Monday, 6 September 2010

meruntun jiwa nan lara

bila time nak raya ni, selain lagu raya lama, aku jugak tunggu iklan raya yang best-best dan kadang-kadang memang meruntun jiwa nan jauh ni. selalunya iklan raya best dari petronas, takpon dari bank-bank. hooo, memang sukaaa sangat iklan-iklan best ni.

nah, satu lagi iklan best untuk tahun ni. tak penah lagi tengok iklan ni kat tv, tapi tertengok kat youtube. hehe. sedih jugak tengok si ayah tunggu si anak balik kampung beraya. dann pastinya iklan sebegini, sedih di plot awal, tapi happy ending di plot akhir. weeeewooo!! iklan ni dari PKNS.


Pastu ada satu iklan yang best, kaler hitam putih, tajuk iklan tu 'Kisan Terlanjur Maznah & Fendi' dari Petronas. ni kes perebutan nak balik kampung beraya, huhu! susah jgak kalu kawen dgn org jauh dan masing-masing pulak nak balik raya kampong sendiri. ohh mujurlah daku kawen dengan orang dekat aje, kalu tak, guling-guling jugak nangis pagi raya nak raya umah mak sendiri. hahaha!

tapi iklan lama-lama pon ade jugak yang masih di ingatan, contoh iklan tajuk 'Sayangi Orang Tua', ala iklan yang ayah dia sakit dan dia letak ayah dia makan di meja lain, jauh dari dia dan famili diorg tu sbb ayah dia suka kentut suka suki, makan asyik tumpah je tu, hah! yang tu. ingat tak? uhh memang sedih giler iklan tu. nangis-nangis aku tengok iklan tu. itupon iklan dari petronas gak.

pastu iklan yang burung apa ni? burung apa ni? hah, yang ni best jugak tau. inipon dari Petronas jugak kan. biasa iklan best-best direka Yasmin Ahmad kan. oh, memang bestlah iklan raya dia buat. mujurlah tahun ni ade jugak iklan raya yang best. yay!!



note : ohh iklan raya tv3 yang kena boikot dan sudah ditarikbalik tu penah tengok sekali je. mula-mula pelik juga bila pakcik tu naik beca leh terbang ala-ala santa claus pulak, pastu ade pulak bunga lilin macam deepavali tu. adoi, kot ye pon nak buat iklan, biarlah kena dengan keadaan ni. ni dah terlampau rojak dah. huh!!

3 comments:

wanyusnira said...

Ya la.. tapi tahun ni ketandusan iklan raya yang best.. ke noni yg dah jarang tengok tv?? hehe

FaRiHa said...

kite rase dlm bnyk2 blog, blog kak nad lama kite x bace..patutla..xde dlm bloglist kite..sejk tukar layout baru, kite letak dalam bloglist, blog yang kite follow je..kak nad oi, letak la follower..nti klo kite letak layout cantik, xla terpikir blog sape yang tertinggal nak letak dlm list..ok?hehehe

nadiah said...

noni : aah. tak banyak sgt iklan yg best tahun ni. dulu-dulu lagi best.

fariha : yeke. patut la jrg komen. hehe. nak letak follower ke? alah, blog ni bukan best pon. hehe

oh la la!