Sunday, 6 March 2011

'ini halal ke haram umi?'

eh, tiba-tiba teringat kat anak-anak buahan laa. hmm, kalau belah suami, anak buahan ada ramai, tapi kalau belah aku, ade dua je, sorang laki dan sorang pompuan - dua-dua anak kakMah (kakak sulung aku dan sememangnya satu-satunya kakak aku). jadi, bila baby aku lahir nanti, beliau akan jadi cucu ke-14 belah suami dan cucu ke-3 belah aku, huhu! (^___^)

tapi sekarang ni, teringat kat Hakim, anak buahan sulung belah aku. sekarang dia berumur 4 tahun. sangat cerdik budaknya. pantang diajar benda baru, pasti cepat ingat. mulut lak becok, tak reti duk diam. dia dah sekolah dah sekarang. balik je umah, pasti ade je cerita baru dia tu. hakim ni lambat sikit boleh mulut, tapi bila dia dah boleh mulut, bukan main lagi dia bercerita, sampai naik lenguh dan naik tak paham apa yang dia cuba cerita, hehe!!

pastu, sekarang lak, dia pandai-pandai je ubah lagu yang cikgu ajar kat sekolah tu dengan versi sendiri, huhu. contohnya, macam lagu ni 'bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, bla bla bla (lupa lak camne lagu dia, hehe).

tapi hakim tu ubah versi dia camni, ' bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, cuci momo, pakai baju, pakai kopiah, pakai jam Ben10, tutup pintu, naik kete, tutup pagar, pergi sekolah, bla bla bla....' hah! lebih kurang macam tu lah gubahan lagu dia. dia nyanyi lagu tu versi aktiviti yang dia buat pagi-pagi sebelom pegi sekolah, hehe! lucu bila teringatkan dia.

oh ya, hakim ni peminat Ben10 no 1, padahal umi abi dia tak penah pon ajar dia tengok kartun Ben10 tu. taktau lah mane dia kenal Ben10 ni. kemungkinan besar pengaruh rakan sebaya kot, hehe!! hmm, sejak dia kenal Ben10, semua barang kalau boleh nak yang ade kartun Ben10. tak kiralah baju ke, seluar ke, kasut ke, beg ke, jam ke, semua nak ada Ben10 lah. dia ada satu jam Ben10, tapi jam tu sekarang dah jadi hidup segan mati takmau dah, tapi dia tetaplah pakai tak kira kemana dia pegi. punyalah peminat fanatik kan, huhu!!

pastu bebaru ni, umi dia ada la ajar dia kenal logo halal tu supaya dia kenal dan makan makanan yang ada logo halal je. hakim ni jenis kuat makan gak, pantang orang bagi makanan, pasti dia suap je dalam mulut dia. sebab tu umi dia ajar dia - sebelom makan, tengok ada tak logo tu. kalau ada, baru makan. kalau takde, hakim simpan tunjuk kat umi dulu. Hakim ni kan budak pintar, cepat je dia paham pasal tu. jadi, lepas umi dia ajar tu, tiap kali nak makan sumthing, mesti cek dulu ade halal ke tak. kalau ada dia makanlah, kalau takde dia simpan tunjuk kat umi dia. pintar kan anak buahan saya, hehe!!

minggu lepas, Nor (adik aku) ada la pergi umah umi hakim tu, dia bawak lah air kotak 3 kotak. satu dia bagi kat hakim, satu bagi kat umi hakim dan satu lagi kat dia sendiri lah. pastu sebelom minum tu, hakim pon cek la setiap air kotak tu, pastu dia cakap kat umi dia, 'umi air kotak ni ada halal, boleh minum la umi', maka terkejut la Nor akan kebolehan Hakim tu. dia tanyalah kakmah :

eh sejak bila hakim pandai kenal logo halal ni?

baru lagi. sekarang setiap makanan mesti dia nak cek logo halal ni.

ooo, baguslah!!

bagus memang bagus, tapi masalahnya sekarang, buah-buahan pon dia nak cek ada halal ke tak. kalau tade, dia taknak makan. pastu dia cakap, susu (breastmilk) umi tade halal, jadi mane leh adik dia minum.

HAHAHAHA. lawaklah hakim ni.

cerita asal : cikNor
ubahan semula : cikNa

Asma' Al Huda dan abangnya, Luqman Al Hakim

again, miss them so much!! muahhh!!

2 comments:

"..butterfly.." said...

gulp!!~ na kne cop ruberstamp kt breast lah cmni! huahuahua ;p

nadiah said...

"..butterfly.."

tulah, kena ade rubberstamp logo HALAL lah. sng nt nak jwb kena budak hakim ni, hehe!!

oh la la!