Monday 4 July 2011

dilema seorang ibu

bayangkan, selama seminggu tanpa anak disisi & berjumpa hanya pada waktu weekend sahaja. bunyi macam kejam je situasi tu kan.

tapi, itulah situasi yg akan saya lalui, seksa tapi terpaksa! (=__=)

bukan sengaja nak cipta situasi seperti itu, tapi keadaan seumpama tidak mengizinkan lagi setakat ini. Anas masih lagi kecil, jauh disudut hati risau bila Anas dijaga oleh pengasuh. jadi, terpaksa rela biar Tokma Anas yg jaga Anas dulu utk sementara waktu ni.

Ya, sementara waktu sebelom aku berpindah ke kuarters baru. sementara waktu sebelom aku berjumpa dengan pengasuh yang aku rasa yakin dia akan jaga Anas sebagaimana anaknya sendiri, & sementara waktu sebelom aku rasa keadaan aku di sekolah sudah stabil utk menjaga Anas sendiri tanpa suami disisi.

memang dilema kan.

satu famili berjauhan. Abahnya di Terengganu, ibunya di Jeli, & anaknya pula dirumah Tokmanya. kedengaran macam sedihkan? tapi hakikatnya yang melaluinya lagilah sedih, T__T.

berpisah dengan abahnya seminggu, boleh tahan lagi sebab abahnya boleh sms, boleh mms, boleh 3G malah boleh telefon bergayut dari pagi sampai malam, tapi si anak kecil tu apalah yang dia tahu kan? yang dia tahu hanya menangis mintak disusukan, mintak dibelai & dicium-cium, mintak didukung kesana kemari, mintak diagah-agah hingga ketawa mengekek-ngekek malah sudah pandai melihat ibu & abahnya sendiri.

bukankah akan rindu situasi itu nanti??

serius akan rindu. Ya, rindu yang maha hebat. yang bisa melunturkan semangat, yang boleh merosakkan mood malah mungkin yang akan menitikkan air mata.

biasanya, bangun pagi-pagi tengok ada si kecil disisi, bila sedar je dia mesti menangis mahu susu, terus melekat hingga tido kembali. bila sedar sekali lagi, tersengih-sengih suruh ibu bermain dgn dia. & waktu inilah sesuai mandikan dia, dipakaikan baju, dibedakkan wangi-wangi. ibu gomol-gomol lagi, susukan dia, pastu dia akan tido lagi. tapi nanti, dalam seminggu tu, sudah tade aktiviti manis sebegini lagi.

Ya Allah, serius aku akan rindu. lagi dua minggu aku akan bersama Anas, lepas tu akan mula kerja dah. seksa!! sungguh seksa.

kenapa perlu begini, kenapa??

Anas, kita akan lalui situasi seksa ini nanti, seminggu berpisah, weekend berjumpa, seminggu berpisah lagi & weekend kita jumpa lagi hinggalah ibu settlekan semuanya, barulah kita kan hidup bersama. moga Anas akan jadi gud boy, jangan nakal-nakal masa duk dgn Tokma nanti, jangan nangis kuat-kuat nanti Tokma terkejut. ibu sayang Anas sampai bila-bila!

love my little bambam :)

notakaki : ter'emo' malam ni sebab teringat dah nak start keje. dilema sungguh weh!!

4 comments:

Rosie Rose said...

alamakkk nad, tumpang sayu sama... kite yg tiap ari ngadap fahim ni pun rasa tak puas. ni kan pulak nad kena berjauh ngan anas. double rindu tu *rindu ayah anas lagik* sabar ye... mudah2an ada hikmahnya kena berjauh ngan anas dan ayah anas.

anas be a good boy k sayang...

misha.w said...

insyaallah bile semuanye ok, nadia bawak la anas iman ke jeli. tp buat masa skrg kene kuat skit lah. be strong ok. rindu tu mmg cnfrm rindu.

nanti kalau nak duduk berdua je pon ok, saya selama ni pon berdua je ngan raisya, babah raisya keja sabah. 2bulan skali baru dpt jumpe. :(

Ilyani said...

sabar eh...insyaALLAH awak boleh buat...chaiyok2...

Dilla Kim FHKD said...

huhuu sy pun alami benda yg sama tp still leh jumpa ari2 walaupun malam jer... arini plak tu dah start keje, aduyai sedey banget...

sumanya utk dorg gak kan. mencari rezeki buat anak terchenta =)

oh la la!