Tuesday, 16 November 2010

raya dimana tahun ini

tak cukup sembilan. ada tujuh sahaja.
(no. atas kepala mengikut kedudukan dalam adik beradik. hehe)

raya aidiladha kali ni dirumah mak ayah sendiri sebab tahun lepas dah beraya di rumah mak ayah mertua kan. toleransi. ^__^ tapi raya kali ni tak syok sebab kakak sulung, adik no 3, adik no 5 dan adik no 6 tak balik beraya kat rumah. very tak best!! T___T

kadang-kadang bila dah selalu meriah dan kecoh kat rumah tiap-tiap perayaan sebegini, rasa lain macam lah bila ramai yang tak balik. mereka semua nak balik bila Mok balik dari Mekah nt, 30hb November ni Mok balik. jadi, masa tu la diorang nak kumpul ramai-ramai. jadi, kakak sulung dan adik no 3 nak jimatkan cuti, mereka tak balik lah raya. lagipon cuti raya ni singkat je. manakala adik no 5 dan adik no 6 sekarang tengah belajar, tengah exam. jadi mereka pon tak baliklah jugak.

Ma cakap esok pagi nak buat Soto saja. alah, makanan favourite kami adik beradik. takde daging sebab tengahari baru nak masak daging kot. itupon kalu ade yang sedia menghulur. hehe. emm tahun ni Ma tak korban lembu sebab ramai adik beradik tak balik. tahun depan, yes, maybe akan korban lembu. adik no 4 pon tahun depan dah keje, nt nak mintak dia lah yang keluarkan kos korban mengorban ni. takpon kongsi adik beradik seekor lembu untuk korban nt. wah gitu!!

oklah. sekarang kat rumah mertua lagi. jap lagi nak balik kota bharu dah. itu sahaja laporan hari ini. sekian, terima kasih!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA, YAY!!

1 comment:

Fariha said...

soto sedapnya.....

oh la la!