Thursday, 27 January 2011

menggetarkan jiwa raga dan perot, eh??


baby i sudah 26 weeks tau, hohoho! sekarang ni rasa pantas sungguh masa berlalu. tak tersedar, tup-tup dah berminggu-minggu i preggie. hmm, sayang pulak utk meninggalkan semua kenangan ni. :)

ohh, baby i skrg jugak sudah makin aktif. Ya, aktif yang begitu menerujakan i sebab bila dia kick atau gerak-gerak dalam perot ni, perot i jadi lain macam sikit. i terasa comel, hehe. dia makin aktif sejak usia dia masuk 25 week kot dan sekarang pon aktif dia makin menjadi-jadi, (*__*)

tapi sayangnya i tak dapat kongsi keaktifan baby ni bersama suami sebab i ada kat kampong sekarang, suami lak ada kat Terengganu. sudah 8 hari kami tidak ketemu. ohh, rindu serindu rindunya. eceh!! tak sabar nak tgu suami amek i kat sini, nanti suami leh usap perot dan enjoy setiap momen bila baby kick-kick perot i. i nak berkongsi momen tu dgn suami. :'(

bila kat kampong ni, i takde teman utk kongsi perasaan teruja tu bersama-sama. nak kongsi dgn adik-adik i yg 3 orang tu?? huh! kem salam jelah. diorang tu, tengok perot i pon kata seram, inikan pula mengusap perot buncet i tu. nehi nehi, tarak mungkin diorang akan buat. hmmm.

oh ya! i ada rekod video masa baby tengah kick-kick tu, dan nampaklah betapa hebatnya anak teruna i ni kick perot ibu dia dgn tendangan sudut segala tu tapi i malu nak tepek video tu kat sini. jadi, i simpan jadi koleksi i dan suami jelah. bila i tunjuk kat adik-adik i, diorang punya menjerit terkejut bila tgk perot i jadi senget benget, pastu sibuk duk cakap hebatlah baby, leh jadi footballer jgk ni, HAHA. gelak besar i tau! hmm, adik oh adik, mcm-mcm lah korang ni..

hmm. pagi tadi i baru settle satu interbiu utk jaminan masa depan i dan keluarga. jawatan kecik ajo, tapi i cukup bersyukur kalau dapat. InshaAllah, i dah buat yang terbaik dan mudah-mudahan adalah rezeki i demi anak-anak (anak-anak? eh?!) hehe!

i nak jadi ibu bekerjaya. hmm. :)

baby 26 minggu dan baju kurung
sudah tak muat pakai baju kurung sendiri, (--"). terasa macam nangka yang dibalut-balut je bila cuba pakai baju kurung sendiri. tak sangka, dulu badan i yang slim melim, sudah jadi besar gedabak bhgian bontot dan perot, huhu. jadi, terpaksalah i pinjam baju Ma, mujurlah muat juga. kalau tak, taktau la baju apa yang perlu i pakai pagi ni. hmm.

Ya ampunn, Februari ni i ada begitu banyak kenduri kawen kengkawan yang perlu dihadiri, jadi baju apakah yg perlu i pakai ni? hmm, i ni sehelai maternity dress pon takde. takkan la nak pakai blouse dgn seluar kan. kan. kan. hishh! tuu tak ikut tema majlis pulak. aiyok!! (--")

8 comments:

"..butterfly.." said...

wahhh i sgt sakit perut klu pki kain kurung nih...pki seluar siti n dress maternity tu jer bila perut dh mmbesar:)

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

KAK NAD: mana peyuttt?? xnampak punn..hehe!~~

nadiah said...

"..butterfly.." :

mmg tak best pakai bju kurung, mcm ketat gitu. hehe. i suka pakai blouse kembang dgn seluar. maternity dress tak beli lg, baru nak cari dan beli ni. hehe

nadiah said...

weiyda :

aah la, tetiba tak nmpak la perot org masa pakai bju ni. hehe!!

chik star said...

insyaAllh nad dapat.
same2 kite doakan yek.
rezeki ank kan, kite mne tahu.
:D

nadiah said...

chik star :

Alhamdulillah. mudah-mudahan dan harapannya begitu lah.

ameen! :)

Rose said...

wahhh bestnya dah dapat rasa baby kicking and moving. I dah nk masuk 24 weeks ni, masih tak rasa obvious movement sgt. sikit2 je rasa...

nadiah said...

rose :

hmm, alhamdulillah. bila bby moving ke, kicking ke, rs terharu sgt. rs x sabar nk jumpa bby. :)

nt rose pon akan rasa. sabar ye!! :)

oh la la!