Wednesday 8 September 2010

lusa dah raya laa


tapi aku masih lagi di perantauan ni. esok baru nak bertolak balik kampong. sedihnya hati bukan kepalang. huk huk!! ini semua kerana suami ku lambat bercuti la. huk huks!! esok baru mood raya datang kot. sekarang mood nan ado. sekarang kan, suamiku masih lagi di kuala lumpur sana, aku pulak terkontang kanting keseorangan di sini. di luar rumah dah mula dentam dentum bunyi mercun dah. meriah sungguh yer!! jiran-jiran yang memang menetap dan beraya kat sini, anak-anak depa dah balik dah semua. kalau sebelom ni, satu rumah ade satu kereta je, sekarang ni dah berbuah-buah kereta dalam kawasan rumah depa. seronoknya!! macam rumah aku kat kampong la, kakak aku, adik aku semua dah balik. depa dapat bukak pose ramai-ramai, aku pulak? isk! isk!! tak dapek la, oh! kesian diriku!! T__T

esok juga para emak-emak dan mungkin juga para ayah-ayah sibuk la nak siapkan juadah berhari raya kan. hehe. aku tak dapat nak tolong Ma sibuk-sibuk kat dapur lagi macam dulu-dulu, macam waktu bujang-bujang dulu tu. kali ni beraya rumah MIL lagi, jadi sempat kot aku tolong SIL and MIL buat ketupat palas, itupon kalau sampai awal la esok. MIL selalu buat ketupat palas dan tapai, haha, aku pulak sangat jakun dalam proses pembuatannya. selalu failed bila nak bungkus ketupat tu, tapi kalu tapai tu, aku dah teror dah. haha. emm yelah, Ma biase beli je ketupat dan tapai ni. mana penah buat. jadi, experience aku, huh KOSONG laa. haha!!

eh kat sini, rumah diorang dah meriah dgn lampu liplapliplap, tapi rumah aku meriah dgn lampu kalimatan ajo. dah cukup meriah dah tu. haha. kalau kat kampong sekarang ni, We mesti dah pasang lampu liplapliplap tu, rumah MIL lak, ado pelita di pagar. uhh meriahnya berhari raya di kampong. ^___^ lambatnya raso nak tunggu esok, tapi encek suami pulak, tengahmalam ni baru gerak balik sini, mahu sampai kul berapa ntah kalu jem teruk kat KL nuh. adoii...



note : budak-budak taman ni kejam lah, dia curi selipar jepun raya aku. haihh! nak marah betol la. bila ntah dia masuk dalam pagar rumah ni, tak perasan lak. adush!! dua hari lepas, ade budak lompat pagar rumah aku, aku tengok kat sliding door dlm rumah ni dah curious dh, ingatkan dia nak curi ape, tapi rupa-rupanya dia curi minum air kat paip tu. apo laa, tak pose!! dah tak damai dah taman ni kalau ade budak-budak suka mencuri nih.

1 comment:

WanYusnira said...

selamat hari raye na! kemslm famili kt kutan..

p.s: bahaya budak2 mcuri.. kena slalu kunci pintu tingkap.

oh la la!