Monday 10 January 2011

surat utk baby : 6 bulan yang hot dan hangat di pasaran


PERINGATAN !!!
ENTRI KALI NI TERTAIP PANJANG LEBAR.
JADI, KALAU NAK BACA, SILA BACA SENYAP-SENYAP.
KALAU TAKNAK BACA, SILA KELUAR SECARA BERHEMAH.

SEKIAN, TERIMA KASIH!! (=____=)

Alhamdulillah, baby ibu dalam perot ibu ni sudah berusia 6 bulan lah *lompat bintang* hehe!!

macam sekelip mata je berkelip, macam senafas je bernafas, macam selangkah je berjalan, tup-tup sudah masuk 24 minggu ibu mengandung. (24 minggu = 6 bulan).

baby, dalam pemikiran ibu kan, macam terbayang-bayang lagi waktu ibu mula-mula nak buat urine test, Ya Rabbi, berdebar gila perasaan ibu ni, sampaikan rasa nak tercabut urut perot ni, lebih-lebih lagi bila tengok UPT tu naik 2 line. omaigoddd, betol ke ni baby?? ayoyo amma appa!! punyalah tak percaya kan, hehe!! hmm, ibu pon masih teringat jelas lagi muka gumbira abah yang kelu tak terkata apa-apa bila tengok UPT tu, dannn masih terasa lagi betapa hangatnya pelukan abah kat ibu masa tahu berita gumbira ni. kami dah nak jadi ibu abah dah sayang *sebak*.

tapi ibu tetap tak percaya tau, ibu pon buat urine test lagi sampai 3 kali, HAHA. konfius betol ibu ni. tapi bila ibu abah jumpa dokter, dan dokter cakap, tahniah!! u are pregnant 5 weeks, barulah ibu rasa legaaa ya amat hingga bila keluar bilik dokter tu, ibu rasa nak jerit kuat-kuat kat semua orang dan cakap, 'hey, saya sudah pregnant lah', HAHA. mengada kan ibu ni. ibu abah sayang baby, baby kena jadi anak yang baik ye. (-___-)

baby pon dah makin membesar bagai juara dah (^__^).

makin hari, baby makin bijak. tiap kali ibu atau abah bercakap dgn baby, mesti baby bagi respon dengan kick perot ibu. comel. baby dah makin kenal suara ibu abah ek. syabas bete syabas, HAHA. tengahmalam jek baby ajak ibu main dngn baby, baby kick kuat sampaikan ibu takleh tido tau. tapi takpe, ibu tak marah. tiap-tiap malam sebelom tido, abah suka letak tangan dia atas perot ibu, bercakap-cakap dengan baby. abah kata nak share perasaan teruja ibu bila baby kick. sebab bila baby kick, mesti ibu nak tergelak. jadi, abah pon leh rasa sama, kami pon boleh kongsi-kongsi gelak. hmm, bahagiakan baby. tak sabar nak tunggu baby keluar, nak tengok baby secara live, nak dukung, nak pelok baby kuat-kuat. :)

baby, ibu teringat pulak masa awal-awal preggy, ibu muntah-muntah tapi takdelah teruk sangat. lembik je rasa ibu ni. ibu selalu lapar tapi bila makan je, ibu muntah. muntah tak kenal waktu, kadang-kadang ibu muntah pagi, kadang tengahari, kadang malam. tapi baby ibu ni baik, tak banyak susahkan ibu, masuk je 3 bulan lebih mengandung, rasa muntah-muntah tu dah makin hilang. terus ibu ada selera nak makan macam-macam. ibu selalu minum susu, makan ubat dan makan makanan berkhasiat utk baby tau. cuma kekadang, ibu ada jugak makan beger mekdi, beger kfc sebab ibu teringin nak makan, hehe!! hinggakan sekarang berat ibu sudah naik hampir 8 kg, tapi takpe demi baby, ibu sanggup. lagipon rasanya takde pon perubahan ketara kat badan ibu, perot ibu jek makin bulat macam bola, HAHA. baby ibu ni bagus, nanti lepas je ibu lahirkan baby, tak perlulah ibu join fitness first utk slimkan badan kan baby kan, hehe!!


tapi kan baby, dua tiga hari lepas, bila ibu pee, air kencing ibu jadi kaler cokelat. ohh ibu takut. takut efek kat baby. bila ibu surf tenet, banyak info cakap air kencing kaler cokelat ni mungkin sebab ada masalah kat ginjal atau hati, dan maybe akan efek baby. Ya Allah, berdebarnya ibu, (--"). terus ibu bagitau abah, abah pulak terus brainwash ibu, abah cakap ibu kurang minum air masak sebab tu air kencing jadi kaler cokelat. eh padahal sebelom ni air kencing ibu kaler kuning cerah je, takde masalah pape (=___=). hmm, esoknya terus abah beli sekotak air mineral botol besar utk ibu, dan tiap pagi sbelom dia pegi keje, dia akan letak sebotol mineral tepi laptop ni suh ibu minum. bila abah balik keje pon, abah paksa ibu minum jugak. sehari ibu terpaksa minum sebotol atau dua botol air mineral untuk kembalikan air kencing kaler cokelat tu kepada kuning jernih. hasilnya memang berjaya cumaa yang tak tahannya, tiap-tiap malam ada 5 6 kali berulang alik toilet nak pee, hinggakan ibu rasa nak berkampong dalam toilet jek, HAHAHAHA.

walaupon air kencing ibu dah back to normal, tapi ibu tetap risau. nanti abah nak bawak ibu pegi klinik private cek. leh bincang-bincang dengan dokter. ingat tak dokter Haizi tu, alaa, dokter yang scan baby aritu la. hmm, nanti ibu nak mintak nasihat dia, pastu ibu nak scan tengok baby dalam perot ibu ni. oleh sebab takde klinik yang ada scan 3D/4D kat sini, terpaksalah ibu buat scan details. nanti ibu nak suh dokter printed setiap posisi baby, ibu nak laminate printed scan tu, ibu nak buat kenangan. nanti ibu nak tunjuk kat baby bila dah besar nanti. kalau baby tak dengar cakap ibu, ibu tunjuk je scan tu, barulah baby tahu camne baby masa dalam perot ibu, hehe!!!



hmm, abah kan sayang sangat kat baby tau, ibu pon dah makin dipinggirkan dah, huhu!! dulu sebelom abah pegi keje, perkara wajib abah buat mesti nak ibu salam dia, pastu kiss pipi kanan dan pipi kiri ibu, dahi lagi, mulut, ehem ehem. tapi sekarang, selain kiss ibu, abah mesti nak kiss baby, eh kiss perot ibu sebab abah cakap macam kiss baby jugak lah. abah je yang leh kiss baby, ibu tak sampai nak kiss, hehe!!

hari tu, ibu ada tanya abah :

'B, b sayang orang tak? sayang banyak mana?'

"mestilah sayang. sayang sebillion-billion lah. tapi makin sayang mestilah kat baby, hehe!!" *sambil tangan abah usap-usap perot ibu*

tengok!! kasih sayang abah dah dibahagi dua, (--"). ibu jeles kat baby. nanti bila baby merengek nak pape, mesti abah akan tunaikan jek. abah memang suka kanak-kanak, (@__@). abah ada cakap, nanti bila ade football tournament, abah nak bawak baby pegi sama. abah cakap nak baby ikut jejak langkah abah, jadi footballer, huhu!! hmm, nampak gayanya ibu kena duk umah jelah, dan takleh dah jadi pom pom girl abah. baby jelah ikut abah ek, jadi tukang bagi air kat abah, HAHA.


hmm, pagi ni baby baik, kejap-kejap baby tendang, kejap-kejap baby senyap je. agaknya baby lapar kan, ibu pon lapar. hehe. ohh, kalau kompem dah gender baby masa scan aritu, ibu dah ada nama utk baby. nama biasa saja, ibu nak panggil pon senang sebab pendek je. ibu suka, tapi abah taktau lah. ibu dah bagitau abah, tapi ibu dah tak ingat camne respon abah masa tu, hehe. biasalah, ibu kan mak nenek, asyik lupa je. hmm, barang-barang baby ibu belom beli, sebab sini hujanlah sayang. nak pegi shoppink pon tak best, lagipon tak bnyak choice. nanti bila ibu balik KB, ibu beli secara pukal. terpksalah sebab kat KB banyak pilihan, cuti abah pulak pendek-pendek je. jadi, bila ada masa nak shoppink tu, terus beli banyak-banyak. ibu kan dah siapkan checklist barang baby, jadi ibu follow checklist tu jelah.

ohh, sekarang abah dah pandai panggil ibu dengan nama pelik-pelik tau. masa perot ibu tengah membulat, abah panggil ibu 'Mek Bulat', tapi sekarang, abah dah tukar nama lain lak. abah panggil ibu......




















"hey, si bontot besar"
*err, makin besar ke bontot ibu ni?*

20 comments:

Julien Hakym said...

hebat si ibu ni!!! :-)

nadeera said...

hai..slm perkenalan.. :-) indah kan bila waktu preg nie..kalau dah bersalin esok tentu2 rindu anakanda kick2 dlm perut.. kamu wat test 3 kali??hahah saya buat test smpai 6 kali,punyerla tak percaya..akhirnyer alhamdulillah syukur,ader jua.so selamat menempuh saat2 indah ini yer..

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

hehehe..part yang last tu mmg indahh!! sebab gelaran tu time2 istimewa jer leh panggil kan...!! hehehe...nanti dah back to normal....alahai sekejap jerkan dah masuk 6 bulan..sama larr..rasa mcm xpuas agi peknen..manja2..ngade2...dan debaran makin terasa....dup dap dup dap....

Aina Rahman said...

hahaa..si bontot besar? montot saye juge sudah besar sebab semua suar dah x muat. =D

sweet je surat ni. nnti bby kuar suh die baca. klo degil² sumbat balik masuk lam perut. haha

Ewa Zallie said...

kahkahkah..mmg lawak lah si bontot besar nih!
i da dkt due ni, berat naik lbh 15kg...u hati2..nt bontot makin mmbesar..kihkih

Pya said...

Suka tengok gambar nad! Kiut!!! =)

InaSazlan said...

comeinyeee baju akak.kiutt

InaSazlan said...

'B, b sayang orang tak? sayang banyak mana?'

"mestilah sayang. sayang sebillion-billion lah. tapi makin sayang mestilah kat baby, hehe!!" *sambil tangan abah usap-usap perot ibu*


hahaha comelnyela....

nadiah said...

julien :

eh hebat ke? biasa jelah. :)

nadiah said...

nadeera :

aah, sangat indah hinggakan tak sedar cepat je masa berlalu. :)

yeke, 6 kali ye, hehe!! tp oke la, jnji bby sihat kan. :)

salam perkenalan juga.

nadiah said...

weiyda :

aah, sangat cepat hingga rasa mau je hentikan masa. ngeh3. best ada nama comel2 ni, rs dimanjai jek, walaupon nama yg suami pnggil pelik2. hehe.

nadiah said...

aina rahman :

hehe, ibu boyot msti bontot besar kan, baru la senang nak push-push. hehe!!

aah, kalau baby xmau dgr kata, paksa baby masuk perot balik, hahahaha. mcm la boleh kan. :)

nadiah said...

"..butterfly.." :

eh yeke, dekat due naik 15kg yer. habis i nanti cmne, ayoyo, bape la agaknya. risau nt nanti x larat nk bwk perot, hehe.

bontot besar sng nak push-push, hehe. (ayat pnyedap hati)

nadiah said...

sophie :

eh kiut ke? ni org paksa suami amikkan gmbr tau, dia tak rela, tapi terpksalah layan kerenah isteri dia, hehe!!

nadiah said...
This comment has been removed by the author.
nadiah said...

InaSazlan :

comel ek? org suka bju ni. tp makin kecik lah.

eh sweet ke? biasa jelah ina. :)

MrsIS said...

saye mmg suke dgn hey si bontot besar..kelakar gile jek..hahaha..pandai hubby ko bagi gelaran..tepat sekali!;p

nadiah said...

MrsIS :

hoho. dia tu memang, suka panggil org pelik2, huhu!

adachadisini said...

baju comel!
tempah sendiri ke.

nadiah said...

cha :

comel kan. xlah, x tempah pon, beli siap je. RM5 je cha. beli mase kedai tu nak clearance stock. comel gile, tp dah sendat dh, sbb bju ni kecik. eh ke tuan dia dh gemok, hehe! :)

oh la la!