Friday, 27 August 2010

tidak sehat

cuaca panas yang amat sekarang memang membahang diri saya lah. tak selesa rasanya. malam-malam jadi tak leh tido lena, tak selesa, perut pon jadi sebu je, kepala jadi pening, tekak ni alamak memang mual-mual aje, tp bila bukak puase, saya makan banyak cuma bila sahur, tak lalu pulak. ngantuk kot. hehe! oh, demi kesihatan diri sendiri dan ehem ehem, saya kena tahan jugak. hehe!!

emm nape la sekarang mcm nak uk uk je, tapi bila pegi toilet tak jadi pulak. ayoyo! penat gue mcm ni. sekarang kan, memang saya tak masak, sbb suami tak bagi, katanya suh saya rehat banyak-banyak. keje pon kejap pegi, kejap tak. mujur la tokey ku memahami orangnya. padahal biskut raya ya ampun banyak lagi nak kena buat. tapi yelah, bila suami mcm tak izinkan kan, takkan nak ingkar pulak, dia risaukan saya. manis kan? hehe.

emm tak sabar rasanya nak balik kampung, nak makan masakan best-best yang Ma masak. hari ni dah hari ke 17 kita puase kan, eh kejap je rasanya. lagi 13 hari nak raya. tak sabar nak balik kampung. raya ni Ma kata nak buat soto, umah MIL pulak, kakak ipar kata nak buat nasik minyak. nyum nyum! nanti nak makan soto, nak makan nasik minyak, nak makan nasik dagang, nak makan satay. oh semua ingat pasal makanan ajek. best-best! selagi saya boleh makan ni, saya nak makan aje. kot-kot nanti takde selera nak makan, risau!!


note : kena control diri sekarang, bila jalan laju-laju je, suami terus marah, aiyak, takleh aktif mana la sekarang kan.


2 comments:

Puan aiNa Rahman said...

mummy to be..btol². aina skg pantang dgr lagu, asek nak nyanyi..sekali kena sound ngan hubby. hehehee.

nadiah said...

haha. mcm hal skrg, hubby skrg over take care tau, comel jek. hope aina sihat2 aje.

oh la la!