Tuesday 4 January 2011

sapa nak kawen dengan player bola??


kenapa nak kawen dgn player bola pulak?? bukan jurutera? bukan dokter? bukan guru agama? kenapa? oh kenapa?!

hehe, sebab mereka hot stuffs sekarang. mana-mana pegi asyik cerita pasal depa jek. dalam paper, luar paper, dalam tv, luar tv, memang asyik pasal diorang lah. huhu!! kalu jadik gf diorang ke, wife diorang, mak ayah diorang ke memang kena tempias glamer jugak lah. :)

itupon sebab MENANG besar, terus dipuja-puja. dapat imbuhan pon, ya ampunnn banyak. kerajaan Malaysia bagi 100k seorang tau. fuyoooo! pakcik kayo, pakcik kayo!!

tapi kalau tak menang, mahu kena kutuk kaw-kaw punyalah. bukan setakat tu kot, kena herdik, kena maki, kena bambu sbb katanya membazir duit je bayar gaji memahal, hoho!!

tapi adat pertandinganlah kan, ada menang, ada kalah. tapi bila tengok sekarang ni, dunia bola sepak Malaysia dah maju ke hadapan dah, moga-moga kekal lah begitu ye!! :) (eceh, bercakap mcm football big fan lak, kuikui)

oke.

emm malam tadi, suami bersama teammates dia ada diner. diner utk merai kejayaan sebahagian player anak jati Terengganu yang main utk team Malaysia.

memula aku takmau ikut sebab segan pastu kot-kot nanti aku keseorangan jek kat sana, huhu!! pastu bila sang suami asyik bertanya je, nak ikut tak? nak ikut tak?? emm so pikir punya pikir, baiklah. aku pergi lah. boleh tgk Muslim Ahmad live. wakakaka!!

tapi itu bukan motif sebenar aku, hehe!! motif sebenar aku adalah.....jeng! jeng! jeng!

bila sampai jek hotel, dah agak dah memang tak ramai yg bawak wife, sebab kebanyakkan teammates suami, bujangans. hehe!! so, yang ada cuma 3 4 orang je bwk wife. fuhhh!! mujur ade jugak. :)

so, kat hotel tu, dapat la aku tengok live Muslim tu, Ashaari Shamsuddin, Sharbinee Alawee (keeper) dan lain-lain tu tak kenal nama, hohoho!! dan ohh, wife Ashaari dan Sharbinee pon geng boyot aku jugak lah, cuma diorang sudah makin sarat dah. *wink! wink!*

bila time ucap-ucapan tu aku tak amek port langsung, sebab aku lebih pentingkan.....


















ya!! yang ini...syurga duniaku, huhu!!
nasi putih, ikan asam pedas, kerabu sotong dan sayur campur

paling sedap - jemput malas, eh nama lainnya apa ek, lupa? hoho!!
sempat makan sikit jek, sbb suami memang amek sikit je. ceh!

sebab duduk Terengganu, terus ada keropok, hehe!!

buah-buahan :)

air sirap selangor dan kopi. *eh kenapa sirap selangor?*
entah, aku main letak je nama tu, hoho!! kalau kt hotel, msti ada air ni kan.
sirap + sunquick = sirap selangor (erk??)

air kosong yang sejuk amat. :)


pssst, selain dapat imbuhan 100k tu, player msia yang anak jati terengganu tu, dapat jugak 5k + selot tanah dari kerajaan negeri. fuyooo, best kan..

so, apalagi, boleh la pegi ngorat mana-mana player yg still bujangans tu, hahahaha!! mereka kaya sekarang, (^_^), tapi opps! INGAT, player bola ni ramai jugak yang 'players'. ('players' tu mean kaki buaya lah, hoho) so, berhati-hatilah semasa mengorat, hoho!!

4 comments:

ZianaRazali said...

hahaha..lawak oh kak nad..
lor..bkpo xroyat g jupo muslim..ces3!!hahaha

WanYusnira said...

wow wee!! hot stuff skrg ialah KFCM. kelantan siap bg rumah lg. untuk cik elia jejariruncing. cuci kaki je la pasni.. hehehe

nadiah said...

anayana :

sajalah takmau bagitau. nak suh yana jeles. huhu!

nadiah said...

noni :

yap!! KFCM memang hot stuff skrg, masyuk-masyuk!! :)

oh la la!