Sunday, 22 May 2011

oh budak botak dah 40 hari la, hehe!

eh bukan hari ini, tapi esok baru genap usia Anas Iman 40 hari, weehooo kejapnya masa berlalu kan. makin hari Anas Iman ni makin bambam la, letih mak dia nak kendung dia bila BF, huhu. nati mesti lengan mak dia ada ketul-ketul la sebab asyik angkat berat je, muhahahaha.

esok, usia masuk 40 hari, tapi lepas cukur rambut hari ke-7 sampai botak licin hinggala skrg ni, rambut Anas macam segan-segan pulak nak naik, huhu. jadi bulat je kepala dia. memang la masa 1st day lahir lagi rambut Anas halus pastu sikit tapi ingatkan lepas cukur, rambut dia jadi lebat la tapi idok le, bulat je tanpa rambut ni, hehe. mujurla Anas Iman ni boboy, tape botak pon botak la, janji ibu tetap sayang Anas tau. muahh!

sekarang aku ade tekanan sikit sebab bila malam je, Anas nangis-nangis takmau nenen, ntah kenapa. bukanla takmau sangat tapi macam mendengus marah sambil jerit-jerit bila aku nak BF dia, risau la. pastu dia suka sangat menggeliat sampai kaki tangan merengkok hingga jadi bulat je badan dia, pastu muka pon jadi merah-merah, takut nengok. tadi tokma ngan tokwe Anas panggil ustaz suh baca pape yang patut la supaya dia oke la sikit. kadang-kadang, mata dia suka gak melilau ke atas, taktau la tengok apa. Ma cakap baby kan leh nampak 'macam-macam' kan, sangat risau tapi harap lepas ni dia oke lah, Amin!!

aku TERPAKSA ajar Anas guna puting tipu ni, T_________T. memang TERPAKSA sebab dia asyik la menangis je macam tak cukup susu padahal bila bagi susu yang aku pam tu, dia jeluakkan semua susu tu. sungguh dugaan membesarkan anak seorang ni, tapi mujurla ade Ma dan adik-adik yang sudi jugak agahkan si Anas ni. buruk la pakai puting tipu ni, tapi mujur la Anas ni isap puting ni kejap je, then dia tolak dengan lidah dia, agaknya dia rasa tertipu kot, hahaha. Maap ye Anas, ibu terpaksa. =__=

lagi satu, aku dah ajar Anas tido dalam buai dah. konon bila tido dalam buai ni, Anas boleh la tido dengan lena, tido dengan lama supaya tade la dia nak bernenen je 24 jam tapi hampeh, Anas tido kejap jugak. dia lagi syok melekat dengan aku, mulut tu terkumat kumit nak isap nenen jek, ayoyo. anak laki sangat kuat menyusu kan, adoi sabar jelah....

dua hero dalam hidupku kini, huhu. hero besar dgn hero kecik tapi hero besar leh jumpa hero kecik seminggu sekali je, sian dia, =__=. memang rindu-rinduan lah, asyik bervideo call je dalam seminggu tu. tapi kadang-kdang ibu Anas ni jeles jugak sebab si abah Anas ni asyik nak tengok perkembangan anak dia jek, bukan mak dia, hukhuk!!

Anas dah bambam lah, tengok lengan dia, berketul-ketul, hahaha. ini hasil penangan BM mak dia lah tu, pastu hasil melekat 24jam dengan mak dia jugak sampai letih la mak, huhu =__=

6 comments:

^nanie^ said...

nad,beskan ade bby!rase mcm ade dunia baru..yeay..

adachadisini said...

Bulatnyaaa...

molliesa said...

eee..geram la tgk anas ni! kdg2 tgk nampak cam adam..baby mmg same je ke muke dorang? hehehe... takpe pakai puting b4 tumbuh gigi...:) mcm toother la gak fungsi dia...:)

Pya said...

yeay anas dah 40 hari! kejap je dah besar plus bolat anas ni. rs br je nengok gambar dia br lahir kat fb nad.

nengok anas terasa tak sabar pulak Pya nak pegang baby sendiri. ^_^

mommie yuyu said...

yuyu suka la tgk baby botak..nmpk lagi terselah kekiutan tu..

Puan aiNa Rahman said...

bestkan nad ade bby. haikal pn same je suke menggeliat sambil meneran2 smpai merah muka..hobi die la kot. bile dah ckup sbulan ni lain dah ragam die, nak tdo msti nak kena dodoi. ayoyoooo! fenin

oh la la!