Tuesday, 26 April 2011

cerita pengalaman bersalin saya

okeh, mari kita mulakan, ehe!

13.04.11 (Rabu)
620 pagi - mahu mandi manda utk ke sekolah, tup-tup tgk kat panties ade sikit 'show' (lendir darah). wah eden mula cuak, terketar-ketar dah. mandi ala kadar sebab dah tak keruan dah, ehe! kuar toilet, announce kat kengkawan serumah. masing-masing pon mula cuak, sebab semua tade pengalaman bersalin, huhu. mula telefon Ma, encek suami, maksedara dan bagitau mereka pasal kuar lendir darah ni. terus paksa suami datang amik aku kat sekolah ni. suh ma rilek-rilek je kat rumah konon aku ni oke, padahal ya ampunnnn cuak beb cuak, hehe.

ma telefon balik cakap nak datang amik aku gak kat jeli, kot-kot encek suami lambat smpai kan. yolah, encek suami gerak dari terengganu, ma lak gerak dari kb je. Ma dalam 2 jam dah sampai ke sekolah aku, encek suami dalam 3jam lebih baru smpai, so sapa cepat dia dapat, hehe!

aku packing barang aku dgn barang baby, siap-siap utk ke prasekolah dan bawak segala barang-barang tu. pastu lepak kat pra kejap dengan cikwawa sambil breakfast roti cicah milo sebagai penguat tenaga, hehe. tengah pikir nak cek klinik ke tak. member suggest pegi cek klinik terus sebab nak tunggu encek suami atau Ma smpai macam lambat je pastu bimbang gak apa-apa terjadi kan. lastly, amik keputusan cek klinik gak. mujur klinik daerah belakang sekolah jek, boleh pi jalan kaki ajo.

sampai klinik, masuk ke bhgian ibu dan anak terus bagitau nurse bertugas yang aku ni kuar lendir darah. kecoh kat klinik kejap sebab masa tu jam 830 pagi, nurse baru je nak mulakan tugas. nurse bawak aku ke labour room, pastu dia suh aku tukar pakai tshirt dgn kain batik. mujurlah aku dh standby siap-siap tshirt dgn kain batik ni. nurse mula soal itu ini sambil rekod dalam buku pink pastu isi borang apa ntah. kat situ ada 3 orang nurse, sorang badan gempal pastu 2 orang lagi biasa-biasa aja. yg badan gempal tu siap-siap pakai glove pastu suh aku baring atas katil sambil kangkangkan kaki. katanya mahu cek jalan, wuwuwu. berdebar giler sebab terbayang cek jalan ni mesti sakit, pastu dicek pulak oleh nurse yg gempal dan kompem jari-jemarinya pon gempal, ehe!

bila nurse tu seluk je nak cek jalan, terus aku terangkat punggung. makkkkkk, sakitnyaa. ternangis terus aku kat situ. nurse tu marah aku sebab angkat punggung, tapi dah sakit sangat, memanglah otomatik terangkat kan, ceh! pastu dia cakap dia tak dpt cek sebab aku ni tak duk diam, ehe! pastu nurse sorg lagi datang cek, mujurlah dia ni kecik dan jari jemarinya utk menyeluk pon kecik, hehe. lepas seluk, nurse tu cakap bukaan dah 1cm, huhu. terus diorang cakap aku ni kena antar ke hospital jeli dah sebab dah ade tanda dan bukaan. ohh makin cuak bila dengar hospital ni. terasa macam aku kena beranak hari tu jugak bunyinya, hehe.

terus telefon Ma, encek suami dan maksedara cakap takyah pegi sekolah, tapi pegi hospital jeli terus. aku ke hospital dgn ambulans sambil diiringi 2 orang nurse, ececey. 1st time naik ambulans ni, memang jakun giler. aku nak duduk tapi nurse suh aku baring atas katil dlm ambulans tu, huhu. nampak macam aku ni sakit bebenor padahal aku ni kuar darah aje, tade rasa contraction ke apa pon.

sampai je hospital, tengok-tengok Ma dah ada. borak dgn Ma kejap, pastu nurse cakap kena masuk labour room hospital lak utk register. settle register, nurse situ suh aku baring atas katil sekali lagi utk cek bukaan. hah!! cek bukaan lagi? ayoyo amma appa. tapi kali ni aku dah bersedia sikit, no more angkat-angkat punggung sebab nurse yg cek ni pon jari dia kecik je, jadi tak sakit sangat la, hehe! nurse cakap bukaan dah 2cm. pastu nurse suh aku pegi bilik satu lagi utk cek contraction dgn baby heartbeat lak. nurse pasang alat utk cek tu kat perot boyot aku, tapi result tak konsisten lak sebab aku lapar giler, baby pon lapar, hehe. nurse suh aku rehat dan makan dulu, then baru cek CTG balik. kebetulan suami msg ckp dia dh sampai hospital, terus aku bagitau dia suh beli nasi dan air.

suami masuk labour room utk bagi aku nasi tapi bila nampak suami terus aku menangis, sebab takut. rasa nak peluk je suami tapi malu, sebab ada ramai lak nurse kat situ, hehe. suami teman aku makan, sambil urut-urut tangan aku, aku yg suh dia urut tangan, padahal tangan tade rasa sakit pon, hehe. nurse bagi aku baju dan kain pink utk tukar. selesai je makan, aku pon tukar baju pink tu, punyala besar gedabak baju tu macam aku ni bersaiz xxxl lak, huhu. nurse suh suami kuar sebab nak cek CTG sekali lagi, kali ni result dah konsisten mungkin sebab dah knyang kan, ehe. lepas itu, nurse suh aku masuk wad katil no 3.

aku masuk wad, tengok ada 3 patients lain tengah baring. sorang tgh sakit contraction, dua orang lagi kena tahan wad sebab diabetis dan kencing kotor. aku baring atas katil sambil ditemani Ma dgn Mok (nenek), suami takleh masuk lagi sebab belom waktu melawat. jam 1230 tghri, barulah suami dgn maksedara masuk wad borak-borak dgn aku. dari saat baring atas katil tu hinggalah ke pagi esoknya aku tade pon rasa sakit-sakit. mulala berangan nak kuar wad awal. ohh, bosannya duk kat wad ni ye.

14.04.11 (Khamis)
jam 5 pagi, aku dah bangun dah sebab takleh tido sangat kat wad ni, bosan. aku ade rasa sakit pinggang sikit-sikit pastu ade rasa macam nak pee, nak poopoo tapi macam takleh kuar je. cakap kat Ma, Ma cakap mgkin tanda-tanda nak bersalin kot. tapi aku cakap tak, sebab aku rasa mungkin sebab aku tak selesa tido atas katil wad tu, pepandai je aku ni kan, hehe. aku pegi mandi pastu kmbali baring atas katil sebab dah taktau nak buat apa. rasa sakit kat pinggang makin terasa tapi aku abaikan je sbb rasa dia kejap-kejap je. kul 8, dokter masuk cek, dokter tanya ada rasa sakit perot ke? aku cakap tade sebab memang aku tade sakit perot pon, sakit kat pinggang je, hehe. aku tanya dokter, boleh ke aku nak balik awal, tapi dokter tak bagi sebab dokter cakap nak perhatikan aku dalam masa 24jam, kalau tade pape lagi, esok baru leh kuar, huhu.

kul 10 pagi, steady lagi walaupon sakit pinggang makin menyucuk-nyucuk. suami bawak masuk nasi lemak, aku makan 2 3 suap je, tak lalu sebab duk tahan sakit pinggang ni. suh Ma urut belakang tapi ma kata takleh urut sebab kepala baby kat belakang tu. Ma pon urut tangan, tapi tangan tak sakit pon, hehe. dah tak tahan, ajak suami pegi labour room utk cek bukaan. suami pimpin ke LR, aku masuk LR tapi suami takleh masuk, kena tgu luar. bila nurse cek, bukaan dah 4cm tapi kena balik wad balik sebab nurse cakap kalu bukaan dah 5-6cm baru kena tahan. kembali ke wad, rilek kejap tapi sakit pinggang makin menyucuk hingga rasa macam nak patah. sambung makan roti, tapi tak habis pon. suami pegi kantin, beli 2 biji telur separuh masak utk tenaga. aku sempat makan sebijik je sebab rasa nak muntah.

rasa sakit makin kerap tapi tak sempat nak kira kekerapan tu. tiap kali sakit, genggam lengan atau tangan suami, hingga tangan suami yang hitam manis tu, jadi putih, hehe. betapa kuatnya genggaman aku tu, huhu. mujur ade suami disisi, kalu tak, takkan nak genggam tangan Ma lak kan, kesian ma lak, hehe! sempat lagi aku tanya Ma, 'camne la ma tahan sakit ni tiap kali nak beranakkan kami adik beradik 9 orang ni?' pastu tahu tak ma jawab apa? 'sebab itu la, anak-anak kena hormat Ma ni', hehe! gelak kejap pastu sambung menangis aku tahan sakit sebab rasa sakit kat pinggang tu makin melampau-lampau. bila sakit je, terus genggam tangan suami, sambil nangis sambil baca 'LailahaillaantaSubhanakainnikuntuminalzolimin'. berulang kali aku baca ayat tu, aku ingat kata-kata Ma, kalau sakit jangan jerit tapi baca doa, ingat Tuhan banyak-banyak.

kul 11, ajak suami sekali lagi ke LR utk cek bukaan sebab memang sakit pinggang tu makin-makin sakit la, memang taktau nak explain camne rasa sakit tu. kat LR, nurse suh baring atas katil, suami teman aku kejap. rasa sakit makin hebat hingga aku taktau nak baring cmne, smua serba tak kena. kejap ke kanan, kejap ke kiri tapi rasa sakit tu tetap sakit ya ampunnn. bila tak sakit, aku borak dgn suami, mintak ampun maap kalau ada buat salah ke apa, aku menangis, hubby pon termenangis gak sebab tak tahan tengok aku sakit-sakit ni, hehe. sakit menyerang lagi, bila datang sakit tu, menangis-nangis aku dibuatnya sebab rasa sakit tu maha seksa hingga boleh tercakap 'B, org tanak dah preggy lagi, sakit laa, tak tahan', hehe!

nurse suh suami kuar. maka baringla aku atas katil tu sorang-sorang menahan sakit. kali ni kekerapan sakit makin cepat, dalam 5 minit sekali. tiap kali sakit menyerang, aku genggam tepi katil kuat-kuat, pastu baca ayat tadi berulang kali. bila dah tak tertahan sangat, aku pon jerit panggil nurse, bila nurse datang, dia cek bukaan, rupanya bukaan dah pon 7cm, terus nurse tu suh nurse lain panggil encek suami. sambil-sambil tu, nurse tu cakap nak pecahkan air ketuban aku. aku nampak nurse pegang satu alat mcm chopstik tu, sekali dia cucuk kat bawah, terus kuar air mencurah-curah macam air kencing tapi panas, hehe. aku pejam mata bila tengok keadaan dalam bilik tu makin ramai dgn nurse, terasa macam nak je teran terus tapi takut, hehe. bila bukak mata, tengok-tengok suami dah ade kat tepi, suami usap kepala aku, smbil lap-lap peluh. peluh aku buat baju aku separuh basah dah, ehe. suami suh aku sabar, tapi aku dah tak tau nak sabar camne sebab rasa sakit tu terlampau-lampau sakit.

nurse mula standby suh aku teran. dia ajar aku suh kangkang luas-luas sambil pegang betis, kacip gigi tengok perot pastu teran pushhhhhhhhhhhh. mula-mula aku tak pandai, nafas pon pendek je, sokmo failed. aku tengok jam masa tu kul 1.15petang. nurse aku baring ke kiri sambil teran bila rasa contraction tu datang. bila ada rasa contraction tu, terus aku terann. yah yah, sepnuh hati aku teran tapi gagal lagi, hehe. aku taktau la bape kali ade aksi teran meneran ni, tapi aku sokmo gagal kontrol nafas. pastu datang sorang nurse tu yang aku dengar nurse lain panggil kakZam, dialah yang guide aku cara teran betol-betol. bila contraction datang, nurse tu suh push, tapi jangan jerit sebab kalau jerit nanti kehabisan tenaga. bila aku sakit-sakit cmtu, suami pon tak sampai hati nak tengok aku, tapi dia sentiasa bagi aku kata-kata semangat walaupon aku dah tak bpe dengar dah kata-kata dia tu, hehe.

nurse paksa aku teran sebab kepala baby dah nampak dah, aku teran hingga kehabisan tenaga. masa tu suami dah tak sanggup tengok aku sakit, dia cakap kat aku nak panggil ma. aku angguk-angguk je. suami kuar panggil ma, ma lak yg teman aku dlm LR. aku dngar ma baca doa sambil hembus atas ubun kepala aku. aku teran dan terus teran. eh tapi rupa-rupanya suami ada lagi dlm LR, tapi dia duk atas kepala aku, ma duk di tepi aku. suami dan ma bagi semangat berganda-ganda kat aku. aku usaha pushhh, tapi bila dengar nurse suh aku push kuat-kuat nanti baby awak lemas, terus aku kumpul sekuat tenaga sambil tarik nafas panjang-panjang, pastu pushhhhhhhhhhhh. masa ni nurse dah boleh capai kepala dan tarik baby keluar. bila baby keluar je, terus kempis perot boyot aku, hehe. aku nmpak nurse angkat baby pastu baby dah mula menangis sekuat hati, terus rasa lega. nurse tanya jantina baby, bila nampak bebird dia, terus aku jawab, baby laki, hehe. Masha Allah, hebatnya kuasa Tuhan ni, rasa sungguh bersyukur dgn nikmatNya, Alhamdulillah!!

ohh, sebelum aku push tu, aku dpt dengar dgn jelas nurse tu gunting kat bawah aku, eeeii terngiang-ngiang lagi di telinga ni bunyi zreet tu. uwww! hmm masa dijahit tu, aku dah tak bpe sedar dh, kjp ada rs sakit, kjp rs biase jek, hehe. memang letih giler, cmpur takut sekali, hingga aku lupa nak tanya nurse bpe jahitan aku kena jahit ni, huhu. siap je jahit, nurse bawak baby letak sebelah aku. rasa terpinga-pinga jap, sungguh tak percaya. suami masuk LR, cium aku dan cakap terima kasih. terharuuu. pastu suami azankan baby. masa suami tgh azankan baby, aku menangis sebab rasa betapa sempurnanya hidup aku sekarang, lengkap!

buah hati pengarang jantung - Nik Anas Iman. :p

memang pengalaman ni sungguh ngeri tapi ada nikmat berganda, hehe. lepas je bersalin ke Anas ni, memang rasa fobia terlampau hingga kekadang sampai termimpi-mimpi rasa sakit contraction tu (masa sakit-sakit pinggang tula), rasa mase teran tu, rasa kena jahit tu. pastu betapa seksanya nak jalan, nak pee, nak poopoo lepas dijahit tu. semua rasa tak seronok tapi rasa seronok bila dapat tatap si Anas Iman budak kuat menyusu ni. buat masa sekarang, perasaan memang takmahu dah beranak lagi, cukuplah Anas seorang, tapi itu perasaan sekarang, akan datang tu taktau lah, hehe. kalu mahu tambah anak pon, biarlah dalam masa 3 4 tahun akan datang, biar hilang segala perasaan fobia, trauma tu dulu, :P


noted : entri dapat disiapkan setelah berpuluhkali taip pastu delete pastu taip balik. panjang sungguh ceritanya hingga kena cut and paste yang penting-penting sahaja, hehe.

14 comments:

Rosie Rose said...

bestnyaaa baca citer nad! rasa nak nanges pun ada... mcm tu la pengorbanan kite ni kah... dr preggy sampai la melahirkan. belum kria lagi sakit2 lepas bersalin n mengadap si kecik. tp semua tu anugerah... :)

alhamdulillah, mcm senang je nad bersalin. harap2 sama la nanti.... dipermudahkan. ameen!!! excited dh nih!

misha.w said...

terharu & bergenang air mata time baca entry nadiah ni. sungguh mengimbau kenangan. :)

tp last2 sweet je kan? sakit pon trus ilang bile nmpk baby. magic! :)

molliesa said...

bestkan nad! lepas ni nak bersalin lagi tak?? ngeeee~~ :)

Pya said...

Alhamdulillah~ Allah permudahkan Nad bersalin.

Nad, ms doc gunting bawah tu dia takde bg ubat tahan sakit ke? Huhu... cuaknye~

adachadisini said...

Panjang tapi puas baca!
Ouhh touching sungguh!
Hmm. Baca je dh rasa seriau.
hmmmm

nadiah said...

rosie rose :

itulah, sblom ni dugaan ms preggy, pastu bersalin pastu skrg ni tempoh brpntg dn jaga si tecik ni, tp tape mmg anugerah yg tiada galang gantinya. :)

Alhamdulillah, org pon rs tempoh bersalin org sgt dipermudahkan olehNya, syukur sgt sbb tak perlu tanggung sakit yg lama. hnya 4 jam je dlm LR tu, tup2 dh bersalin, hehe!

nadiah said...

misha.w :

aah, kenangan terindah ni, hehe!

betol, bila nmpk je baby terus rs hilang sgala sakit sblom tu, hebat sungguh kuasa Tuhan ni. :)

nadiah said...

molie :

best tapi errr, tunggu lah 3 4 thn lg bru preggy balik, hehe!

nadiah said...

Pya :

Alhamdulillah pya, org bersyukur sgt sbb org mudah bersalin, tade mslh pape. InsyaAllah, moga pya pon same nt, :)

tade pon pya, dia gunting je tade bius pon. tp masa jahit tu dia bius. ohh org nurse yg sambut baby, bukan doc. :)

nadiah said...

adachadisini :

panjang kan, dah bpe kali edit ni kasi pendek, hehe!

jangan seriau-seriau, setiap org ade pengalaman berbeza-beza. tp serius seriau nak bersalin ni, hehe!

"..butterfly.." said...

na! bergenang airmata ku membaca!hukhuk

lbh kurg la kite, kua darah dulu,not air ketuban :)
n i tahan sakit 1minit sekali tu on 20hb,(dah terlepas due 19hb)..siap berjalan makan kt kedai tp sakit dtg mmg sakit btl2 smpai tgn putih suami jd lebam hitam..kekekeke ;p

tp i just sakit cmtu siang2 hari jer,bila mlm xde rase sakitpon..cume seriau utk cek bukaan.mencik!! 2-3x kne cek, last cek mase kne pakse masuk labor room, bukaan baru 5cm---xsempat rase sakit, dh kne sorong ke bilik bedah...penat kne robek perut oleh doc2 tuh,then dpt cium baby yg dh celik 2,3x :)) so,smpaii skg i jd takut giler TERpregnant..takut utk lalui bersalin normal mcm u citer tu! huwaaaaa..
(tp rase nk preggy lg.hehe)

nadiah said...

..butterfly..

sakitkan masa kena cek jalan tu, benci betol kan.

eh same la, i pon sangat takut terpregnant lagi sbb perasaan fobia, trauma ni still menebal ni, tak hilang2 lg ni. risau ah...hehe!

kalu prgnnt lg skali biarla 3 4 thn akan dtg ah, ehe!

ally said...

nad, tahniah sgt2..walaupun lambat dah..hehe..baru nyempat bc entry nad..best kan dah jadi mummy nih..tp, me pon trauma gak..kene tunggu 2 thn lg kot br bersedia nak pregnant lg..

aNaYaNa said...

alahai k.nad..sebak daku mebacanya..eh lepas sebak tergelak pulak..lucula k.nad..hehe..papepun smua dah selamat..next yearrrrr pulak..hehe

oh la la!