Tuesday, 14 December 2010

rezeki itu Tuhan yang bagi. yg penting usaha dan tawakal : part I

message received from my cousin :
Salam. Na, dah preggy ke? Wah bestnya. Camne Na leh preggy ni? Na pegi mengurut ke? amik air tawar ke? ke jumpa doktor? Na lambat jugak preggy kan. emm kongsi la. kakLong nak baby jugak. :)

lepas baca mesej ni, terus aku termenung. rupanya bukan aku sorang je yang lambat preggy. masih ramai yg sedang tunggu nak preggy jugak. aku yg tunggu hampir 2 tahun pon dah terseksa jiwa raga, tapi camne pulak yang masih tertunggu-tunggu peluang itu sampai 7 8 tahun tu? terkesima kejap!! itulah cabaran dunia kan, bukan segalanya senang. :)

mari aku kongsi kisah sebelum aku preggy ni. aku rasa inilah pengalaman hidup paling indah dan bermakna penah aku lalui. kisahnya bermula dengan ..... (ececeh, tetiba je macam nak karang novel lak. HAHA)

pernah preggy? (Bulan 5 Tahun 2009)
Ya! 3 bulan lepas kawen, murah rezeki aku dan suami, aku preggy tanpa sedar. tanpa sedar tu maksud aku, macam tetiba je. tapi saat tu aku terseksa sebab selalu sakit perot, sakit pinggang yang teramat-amat sakitlah hinggakan suami pon taktau camne nak bantu ringankan kesakitan aku tu. nak duduk, nak baring, nak terguling, semuanya tak kena. mula-mula memang tak bajet preggy sebab aku ingat itu simpton period je. then jumpa doktor, buat urine test dan waduh, positif dong!! gumbiranya bukan kepalang walaupon mase tu masih terpinga-pinga. doktor cakap sudah 5 minggu preggy. Yay!!

tapi bila nak masuk minggu ke 6, aku turun darah. mula-mula brownies je, dan mase tu dungu, taktau pon itu tanda nk miscarriage. then keluar darah pekat mcm period. terus cuak dan taktau nak buat apa. bila pegi klinik dgn suami, doktor cakap rahim tak kuat dan kemngkinan akan gugur. balik dari klinik, perot rasa memulas mcm nak mmbuang air besar. sakit terlampau hingga pucat lesi muka aku, then 'dia' keluar seketul. seketul darah pekat sebesar ibu jari. terus menangis bercucuran airmata (--"), sedih sebab tak sempat lamaaaa dengan 'dia'. maapkan ibu, maapkan abah, bukan rezeki kita nak bersama kan baby. (T__T)

faktor gugur : sebab selalu sakit-sakit bahagian perot, kemungkinan besar rahim tidak kuat dan masih baru utk proses kehamilan (sendiri bantai ni. HAHA). tapi Ma aku cakap, if baby lahir pon, maybe dia akan sakit-sakit je, takpon dia tak cukup sifat. Doktor pon cakap benda sama. emm bukan rezeki aku dan suami lagi masa tu. :)

Belom Preggy? (Tahun 2010)
Setahun berlalu tapi belom ada tanda preggy langsung. period on-time, mual-mual takde, perubahan badan pon takde. oh sebenarnya, aku dan suami tinggal separate sebab suami keje di Pahang dan aku pulak keje di Terengganu. jadi maybe waktu 'bersama' tu bukan pada waktu subur ataupon mungkin belom rezeki kami. Bulan 2 : aku amik keputusan resign keje. Ya! resign semata-mata utk tinggal bersama dan merancang keluarga. sampai bila harus duduk jauh macam bukan suami isteri ni. sorang harus berkorban kan. jadi, aku yang berkorban...


...to be continue

dua-dua tido. zZZzzZZzz!!
bahagia itu indah - Terima Kasih Suamiku!

3 comments:

wanyusnira said...

cepat2 sambung!

♥ balkidz_hunny ♥ said...

betul! rezeki tue Allah yg nak bagi. hanya Dia perancang terbaik di semesta ini :)

linked u :)
happy belated anniversary juga! :)

nadiah said...

noni : malam karang sambung, ehe!!

balkidz : okey, thanks mommy to be!!

oh la la!