1. sibuk sangat sekarang. sibuk dgn bisnes biskut raya. hehe. tapi saya bukan tokey, saya kuli ajek. emm saya tolong kakak kawan kat sini.
2. banyak kena settle, 20 ribu lebih woo. *pengsan* hehe. yelah, customer biasa cikgu cikgi kan, jadi diorang mahu awal, sebelom cuti sekolah, tapi cuti sekolah pulak dua minggu sblm raya kan. aiyak, kena balun habis ni.
3. buat 4 jenis biskut aje, (semperit, almond london, tart gulung dan sarang semut) tapi kan rasa mcm buat 40 jenis biskut. hehe. macam tak habis-habis buat tau!
4. hei, tart gulung antara favourite saya tau tapi saya suka jugak Biskut Arab. hehe. tapi yg ni kena buat sendiri lah, sebab kak Jah tak jual. maybe seminggu nak raya baru nak buat. yay!
5. kakitangan cuma kami buat bertiga aje. saya, kawan saya nama dia Niena dan kakak dia Kak Jah. kak Jah lah tokey nya. hehe.
6. pagi sampai petang, malam sampai ke tengah malam waktu keje saya. balik dari keje, terus membungkah tido, sakit pinggang, sakit tangan..oh semua sakit ade.
7. kadang-kadang tido malam pon mengigau tengah buat biskut. menguli, mengadun, membentuk, mencelup, mempacking.. ayoyo semua ade. hehe!
8. emm jarang masak sekarang. tak sempat dah bila dah bekerjaya ni. ececeh. alasan baikkk punya! hehe. bila bukak puase, beli bungkus aje, takpon masak nasik dan beli lauk. tapi sahur saya mesti masak.
9. rumah kak Jah dah macam kilang biskut dah, sane sini ade biskut. dalam bilik, luar bilik semua penuh dgn barang-barang buat biskut. hehe
10. penat tapi seronok. emm ade jugak aktiviti nak buat dan boleh la bagi duit raya sikit kat Ma dan We. adik-adik tu biar lah encek suamiku yang bagi. hehe.
note : badan jadi sakit-sakit sekarang tapi mujurlah suamiku boleh jugak tolong urut-urutkan. hehe! hilang sikit rasa lenguhnya tu.
No comments:
Post a Comment