Thursday 26 August 2010

berita gumbira yang pastinya gumbira


oh, lama sungguh tak menjenguk blog ini. kejadah nya diri ni busy ya ampunnn. jadi, biarkanlah dia dengan labu-labunya. hehe. eh salah, jadi biarkan dia dengan urusannya. eh, gitu pulak.

sekarang ni, siang malam rasa penat badan semacam je. yelah, tetiba je tersibuk sama buat bisnes biskut raya, haha, padahal sebelum ni mana la buat keje berat mana kan, asyik melengkor je tido berdengkur kan. hehe. ah, inilah dinamakan rezeki dibulan ramadhan al mubarak ni. Alhamdulillah. walaupun taktahu dapat bape kan, tp janji lepas la bagi duit raya kat orang tua ku. dah niat awal-awal dah sebelum keje lagi. hehe. oh ya, rasa sakit-sakit pinggang ni makin teruk bila balik keje, maybe seharian duk membuat biskut kan. ok, terima alasan ni, walaupun dalam pikiran ni duk pikirkan maybe ini sakit SEBAB LAIN. hehe! sakit ape? hep! mane leh bagitau lagi. hahahaha!

alamak, tudung raya belom beli lagi ni. ingat nak pakai tudung ariani nt. ececeh, tetiba kan, tak penah2 pon sblum ni. emm orang cakap, tudung ni ok, senang nak pakai, senang nak bentuk, kain pon elok. eh, terpromote pulak kan. tapi memang nak beli lah, ahad ni ingat nak pegi beli. harap ade la berkenan di mata ni. sekali beli nak beli tiga terus. hahaha. pdhal baju raya cuma dua ajek. tu pun, dua2 tak berkenan mana. emmm. T___T

emm baru tahu remeh jugak buat biskut ni, banyak step jugak. aiyak, kalu saya sorang yang buat, mahu bungkus terus bisnes saya kot. hikhik! rasanya, saya lagiii suka buat kek dari buat biskut. kek ni sekejap je dah jadi sebijik, tapi biskut, lama jugak nak dapat berbijik-bijik ni. ngeh ngeh! saya taktau la sempat ke tak saya nak buat biskut arab, keadaan kesihatan macam tak mengizinkan mana la. hehe. oh saya dah order kek lapis sarawak, tak sabar rasanya nak makan. saya beli dua terus. satu utk famili saya, satu lagi untuk famili mertua. adil kan?

sekarang ni tengah syok layan lagu raya, tapi sayu pulak bila mengenangkan puasa dah hampir berlalu, dan saya baru sekali je sempat berterawih. sayangnyaaa! tapi kan, Alhamdulillah, di dalam bulan puasa ni, saya banyak dapat berita gumbira. dua kakak sepupu saya dah selamat deliver baby diorang, KakLong deliver awal ramadhan, KakCik pula, tengah-tengah bulan ramadhan. comel kan?

kawan-kawan saya pula, ade yang dapat tahu diorang pregnant dalam bulan penuh berkat ni, Alhamdulillah, dannn paling penting, saya jugak ade berita gumbira untuk diri sendiri setelah lama menunggu. Alhamdulillah, bulan ramadhan ni penuh berkat dan amat bermakna sekali untuk saya dan suami. ^_____^.

terima kasih Tuhan atas rezeki mu ini!! :)


NOTE : eh baru perasan entri saya banyak ayat eh oh ah la, hehe. ini lah gayanya bila tak pandai bercerita kan. kejap itu, kejap ini. hahaha!

2 comments:

WanYusnira said...

u pun preggy ke?? tahniah!!

nadiah said...

Alhamdulillah! :)

oh la la!