Monday 7 March 2011

lets moving sayang

helo baby kesayangan ibu, baby buah hati pengarang jantung ibu, selamat pagi!

hari ini baby sudah masuk 8 bulan tau (32minggu). sungguh teruja anak ibu ni bila menginjak umur ye, dari pagi tadi lagi bergerak aktif ni. ohhh, baby ibu lapar ye. kita kan baru je sudah makan maggi goreng sodap ciptaan ibu dan air susu higoat yang penuh kalsium tu. tak kenyang lagi ye sayang, hehe!

tape tape, jap lagi kita makan buah ciku lak ye, nyum nyum. dah lama tak makan buah ciku ni. :)

maggi goreng kosong dengan susu higoat, hehe!

my bolat tummy 8 months dah, :)

baby sayang, ibu baru je lepas packing barang baby dan barang ibu ni. iye ye oo je ibu ni packing barang-barang kan, padahal taktau lagi ni nanti ibu akan keje mane, hehe!! malam ni lepas abah habis keje, terus kita balik umah tokma, tokwe. yelah, esok ibu akan lapor diri kt KB, jadi esok lah ibu akan tahu kat mane ibu akan keje. tapi ibu rasa, ibu akan dapat keje area KB je (main rasa-rasa lak kan, hehe) hmm, tapi kalau dapat kat terengganu ni, bagus juga kan sayang, boleh lah kita duk dgn abah. syiok! tade lah duk separate dan tade lah kita rindu-rinduan sangat kan. kan.

tapi kalau ibu dapat kat KB pon oke jugak sebab dekat dengan tokwe dgn tokma. baby pon senang nt, tokma leh jaga baby kan time ibu keje nanti. cuma yang tak syiok nya, kita jauhlah dengan abah. hmm, kalau lah cuti abah ni macam orang lain senang lah. tapi ini tak, orang lain tak keje weekend, abah keje weekend. orang lain keje weekdays, abah lak cuti time weekdays. pastu memanjang je outstation kan. kompem abah akan jarang-jarang jupe kita kat kampong kan sayang. ohh itu tak best, ibu tak sukaa, (--").

hmm, ibu dalam dilema lah. kalau ibu dapat KB, perlu ke ibu mintak tukar Terengganu ni?? ohh oh ohh.

kalau keje kat KB, bestnya sebab :

1. tinggal dengan tokwe tokMa je, pastu nanti baby pon akan terjaga sebab ibu tak perlu cari pengasuh bila ibu pergi keje nanti. ibu pon tade lah risau sangat sebab baby duk dengan tokMa kan.
2. cikTeh, cikSu dengan cikLi pon ada untuk layan baby, main-main dengan baby kan. sekarang pon diorang dah sibuk tanya, bila baby nak lahir. diorang tak sabar nak main-main dengan baby, hehe!
3. keje kat tanah kelahiran sendiri memang cita-cita ibu, lagipon ibu suka duduk dengan tokma sebab nanti leh makan masakan tokma yang sedap hingga menjilat jari tu, ohh nyum nyum!!
4. bla bla bla...........hehe!

tapi yang tak bestnya sebab :

1. jauh dengan abah. pastu nanti abah akan jarang-jarang la jupe kita. kita nak mengada-ngada dengan abah pon dah takleh sangat dah sayang, (--")
2. tak syiok duk separate dgn abah, nanti abah pon tak dapat tengok perkembangan baby dari masa ke semasa, (T___T).
3. nanti kita akan rindu-rinduan kan baby kan. baby rindu abah, ibu pon lagi lah akan rindu abah, hukhuk!!
4. pastu kalau duk jauh dengan abah, bila lak baby akan dapat adik. eh? hehe.

****************

jadi, camano tu? nak keje mane ni, huhu! tapi kalau ibu keje kat terengganu, ibu kena cari pengasuh untuk jaga baby bila ibu pegi keje kan sayang. ohh, risau ibu bila pikir pasal pengasuh ni. sekarang, selalu ibu dengar perkara tak best pasal pengasuh ni. hmm, tapi ibu harap dan berdoa sekiranya baby dijaga pengasuh akan datang, biarlah pengasuh itu orangnya baik-baik kan sayang.

kalau duk kampong lak, memang lah tokma yang akan jaga baby tapi ibu kalau boleh taknak susahkan tokma sebab tugas tokma sekarang bukan untuk menjaga dan mengasuh baby lak kan. masa tokma sekarang hanya perlu berehat dan beribadah je. sian tokma kalau kena jaga baby lak. tapi ibu tahu, mesti tokma suka dan mahu jaga baby, sebab tokma selalu risau bila cucu-cucu dia duk pengasuh. tokma mahu jaga sendiri cucu dia. hmmm, lagipon duduk dengan tokma lagi terjamin dari duduk dengan pengasuh kan sayang kan. :)

siap basuh, siap lipat dan siap simpan dah.

bila tengok je baju-baju baby ni, ibu jadi geram pastu rasa terharu, rasa sebak, rasa nak menangis, rasa tak sabar nak jupe baby kesayangan ibu ni. 8 minggu lagi nak jupe baby ni. tak sabar nak peluk cium baby. semalam ibu beli lagi baju baby, hehe! hmm, tiap kali pegi mall, mesti beli jugak barang untuk baby. tak kira lah, tapi apa saja yang comel-comel, mesti nak beli untuk baby. Ya, baby, ibu sayang sangat-sangat kat baby. baby jadi anak yang soleh ya sayang, :)

ice blended chocolate dan spagetti bolognese. air sedap, spagetti tak sedap, (--")

semalam abah layan ibu makan makanan dalam wishlist ibu kat secret recipe tapi ya ampunnn, tak sedap lah spagetti dia. sos dia kurang, hingga tekak ibu rasa muak, tapi ibu makan je hingga habis separuh, separuh lagi abah yang makan, hehe! hmm, spagetti yang ibu buat jauhhh lagi sedap dari spagetti situ. dah la mahal, tapi tak sedap. huh!!

hmm, tengahari ni abah request nak makan ikan talapia masam manis, huhu!! ibu dah siap sedia nak bersilat kat dapur ni. teruja lak nak masak sebab dah lama tak masak yang hebat-hebat. wah, macam lah hebat sangat masakan dia tu, kihkih!!

10 comments:

Aina Rahman said...

yeay...orang petang ni baru nk packing brg baby + mommy..hehe. Semalam baru basuh2 baju die.

Chocolate blended tu sodappp! orang sekarang mmg suke sgt2 minum ice blended..smggu mau 2,3 kali..he3.

Pya said...

Syoknya mummy nad ngan mummy aina dah siap cuci barang baby. Mesti excitedkan tgk bj baby gantung2. ^_^

ohh, secret recipenye spagetti mmg tak bp sedap. Kenny rogers punya sedap ^_^

nadiah said...

aina :

siap packing utk balik kg ni, packing ke hosp belom. xtau nak letak dalam bag ape. hehe!!

ice blended sedap sedap. org pon suka. skali slurpp je smlam, dah habis, hehe!!

nadiah said...

pya :

best pya. rs touching sangat bila tgk bju2 baby ni. nanti pya pon msti rs gitu. :)

yeke. nt nak try kat KR la pulak, hehe! teringin pasta skrg. nasik dh muak. hehe!

Rosie Rose said...

comel bump dia! suka tgk... ;)

^nanie^ said...

nmpk cm menarik je megi goreng tu nad..hehe

yuyu jannah said...

mommy nad keje apa skrg?kalau yuyu, mst pilih duduk dekat dgn suami.tp mlsh jugak nnt anak nk htr kat pengasuh kan?


x sbr jugk ni nk basuh baju si manja ni

nadiah said...

rosie rose :

bolat mcm bola, hehe!

nadiah said...

nanie :

sedap bila lapar, tp kosong je ni nanie, tade sayur pon. tak berkhasiat sungguh!

nadiah said...

yuyu :

sblom ni housewife je, ni baru nk keje. tp dpt2 je keje, kena duk jauh ngn hubby lak, tak bestnyaaaaaaaaaaa. :'(

basuh baju baby aktiviti paling sonok.:)

oh la la!