Showing posts with label good exercise. Show all posts
Showing posts with label good exercise. Show all posts

Sunday, 9 January 2011

origami boleh menajamkan minda serta menghilangkan kebosanan


Nor yang cakap macam tu. jadi sesuailah utk ibu mengandung. kan ibu mengandung kena rajin buat latihan math, atau soduku, atau baca bacaan ilmiah, ini kan salah satu cara untuk ransang minda anak-anak. (^__^)

ehem (=__=)

bila aku cakap aku teruja nak buat, terus dia pos aku origami ni dan paksa aku buat, huhu!! dia bagi aku origami jenis campur-campur : ada binatang, ada pokok, ada bell, ada star, emm macam-macam lah.

cakap hadiah utk anak sedara, tapi yang buatnya mak dia (--"), ehem!!

muka kulit origami ni. ada 20 jenis origami semuanya. :)

cara-cara membuatnya

baru je dapat tadi. macam biasa, aku kan cepat teruja, terus gigih lipat-lipat kertas ni,
pastu kepala jadi ting tong sebab tak paham instruction dia. dah lama kan
tinggal zaman tadika, otak pon dah tepu, tapi tanpa mengenal erti putus asa,
akhirnya.....

=
=
=
=
=
=
=
=

taraaaaaaaaaaaaa...

siap jugak seekor burung. hoyeh!!
*senyum lebar-lebar*

cumaaa tak aci kan, burung dia ada dua kaler sebab tu comel,
takpelah, walaupon burung aku satu kaler je tapi comel jugak, hehe!!



Nor jugak cakap kalu nak jimat dan kasi origami lagi comel,
potong kertas tu kepada 4 bahagian, nanti boleh buat lagi banyak
origami, dan lagi kecik lagi comel kan. kan. kan.

sebab nak comel punya pasal, terus aku potong kertas besar jadi 4 bhgian kecik.
tapi ni ada 3 bhgian jek, 1 bhgian lagi tak masuk gambar lak, huhu!

aku kan dah pandai buat origami burung, jadi terus aku buat sekor lagi burung kecik.
kira sekor mak, sekor anak. muahahahahaha!!


** sekarang tengah lipat origami rabbit, tapi asyik salah lipat jek, tak paham instruction dia. oke, takpe usaha tangga kejayaan. lipat, lipat dan terus lipat. nanti dah siap banyak-banyak nak gantung dalam bilik. comel. (^__^)

Sunday, 19 December 2010

berjalan kaki bukan cergas utk anda sahaja

suami dapat cuti 2 hari, jadi aku as isteri terasa kembang kecut lah sebab leh perah keringat dia bawak aku berjalan-jalan satu terengganu, haha! tapi mahu kemana? huhuhuhu!! terus blur, pulak keadaan asyik hujan aje, macam tak bestlah nak berlepak tepian pantai sambil jalan-jalan di gigi air bersama suami. ohh romantis nya, haha!!

semalam-semalam yang semalam, aku ada ajak suami berjoging tepi pantai, maksud aku berjalan kaki sebab saat-saat begini, ibu-ibu boyot kena aktif dan cergas baru senang nak teran push push!! sebenarnya, aku ni bab exercise selalu gagal sebab MALAS. (--"), lagi seronok men'surf' internet seharian sambil cari info-info penting (erk?)(padahal berfacebook-ing dan berblogging aje. huh!) dan exercise paling hebat aku penah join pon poco-poco je, tapi itupon dulu. Ya, dulu yang sudah bertahun-tahun tinggal. kesian, nampak sangat tak cergas, (--").

petang semalam adalah cuba ikut exercise Doktor Cathy yang boyot juga ni, mula-mula okey je pastu lama-lama terus rasa lenguh, letih dan rasa mahu pengsan. memang stamina kurang lah, padahal itu baru warm-up dan malamnya, terus tido awal tak sedarkan diri, haha. tapi exercise itu enjoy utk dicuba, jadi ibu-ibu boyot sekali, jangan lupa mencubanya ya!! emm petang ni ingat nak ajak suami join sekali lah exercise ni, baru syiok ada geng, ini tak, buat sorang-sorang je. bosann!

ohh pagi tadi, masa keluar utk breakfast, ajak suami singgah pantai. kejap je sebab takut tengok ombak yang sangat kuat, sangat bergelombang dan sangat menyeramkan hingga terbayang-bayang keadaan tsunami dulu. ohh takut. tapi err, sempat juga snap dua tiga keping gambar. baiklah, tipu. sepuluh keping suami snap, haha! sangat gila ber'camwhore' skrg, sebab mahu rakam setiap saat perot makin memboyot kan. ini kenangan, nak dapat punyalah susah, baik hargainya. ^__^

niat mahu ajak suami berjalan kaki tepi pantai, berjalan kaki tanda exercise. 15min pon sudah bagus untuk jantung dan peredaran darah. tapi bila lihat ombak, terus cancel niat. amik syarat je berhenti, hehe! oh, mari aku nak kongsi tips berjalan kaki berkesan utk ibu-ibu boyot :


sila lihat model berjalan kaki, hehe.
okey, mahu exercise berjalan kaki dimana?
dimana-mana saja, janji tempat itu selamat dari bahaya batu-batu atau lubang atau apa-apa sahaja yang boleh buat kita tersadung jatuh. dann lagi tampak comel jika anda berjalan kaki sambil pegang ballon atau payung atau berjalan seiring bersama suami di tepian pantai. ehe!! nampak romantis gitu. (-__-)

paling hebat, jika anda kaki shopping. sila praktiskan aktiviti jalan kaki ini bilamana anda sudah rambang mata dengan sales sana sinun. pastinya anda tidak akan berasa lenguh dan letih kerna anda sudah gila dgn sales yang sangat hebat kejatuhan harga. tapi, anda tidaklah boleh jalan tergopoh-gapah bagai barang tu dah nak habis lusa, tapi kenalah berjalan perlahan-lahan dan berhemat. ingat, exercise 15min berjalan kaki anda mungkin akan jadi sejam jika anda praktiskan dalam shopping mall, hahaha!


ataupon...


anda seorang pencinta alam kehijauan dan suka menanam pokok-pokok hijau? tanam pokok hijau tandanya anda memang berjiwa murni dan sangat cintakan dengan alam (^_^). dan itu bagus!
cuba tukar cara menyiram pokok-pokok anda dengan menyembur air dari wayar paip air yg tersedia dengan cara

mengisi air dalam bekas dan siram satu demi satu pokok. ini membuatkan anda akan berjalan banyak sikit dari menyembur terus air ke pokok sekaligus dengan wayar paip air. betul kan. kan. kan? namun begitu, pasti kan bekas itu TIDAK terlalu besar atau berat selepas diisi air tapi diharap hentikan aktiviti jika :

1) keluar pendarahan, 2) kabur penglihatan, pening dan pitam, 3) denyutan jantung tidak tetap, 4) bertambah bengkak di kaki dan tangan, 5) suhu badan naik mendadak.

untuk info lanjut pasal senaman sesuai utk ibu-ibu boyot, sila tekan SINI. Harap Maklum!


=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

pagi tadi

suami isteri tanpa kepala

suami isteri lengkap berkepala dan badan, haha!

puan mengandung, 20 minggu 5 hari
*136 hari lagi babyku sayang*

oh la la!