itulah perangai anak saya semalam, hmmm!
boleh pulak dia meraung-raung macam kena dera dalam Tesco tau. jenuh pujuk dia tapi bolayan, kuikui!!
mula-mula mase sampai Tesco, dia riang ria je, siap sengih-sengih tengok banyak lampu kan. jadi saya beranganlah yang saya boleh shopping dengan bahagialah sebab anak nampak bahagia jek, kihkihkih. tapi bila dah masuk Tesco tu, mula la dia buat muka 'jebekk', alamak!!! ini tak boleh jadi ni, saya pon main la ciku cak dgn dia, tapi langsung tak jalan, terus-terusan dia menangis yo!
menangis siap berair mata segala dah, muka habis merah menyala dah. memang sedihlah tengok. last-last saya terpaksalah berlari-lari ke nursing room utk bf dia. padahalkan, sebelom tu, saya dah bf dia siap-siap dah. pelik betol dgn perangai dia. bila dia dah cool down, saya pon bawak la dia masuk Tesco balik tapi dia boleh menangis semula, huhu!
menangis kuat hinggakan ramai orang tgk saya. ya, ya, tengok saya macam saya larikan anak orang lain je, kuikuikui! baiklah, kali ni saya dah tak boleh ada dalam Tesco lagi, kena keluar ni. jadi saya pon berlari-larilah ke kereta sbb saya dah taktau nak buat apa kan. terus ajak adik-adik balik. saya pegi dgn adik-adik je, hubby tade, susah jugakla, sbb hubby pandai jugak pujuk Anas ni, huhu.
pastu lepas disiasat, barulah saya tahu kenapa Anas menangis sakan kan. rupa-rupanya dia takut tengok orang ya ampunnnn ramai gilos kat tesco semalam sebabnya tesco ada sales kan, jadi ramai la org. ohh takut dgn orang ramai ye, baru ibu tahu. tape, lain kali ibu tak bawak dah Anas pegi tempat ramai orang ye, Anas gud boy kan!!
hmmm, susah lah saya lepas ni, anak takmau duk tempat org ramai, jadi takleh la nak window shopping lagi, hmmmm T____T
balik umah je, terus tido. penat sebab nangis kot, hehe!!
4 comments:
Alahai Anas, lpas ni ibu xleh la serbu tempat2 ada sale=)
Anah : aah, tula pasal xleh nak serbu sale, sedihnyaaa :(
alalaaa...meh anas sini...abg adam bagi tips..hehehe
molie :
ala, adam best, behave je kan. kena train lagi anas ni supaya behave mcm adam jugak, hehe!!
Post a Comment