Tuesday 2 August 2011

hari pertama pon dah gagal, aduyai!

aritu, sebelom start puasa dah niat dah mahu puasa penuh, yelah tahun lepas berjaya puasa penuh sbb preggy kan, jadi tahun ni harap penuh jugak lah, tapi tup tup, semalam tak sampai tengahari pon dah longlai, petang terus pitam, huhu!!

dugaan eh, dugaan sungguh!!

sahur dh makan, tapi sikit sangat sebab sakit gigi. Ya, sakit yang teruk hingga rasa berdengung telinga, tapi lepas makan ubat tahan sakit, oke la kejap. oleh sbb takleh telan nasik sgt, jadi makanlah kurma ngn roti sbagai pengalas perot, pastu susu & air masak bergelen. kononnya mampu bertahan sampai berbukak lah. :)

masa kat sekolah, cool lagi, bertahan. tapi bila nak masuk tengahari perot terasa sebu & lain macam. tapi try buat aktiviti mcm biasa. pukul 12, lepas budak-budak balik, buat aktiviti mengepam. tapi hasil kurang mmberangsangkan, hanya 3oz tapi syukur sekurang-kurang cukup sbotol utk Anas. pagi lepas sahur pon dah pam, boleh 2 botol x 3oz. Alhamdulillah.

tapi lepas mengepam, perot terus jadi sakit teruk, hingga terpaksa jalan merengkok-rengkok. tapi try tahan, peluh jantan dah kuar dah sampaikan kipas no.5 pon dah tak rasa pape. cuba sapu minyak kat perot, macam-macam minyak, minyak TYT, minyak mestika & minyak kapak juga, tapi langsung tade kesan. muka makin pucat lesi, mata pon mcm takleh nak bukak dh, sbb duk tahan sakit sgt, :(

kul 2 lebih balik rumah, sambil tahan sakit. sampai umah, terus rebah di tikar tempat buai Anas. mujurlah hubby cuti kan, jadi hubby ade samalah masa tengah sakit hingga rasa teruk bebenor tu. hubby yg jadi BS Anas semntara dia bercuti ni kan, hehe!! pastu hubby cuba sapu minyak lagi kat perot & belakang badan, tapi tak menjadi jgk, perot makin sakit. mujurlah Anas oke je, tak merengek pon, mungkin dia tgk ibu dia sakit kan, jd taknak mengempenglah, huhu.

pukul 3 lebih sakit makin menjadi-jadi, hubby suh bukak tapi cakap taknak lagi sebab sayangkan. tapi lama-lama pikir, memang tak boleh tahan dah, terpksa bukak jugak. suh hubby buatkan susu & potong kek pisang utk alas perot. lepas makan, barulah oke sikit. bolehlah duduk dgn betol, kalau tak merengkok jelah tahan sakit, :'(

tapi dugaan dtg balik, gigi pulak sakit hingga telinga kiri macam kurang dengar lak, berdengung jek. mungkin sbb makan kek pisang kan, maniss! pastu Anas pulak merengek-rengek nak susu, & i pulak stress dgn sakit gigi, sakit perot, tapi try jugak lah BF Anas, BF sambil baring sbb nak duduk pon tak bpe betol kan. Alhamdulillah, kenyang jugak Anas sampai tertido dia, hehe!

sakit pulak dtg berselang seli, kejap sakit gigi, kejap sakit perot. aduyai, memang dugaanlah tapi mujurlah hubby ade. kalu dia tade masa tu, memang goyahlah sikit. Yelah, mana nak jaga Anas lagi, nak uruskan diri sndiri yg sakit ni lagi. pastu boleh pulak Anas poopoo byk kali smalam, huhu. hubbylah terpksa handle Anas, sbb i dah tak mampu lagi nak buat pape, sakit gigi makin teruk, :'(

bertahan punyalah bertahan, tapi akhirnya i mengalah sebab gigi ni kena cabut juga. mlm hubby & i berbukak dgn nasik & lauk beli kat gerai bzr ramadan jek, i takleh nak masak, sian hubby! i cakap kat hubby nak cabut gigi, tapi kena pegi Tanah Merah lah sebab kat Jeli ni tade klinik gigi, sedihkan? kalau ade pon hospital besar Jeli. hmm Tanah Merah - Jeli dalam 1jam setengah jugak lah nak sampai, huhu.

lepas siap makan, siap-siap tung tang tung tang, jam 8.40mlm brulah gerak ke Tanah Merah. sampai Tanah Merah jam 10.15 mlm sbb kete banyak jadi hubby takleh drift, hehe! mujurlah bila sampai tu, ade klinik gigi yg bukak lagi, tapi itupon nyaris-nyaris nak tutup dh, hehe. i last patient la kat klinik tu. lepas je settle doktor cabut gigi i, terus pekerja dia tutup klinik tu, hehe, rezeki i malam tu dpt jugak cabut gigi. masa dalam perjalanan ke Tnh Merah, i tak henti-henti doa supaya ada klinik bukak, Alhamdulillah Tuhan perkenankan doa i. maka, tiada lagi sakit gigi lepas ni, hoyehh!

tapi-tapi, yang i frust sikit sbb malam tu Anas trpksa disusukan dgn ebm jek sbb i stress, pastu bila BF Anas mcm merengek-rengek je, mcm susu tade. i yakin ade, tapi sbb stress kan, jd takleh nak BF dia betol-betol. tapi lepas je abis sebotol Anas minum, boleh pulak i sambung BF dia supaya dia mamai-mamai kan, boleh la dia tido, hahaha!

hari ni, i mc, hehe. jdi i ade kat kampong ni, malas nak balik Jeli smula. jadi, pagi tadi bersahur dgn mak ayah & adik beradiklah. lepas cabut gigi, berselera sikit i makan, huhu, mudahan boleh bertahan sampai berbukak lah, & tolonglah jgn jadi mcm semalam lagi, aminn!

& harapan besar, moga dapat BF Anas betol-betol arini, takde lah lemah longlai ye, hehehehe!!

my superheroes - Anas Iman & hubby
(berdoa semoga Tuhan permudahkan urusan pertukaran i supaya bolehlah kami tinggal bersama, Aminn!!)

my big boss!! oloh, masyamnya muka dia, hehehehe!!

2 comments:

QueenBz said...

alahai, kesiannya sakit perot. I ni tak tahulah kalau boleh puasa nanti bertahan ke tak nak puasa & BF.


takpe, ade 29 hari lagi. slow2 yer :)

Mama Marcello said...

alolooo cian nyer kat mommy anas nie....huhu...xpelaa, klo dah tak tahan tu nk bt canne kan... lagi pon Allah dah bagi kelonggaran buat kaum menyusu mcm kiter ni kan..hehe..

saya pon hari 1st puasa tue lembik jgk..tapi syukur Alhamdulillah berjaya smp berbuka...=)

oh la la!