Sunday, 19 December 2010

berjalan kaki bukan cergas utk anda sahaja

suami dapat cuti 2 hari, jadi aku as isteri terasa kembang kecut lah sebab leh perah keringat dia bawak aku berjalan-jalan satu terengganu, haha! tapi mahu kemana? huhuhuhu!! terus blur, pulak keadaan asyik hujan aje, macam tak bestlah nak berlepak tepian pantai sambil jalan-jalan di gigi air bersama suami. ohh romantis nya, haha!!

semalam-semalam yang semalam, aku ada ajak suami berjoging tepi pantai, maksud aku berjalan kaki sebab saat-saat begini, ibu-ibu boyot kena aktif dan cergas baru senang nak teran push push!! sebenarnya, aku ni bab exercise selalu gagal sebab MALAS. (--"), lagi seronok men'surf' internet seharian sambil cari info-info penting (erk?)(padahal berfacebook-ing dan berblogging aje. huh!) dan exercise paling hebat aku penah join pon poco-poco je, tapi itupon dulu. Ya, dulu yang sudah bertahun-tahun tinggal. kesian, nampak sangat tak cergas, (--").

petang semalam adalah cuba ikut exercise Doktor Cathy yang boyot juga ni, mula-mula okey je pastu lama-lama terus rasa lenguh, letih dan rasa mahu pengsan. memang stamina kurang lah, padahal itu baru warm-up dan malamnya, terus tido awal tak sedarkan diri, haha. tapi exercise itu enjoy utk dicuba, jadi ibu-ibu boyot sekali, jangan lupa mencubanya ya!! emm petang ni ingat nak ajak suami join sekali lah exercise ni, baru syiok ada geng, ini tak, buat sorang-sorang je. bosann!

ohh pagi tadi, masa keluar utk breakfast, ajak suami singgah pantai. kejap je sebab takut tengok ombak yang sangat kuat, sangat bergelombang dan sangat menyeramkan hingga terbayang-bayang keadaan tsunami dulu. ohh takut. tapi err, sempat juga snap dua tiga keping gambar. baiklah, tipu. sepuluh keping suami snap, haha! sangat gila ber'camwhore' skrg, sebab mahu rakam setiap saat perot makin memboyot kan. ini kenangan, nak dapat punyalah susah, baik hargainya. ^__^

niat mahu ajak suami berjalan kaki tepi pantai, berjalan kaki tanda exercise. 15min pon sudah bagus untuk jantung dan peredaran darah. tapi bila lihat ombak, terus cancel niat. amik syarat je berhenti, hehe! oh, mari aku nak kongsi tips berjalan kaki berkesan utk ibu-ibu boyot :


sila lihat model berjalan kaki, hehe.
okey, mahu exercise berjalan kaki dimana?
dimana-mana saja, janji tempat itu selamat dari bahaya batu-batu atau lubang atau apa-apa sahaja yang boleh buat kita tersadung jatuh. dann lagi tampak comel jika anda berjalan kaki sambil pegang ballon atau payung atau berjalan seiring bersama suami di tepian pantai. ehe!! nampak romantis gitu. (-__-)

paling hebat, jika anda kaki shopping. sila praktiskan aktiviti jalan kaki ini bilamana anda sudah rambang mata dengan sales sana sinun. pastinya anda tidak akan berasa lenguh dan letih kerna anda sudah gila dgn sales yang sangat hebat kejatuhan harga. tapi, anda tidaklah boleh jalan tergopoh-gapah bagai barang tu dah nak habis lusa, tapi kenalah berjalan perlahan-lahan dan berhemat. ingat, exercise 15min berjalan kaki anda mungkin akan jadi sejam jika anda praktiskan dalam shopping mall, hahaha!


ataupon...


anda seorang pencinta alam kehijauan dan suka menanam pokok-pokok hijau? tanam pokok hijau tandanya anda memang berjiwa murni dan sangat cintakan dengan alam (^_^). dan itu bagus!
cuba tukar cara menyiram pokok-pokok anda dengan menyembur air dari wayar paip air yg tersedia dengan cara

mengisi air dalam bekas dan siram satu demi satu pokok. ini membuatkan anda akan berjalan banyak sikit dari menyembur terus air ke pokok sekaligus dengan wayar paip air. betul kan. kan. kan? namun begitu, pasti kan bekas itu TIDAK terlalu besar atau berat selepas diisi air tapi diharap hentikan aktiviti jika :

1) keluar pendarahan, 2) kabur penglihatan, pening dan pitam, 3) denyutan jantung tidak tetap, 4) bertambah bengkak di kaki dan tangan, 5) suhu badan naik mendadak.

untuk info lanjut pasal senaman sesuai utk ibu-ibu boyot, sila tekan SINI. Harap Maklum!


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

pagi tadi

suami isteri tanpa kepala

suami isteri lengkap berkepala dan badan, haha!

puan mengandung, 20 minggu 5 hari
*136 hari lagi babyku sayang*

6 comments:

Aina Rahman said...

yayay..perut makin memboyot tu..hehe

nadiah said...

yay yay! aina pon makin boyot. baby makin tendang menendang kan kan kan. ehe!

chik star said...

org ckpklo bnyk berjalan bgos.
nk nk lg time nk dekt due . lg elok.

jgn jdik cm akk, time pregy tidooo je.
huh. sudahnyee? Allah je yg tahu , :)

nadiah said...

aah. jiran sebelah yg keje klinik pon suh org selalu jalan kaki. dia ckp suh aktif baru sng nak push nt...

yeke. uh!! takotnya nak beranak nt..hish!! (T__T) mintak semua okey lah nt. amin!!

Pya said...

Comelnya nad ni. =) anyway, selamat berkenalan di dunia blog =)

nadiah said...

sophie :

eh biasa je, sophie pon comel jugak. ok, salam kenal! :)

oh la la!