hehe. TAHNIAH!! ^____^

Saturday, 6 November 2010

dia lagi

* maap!! gambar tidak memuaskan. hasil dari mms hp jek.

dulu, rambutnya hitam pekat, lebat dan dah macam anak jepun dah.


tapi kini, dah hampir botak dikerja Umi dan Abi nya. aduh, kasian kamoo!!
dah macam boboy dah jadinya. pakai la skaf sebesar mane pon, memang nmpak boboy jugak. hehe!

Friday, 5 November 2010

masam mencuka

bersama Cik Na

bersama Cik Teh

biarla ko agah dia berkali-kali pon, dia takkan senyum berdekah-dekah punya. ntahlah, jenis dia memang macam ni kot. sombong!! hehe. ni picture bila Asma' Al-Huda ade kat kampong. dia pelik sikit, dia kat kampong, dia tak mau senyum. tapi bila jumpe dia kat rumah umi dia di KL. pandai pulak dia senyum. cis memilih!! PANDAI!!

takpe lah, masam-masam mencuka ko pon, ko tetap anak buahan pujaan uncle aunty ko yer. TokWe, TokMa pon asyik bergilir-gilir je nak dukung ko. sebab tu pandai demand bagai yer!! hoho!

Friday, 8 October 2010

dua orang budak cinonet

asma' al huda dan wan maisarah

if dulu aku tidak miscarriage, baby aku haruslah sebaya dengan budak cinonet dua orang kat atas ni. hoho. tapi aku redha, maybe Allah swt nak aku dan suami honeymoon dulu. tapi aku berdoa moga2 kandungan kali ni selamat hingga ke proses kelahiran. AMIN!!

note : kawan-kawanku sekali, sila berdoa utk kesejahteraan diriku dan baby ye. Love U!!


Wednesday, 29 September 2010

babak sebabak di hari raya

gambar penuh satu famili
ma dan we l nenek seorang l 9 orang adik beradik l 2 orang menantu l
2 anak sedara tapi dalam gmbr sorang saja = 16 orang sahaja

1. PAGI RAYA : berhari raya rumah MIL, semua adik beradik IL ada kecuali abang ipar seorang sebab kena bekerja di pagi raya. raya ke 3 baru balik kampong. pity him!!

2. bersalam-salaman, bermaaf-maafan, bermakan-makanan (eh betul ke?) hehe. anak-anak menakan pulak duk sibuk kutip duit raya dari situ sini, pastu duk kira sapa paling kaya, sapa paling idok kaya. hohoho!!

2. pagi raya dah makan nasik minyak sedap dari air tangan SIL, wow!! memang terangkat beb. sampai terngigau-ngigau. fuhhh, nyum nyum!! makan siap bertambah-tambah lagi wooo...

3. PETANG : Balik kampungku, kampung kutan tercinta. jumpe Ma, We, Mok, adik beradik 8 orang tuh, dan jugakkk si budak kecik, dua orang yang memang jd kerinduaan ahh..HAKIM & ASMA' AL HUDA...

4. makan pulak Soto kegemaran, pastu makan mihun sup. uhhh, sangat sedaplah...sukaaaa!! makan bertambah-tambah jugak. hahaha.

5. tema famili : Kelabu Hitam, tema famili kakMah : pink terang ya ampunn, tema aku dan suami pulak : hijau petronas kot. baju raya aku sepatutnya yang lain, tapi aku takde mood nak pakai baju baru, bermood nak pakai baju lama kaler lebih kurang sama jek hari tuu. huhu!!

6. tak meriah sangat kot raya tahun ni, mungkin sebab suamiku NZ dah perlu balik bekerja raya kedua. uh uh!! jadinya, mula raya kedua dan setrusnya aku jd bujangan lahhh. T___T

7. raya ni aku sempat melantak nasi dagang, nasi lemak, nasi himpit kuah kacang, laksa penang, laksa kelantan, nasi minyak, satay, spagetti, lontong, soto, dan blaa blaa....

8. soklan wajib aku dapat bila berkunjung rumah sedara mara, 'eh, mana cik abe nyoo?', 'kurus jah ni, bilo nak 'berisi' nie?' - penat den nak jawab, mujur soklan 'berisi' tu dah terisi pon..hehe. Alhamdulillah!!

9. Nenek saya nak ke Mekah tengah-tengah bulan 1O nanti, jadinya semua sedara mara pulang beraya la kat kampong sekaligus berkumpul nak jupe Nenek sebelom ke Mekah kan. penuh rumah nenek tau!! sebabnya...

Ayah Mie, Ummi dan Anak-anak = 9 orang
Ayah Mat, Cik Sah dan Anak-anak = 5 orang
Ayah Su, Cik Su dan Anak-anak = 4 orang
Famili saya = 16 orang
TOTAL : 34 ORANG SEMUANYA. hoho!!

10. oke, itu jek. takmo dah taip. esok pulak lah sambung. hehe!!

oh la la!