Thursday, 16 December 2010

rezeki itu Tuhan yg bagi. yg penting usaha dan tawakal : part III

ini sambungan terakhir PART I dan PART II (seperti biasa, sila baca Part-part sebelom utk kepahaman lanjut. Terima kasih)

....cukup hari ke 21, aku dan suami pegi klinik utk amik darah. tapi 3 hari sebelum pegi klinik tu, suami aku dah hantar air mani dia ke makmal utk dicek. air mani tu perlu dihantar ke makmal dalam masa sejam lepas dikeluarkan. understood?! okeh sambung, aku dgn suami masuk jumpa dR.nuritta, then terus dia keluarkan jarum besar utk inject amik darah manis aku ni. hik hik! bila inject je, terus darah masuk dalam bekas dia tu. Hah!! banyaklah jugak dia amik, mujur aku tak jatuh pengsan kat situ. ngeh3! dR cakap ujian darah dgn air mani ni akan settle dalam masa 2 3 hari lah, maknanya bila siap je ujian tu, dR akan col kami, dan kami perlu datang kembali ke klinik tuu utk perbincangan lanjut. tapi sebelum tu, dia ada jugak nasihat kami bahawa bila result ujian keluar, kita akan tahu mana silapnya dannnnnnn jika ada salah seorang yang kurang, tak bermakna kita perlu salahkan dia sebab sekarang bukan masanya nak salahkan sesiapa kan. kan. kan.

tapi ohh sebelum tu, lupa nak bagitau, ujian darah tu dibuat utk mengesan paras hormon dan utk menentukan samada benih atau telur dikeluarkan ataupon tidak. dalam sebulan, hanya sekali je wanita mengeluarkan telur tau. bukan tiap-tiap hari. manakala, ujian air mani pulak dibuat utk mengenalpasti kemampuan menghasilkan sperma dan tahap kesuburan samada sperma cukup bilangannya atau aktif. Jadi, paham tak kenapa ujian-ujian ni dibuat? (Huh!! terus terasa diri ini Doktor berpengalaman lah. HAHA) -padahal hasil google-an. HAHA.

2 3 hari lepas tu, klinik col bagitau ujian settle sudah. jadi, dia mintak kami ke klinik secepat yg boleh. dan Zassssss! kami terus ke klinik. bila masuk jumpa dR, dia terus pegi cari hasil result tu utk terangkan pada kami. mula-mula, dia cerita ujian suami, dannnnn dR tu cakap, suami takde masalah. bergembiralah suami, hoyeh! hoyeh! lepas tu, dR cerita hasil ujian aku lak, dan rupanya aku yg bermasalah. tapi perlu DIINGATKAN, masalahnya boleh settle tau. dR cakap telur aku kurang berkembang, sebab tu walaupon dah tanam benih banyak-banyak tapi takde hasilnya. frust aku!! tapi mujur aku ade si suami yang paham aku. :) itulah manisnya berumahtangga ni. HAHA!

dR nasihat kan aku amik ubat kesuburan iaitu CLOMIC utk membantu telur berkembang pesat. ubat tu dibekalkan 5 bijik sahaja dan perlu dimakan masa period. sehari sebijik, bermakna dalam 5 hari period lah kena habiskan ubat tu. tapi asid folik pon perlu jugak makan secara berterusan. makan jangan tak makan! Baiklah dR, saya menurut perintah!!

aku tunggulah next period utk mulakan aktiviti makan ubat Clomic tu, tapi sebelum tu, aku makan je asid folik berterusan. alah, ubatnya kecik je, sekali minum air dah hilang. HAHAHA. dan akhirnya, saat ditunggu tiba, Yay! Yay! period time. HOHOHO! aku start makan ubat tu hari kedua period, dan habis kelima-lima ubat tu hari keenam period. sebenarnya, tak kisah hari pertama ke kedua period nak makan ubat tu, tapi janji makan time period sahaja. Ya! time period sahaja. harap maklum!! tapi Ya Ampunnnnnn, ubatnya punyalah tak sedap, pahit, hinggakan rasa nak termuntah masa nak telan tu. siap kena makan gula-gula lepas telan ubat tu. huh!! serik ambe!!

lepas habis period, dR pesan hubungan ehem-ehem perlu lebih kerap terutama sekali time subur. katanya, time ni lah, hasil pertanian kamu akan menimbulkan hasil lumayan. wahhh! lumayan beb!! haipp!! ini bahaya kalau cerita lebih-lebih. TETTTT!! Tamat perkara itu!!

sambung. lepas sebulan, aku mula rasa pelik sikit dengan diri sendiri. kaki selalu cramp, terutama sekali bila naik kereta walhal sbelum ni takde dan tak penah pon alami cramp kaki ni. pelik! telefon Ma tanya perkara ini, tapi Ma cakap maybe kuat sangat berjalan. Baiklah, bila orang tua yang cakap, betul lah tu. tapi kaki aku makin cramp, malam-malam encek suami kena sapukan minyak sambil urut-urut manja utk kasi hilang cramp tu, siap kena pakai stoking bagai aku ni. fuh!! macam org lepas bersalin dahh keadaannya. HAHA. pastu makin banyak perubahan pelik berlaku pada aku, contohnya sakit breast, selalu nak terkencing, pening kepala, dann lupa sudah. HAHA. bila aku berkongsi cerita dgn kwn-kwn, ada yg cakap ini berita baik dan ada jugak yg ckp mybe ini simpton nk period!! ehh! ini makin pelik. padahal due period aku lambat lagi, tapi simpton-simpton pelik mcm ni tak penah hayat aku kena. apakah sudah jadi? Jeng Jeng Jeng!!

Lalu, dengan eksited dan bersemangat jitu, aku bagitau suami aku mahu beli UPT (Urine Pregnancy Test) utk cek samada betul sangkaan aku. mula-mula, suami mcm tak restui sebab dia taknak aku frust sebab dah banyak kali buat UPT, dan hasilnya selalu je -VE. tapi aku beria dan nak beli jugak. jadi, suami cakap boleh, tapi kena beli bila dah dekat-dekat due period. sehari sebelum due period, aku beli UPT tapi tak buat cek terus sebab ingat nak cek mase nak sahur nanti. ohh mase simpton-simpton tu terjadi, dalam bulan puasa tau. aah, bulan penuh berkat. Alhamdulillah!! pagi sahur, jam 4.30 am, terus aku buat UPT tu, berdebar dup dap dup dap aku ni. Huh! tapi bila tgk UPT naik 2 line, terus rasa nk meloncat-loncat. HAHA. teruslah terkam suami kat dapur tu, tunjuk UPT tu. dia pon terkejut, tak percaya dan tak terkata apa-apa dah. dia terus peluk aku dan kami dua-dua terharu. Ya! terharu dan bersyukur dgn kurniaan Tuhan ni. Alhamdulillah!

aku tak jumpa dR terus utk kompemkan sebab aku ingat nak tunggu 2 3 hari lagi. kot-kot lah UPT tu salah kan. oleh sebab tak percaya sangat, aku beli UPT lain dan buat test UPT sekali lagi. HAHA. mujurlah resultnya POSITIF jugak. kali ini, aku dan suami pegi Klinik utk kompemkan betul-betul. bila jumpa dR.nurita, teruslah cerita pasal UPT tu, dan dia pon terkejut. dia cakap jarang org dapat keputusan secepat ini bila makan ubat Clomic tu. biase 2 3 kali makan baru berhasil. tapi mungkin rezeki kami cepat, Tuhan makbulkan doa kami. Alhamdulillah, syukur! Lalu, dR scan utk tgk baby, tapi baby masih kecik dan memang tak nampak apa-apa. jadi, dR pon buat UPT sekali lagi, dan resultnya masih sama. Yes!! dgn rasmi, dR bagitau aku memang preggy dalam 5 weeks!! Yay!!

Langkah 3 : Doa, Usaha dan Tawakal
Dalam soal mahukan sesuatu, mintaklah dgn Tuhan, Pencipta Kita yang sememangnya tahu apa yang terbaik utk kita. Kita janganlah mengharapkan apa yg kita mintak tu datang tiba-tiba, tapi kita perlu berdoa, berusaha sehabis boleh dan seharus redha dan tawakal dgn apa jua hasilnya. Kerana apa-apa perkara pon terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi. ^___^

Cadangan, Nasihat dan Semangat :
Kepada yg lambat preggy : Langkah 1 ke, Langkah 2 ke, mana-mana pon digunakan sebab ada kebaikannya tersendiri. Langkah 1, mgkin akan berhasil jika kita jumpa dgn bidan yg betul dan mendapat redha Allah. lagipon, jika badan kita diurut, kita akan men'out'kan diri kita dari stress, malah mungkin akan membuatkan kita menjadi tenang dan lebih bertenaga. dan badan yang lemah tak bermaya pon akan jadi lebih montot dan gebu lepas diurut ni. HAHA. tapi aku cadangkan Langkah 2, bukan sebab aku berhasil preggy ni sebab Langkah 2, tapi bila cek dengan doktor ni, lagi detail kita tahu apa punca sebenar masalah kita. segala masalah ada jalan penyelesaiannya. lagi cepat cek lagi baik. sebaiknya jika setahun cukup kita masih belom preggy, bolehlah jumpa doktor. jumpa doktor bukan tandanya kita bermasalah, tapi satu usaha kita utk tahu apa yg terbaik utk kita. (huh!! penat menaip). Tapi Langkah 3, jangan lupa buat kerna itu wajib, bukan main-main. even perkara kecik pon, kita kena berserah kepadaNya. :)

Anak-anak punca rezeki :
Ya! rasanya ramai yg setuju pendapat aku ni. bila dah preggy ni, punca rezeki tu makin meriah sikit. tapi dalam meriah tu, ada jugak yg sukar. kadang-kadang hidup takleh sangat terlalu meriah, sebab itu akan bawa kita lupa diri. HAHA. (pandai pulak aku berbicara malam ni). Tahniah lah kepada geng boyot aku, Puan Aina Rahman, Puan Sheky, Puan Ain dan Puan-puan yg sedang preggy juga sekarang ni atas rezeki Tuhan yg dikurniakan kepada kita. Harap-harap anak kita lahir nanti jadilah anak-anak yg sihat, anak yang soleh/solehah, sentiasa mendengar kata dan yang baik-baik saja. Amin!

Puan Penulis yang merepek meraban malam ni...
4 months more!! Yay!!

note : Jenuh siapkan entri ni. fuihhhhh! entri terpanjang penah buat sepanjang berbelog ni. HUHU!

6 comments:

wanyusnira said...

fuhh! akhirnye tamat sudah trilogi ini.. hehe.. nnt selalu la update pkembangan kat cni.. ni je la cara nak tau pkembangan memasing. hehe.. gudluck puan nad!

Puan aiNa Rahman said...

bagus nad..suke baca entry terpanjang ni sebab penuh dan padat. lepas ni aina boleh keluarkan entry gak tp pendek je la sket..hehe. ape pun tahniah kepada kita kerana bakal bergelar mummy. hoorayyy!!! * lompat tetinggi

"..butterfly.." said...

huhuu..owh mcm tu ke.. cousin i dh 2thn kawen n stil xde rezeki..msg2 bz je kerja tp nk anak..i dun think diorg ade buat checkup mcm u tuh..very detail.. :))
n gud info. tq..hihi

nadiah said...

noni : akhirnyaaaaaaa..HAHA. InsyaAllah. skrg mood nk update memuncak, jd msti selalu update. Noni pon sama lah. senanglah nak tau perkembangan terbaru. ehe!

nadiah said...

aina : fuhh penat taip lelama. sakit belakang jdnya. hehe. haipp!! mane leh lompat tetinggi. lompat sikit2 je. hehe!

nadiah said...

puan butterfly : ni ikut pengalaman sendiri. ada gak org yang lambat try cara lain. pape pon, kena usaha la kan. nt leh la suh cousin u cek doktor gak. :)

oh la la!