Wednesday 15 December 2010

rezeki itu Tuhan yang bagi. yg penting usaha dan tawakal : part II

sambungan ENTRI INI..(sila baca entri sebelom utk kepahaman lebih lanjut. sekian)

.....jadi, aku yang berkorban. berkorban untuk sebuah kebahagiaan. (ececeh!!). tapi plan kami gagal juga, takde hasil walaupon dah cuba tanam benih banyak-banyak. HAHA. nampaknya kami perlu cuba cara lain yang lagi berhasil. huh!!

Langkah 1 : urut mengurut
HAHA. biasalah, ini cara orang tua lama, tapi pasti ada kesannya. ada kesan pada orang lain, bukan aku. huh!! (--"). berurut dengan bidan kampung dan hanya sempat pergi 2 kali jek, sebab aku rasa memang tak berhasil. padahal sepupu aku, sekali urut je, sebulan lepas urut terus lekat, preggy dan sudah beranak pon. emm rezeki dia kan. Alhamdulillah!

kali pertama, pegi urut dengan bidan kampung suami aku, emm lupa dah nama ape. MIL yang bawakkan ke sana. orangnya tak tua mana dan tak muda mana. okey-okey je. aku tak biase diurut ni, rasa geli semacam je, tapi demi nawaitu murni nak tambah keluarga, aku tahan je. hikhik!! emm dia urut okey lah, siap boleh lipat-lipat kaki aku dan boleh pulak dia pijak-pijak betis aku ni dgn lutut dan kaki dia. ciss! mujurlah tulang temulang aku ni kuat gagah perkasa, kalau tak, mahu patah dua. HAHA. dan hasilnya : negatif

kali kedua, ma aku pulak yang temankan. bidan ni sepupu aku yang lain suggestkan. bukan bidan yg sepupu aku pegi urut yang terus menjadi tu. bukan bukan. yang tu lain, yang tu bidan negeri lain. ni aku pegi jumpa dgn bidan dekat dgn kampung aku je. utk usaha dapatkan baby ni, dia urut time period je, 3 kali urut bermakna 3 hari la kena pegi rumah dia berurut. sekali urut dalam sejam setengah kot dan dia cakap, jika aku kompem preggy lps urut ni, aku kena hadiahkan dia sehelai kain sarung, itu je. tapi aku ade jugak bg dia duit lepas dia urut tu, adatlah, orang dah urut kita kan, takkan kita nak blah gitu jek. ingat senang ke nak urut mengurut ni. emm dia urut seluruh badan, dari kepala hingga lah ke jari kaki. best, rasa nyaman dan ringan je badan ni walaupon badan ni dah sedia ringan. HAHA. cuma tak tahannya bila seluruh badan jadi berminyak je lps diurut. huh!! dannnnnnnn hasilnya : negatif jugak!! (--")

kali ketiga, frust tertonggeng dan takmau dah pegi urut ni. rehat dulu utk sementara. InsyaAllah, kalau ada rezeki tak kemana punya. HeHe!!

emosi kurang stabil :
Yes!! walaupon dah cuba langkah 1 tapi takde hasil terus rasa tertekan, lebih-lebih lagi bila balik kampung, adalah yang ringan mulut bertanya dan bercerita hal sensitif seperti " emm dah mengandung ke? alah, minah sebelah rumah joyah yang baru kawen tu dah preggy tau. dah nak masuk 2 bulan kot. ni bila lagi nak mengandung ni. takyah lah rancang merancang ni. muda-muda ni lah baik mengandung ". ohhh hamboi hamboi engkau, sedap mulut je berbicara, kau ingat aku ni merancang ke? takde masa lah semua tu. aku ni kalau boleh, sehari lepas kawen, terus nak preggy tau. tapi dah takde rezeki aku, nak buat camne. redha jelah. takkan nak mogok pulak. hish!! terus emo disitu. HeHe! maap!

tapi memang, bila lambat preggy dan ada yg suka bertanya, terus kita jadi sensitif. pulak, bila sahabat-sahabat yang baru kawen, senang pulak lekat, lagilah bertambah tekanan tu. masa ni emosi kena kuat, sekuat bangunan KLCC (eh kuat ke bngunan tu?), dan kena pandai pekakkan telinga dan butakan mata. hish!! ini peribahasa, janganlah tetiba kau pegi pekakkan telinga dan butakan mata kau sudah! kadang-kadang, nak balik kampung pon kita dah malas sebab bosan dengan pertanyaan orang. itulah hakikat dunia yg kena lalui, orang ni bermacam-macam ragam. ada yang paham, ada yang tak paham, dan ada jugak yang buat-buat paham dgn situasi kita...

Langkah 2 : jumpa doktor
bulan 5, cukup setahun lepas peristiwa gugur tu, dan aku masih belom pregnant. jadi, aku dan suami amik keputusan jumpa doktor, tapi doktor itu haruslah yang terbaik, yang berpengalaman, yang friendly dan paling penting memahami situasi masalah kita. setelah bertanya dgn kawan-kawan, akhirnya Klinik Al-Farabi Kuantan jadi pilihan. kat sana, aku jumpa dgn dR.Nuritta. bertuah aku ditemukan dgn dia, sebab dia sangat-sangatlah baik, berciri keibuan dan islamik sikit. teruja disitu. aku pergi bersama suami dan sama-sama masuk berjumpa dgn dR. mula-mula sprti biasa, dia akan tanya soal rumahtangga, perihal ehem-ehem, sejarah miscarriage dan lain-lain berkaitan. setelah bercerita, dia bagi kata-kata nasihat bernas dan suggestkan aku makan asid folik secara berterusan dan datang kembali ke klinik hari ke 21 lepas period. kiraan hari 21 tu ialah bermula hari pertama period hinggalah hari ke 21. paham tak? hari ke 21 tu, dR akan amik darah aku dan air mani suami utk dicek. tapi air mani suami tu perlu dihantar ke makmal setelah 3 hari berpuasa dari ehem-ehem...


...akan bersambung : Part III


Subhanallah!! terpegun disitu...

7 comments:

sLeEpy said...

alhamdulillah.. bila kita tawakal pada allah.. ader balasan yang terbaik utk kita..

**tingat zaman org stress gitu jugak.. aduih..

nadiah said...

tulah. apa-apa pon kena berserah kpda DIA kan :)

pssst : org pon selalu teringat saat2 tu...HEHE

Aina Rahman said...

woaa..aina lak excited nak tggu smbungan part 3.hehe. nak tau pengalaman nad =D

chik star said...

ada kwan akk pon belum pregy
die ade jugk tnye, ok ke kalau die pi berurut.
humm...
enthla. xtaw nk jawab pe. sebb semue ni kuasa Allah kn.

:)

nadiah said...

aina : HAHA. org ni asyik merapu je, sbb tu entri jd ber'part2' ni. ingatkan nk settlekan dlm satu entri jek. tp x jd lak. HeHe!

chik star : aah. usahalah mana patut pastu berserah pada DIA. tp kdg2 mngurut ni atas org jugak, ada yg jd, ada yg tak..

WanYusnira said...

ayoo.. ada part 3 la pulak.. dah tahap trilogi ni.. cpt2!!

nadiah said...

noni : malam ni settle kasi habis terus. final part dah. HAHA. (penat taip pjg2 sbb byk melalut ni. HAHA)

oh la la!