Monday 27 December 2010

end of 21 weeks and 22 weeks, welcome!!

Esok, genap 22 minggu lah. Yay!! cepatnya masa berlalu. Pejam celik, pejam celik sudah 22 minggu *senyum lebar-lebar*. Alhamdulillah, sepanjang 21 minggu preggy, takde masalah besar dialami, cuma adalah masalah kecik-kecik, tapi semuanya senang dihandle ya ibuk-ibuk bapak-bapak. :)

21 weeks in memory :

- perot makin bulat kedepan. jika tengah basuh pinggan kat sinki, terasalah jarak antara perot dan sinki tu, hehe. comel pulak diri ni berkeadaan begitu, huhu.

- bila nak sujud masa solat, kaki kena kangkang kasi luas sikit, sebab taknak bagi paha berlaga perot, if berlaga, terasa tak stabil dan terus mahu tumbang, hahaha.

- bila duduk lama atas lantai, even duduk atas sofa sekalipon, bila nak bangun tu sure susah hinggakan kena berpaut kat sumthing barulah boleh bangun, huhu.

- paha yang sakit tu, still sakit la. sakit takmau hilang lagi, sapu minyak berbotol-botol pon dia taknak hilang juga. paling teruk rasa sakit tu, bila bangun dari tido, mybe posisi tido salah hingga berjangkit kat paha. (ehh??)

- emm if makin sakit, terpaksalah pegi mengurut, sebab sakit di paha buat i jalan sebijik mcm penguin. takpelah, mujur penguin comel. penguin pon penguin lah, hehe!!

- i dah tukar susu baru. Yay!! awal preggy minum anmum milk, tapi takleh masyuk lah, asyik nk muntah je bila minum. then tukar enfamama, oklah, habis jugak satu tin. dan sekarang, atas nasihat doctor kat klinik masa scan haritu dan jugak nasihat dari Mama Aina kita yang cantek manis tu, terus i tukar susu Hi-goat, susu kedua terbaik selepas susu ibu. ececey, promote pulak. haha.

anmum trial pack dari klinik dan enfamama yang sudah habis licin
* promoter shopping mall ckp, lemak susu anmum lebih banyak dari
susu enfamama, tp i lupa nak cek sebelum ni *

Hi-goat yang sedap, yg lazat dan yg rasanya tak macam susu.
kebaikan susu ini ?? oke, sila google sendiri yek, hehe!!

- mood makan still macam biasa, cuma kadang-kadang bila makan sumthing yang tak kena, muntah juga lah seposen. tapi idok ler muntah banyak mcm awal-awal preggy dulu. :)

- sakit-sakit ibu-ibu boyot seperti sakit pinggang, sakit belakang, krem kaki mula dialami. kadang-kadang kerap jugak sakit, kadang-kadang biasa-biasa saja.

- ohh baby aktif ya ampunnnn. suka betul kick time malam-malam, time ibu nya mahu tido krooh kroohh. time lapar pon, dia kick jugak. wow!! syiok habis. kdg2 i tertunggu-tunggu dia kick kuat sebab rasa pelik je perot ni bila dia kick. Love it lah, hehe!!

- suami makin sayang kat i. i mintak pape, mesti dia kasi. nanti i nak mintak dia beli kat i sebijik kereta volkswagen lah, agak-agak dia kasi tak?? hehe. i tahu, dia kasi hempuk kt kepala i kot, kuikuikui!! - ok, melalut sudah!!

- posisi tido yang terbaik dah tahu camne. Yay!! memang lena lah tido malam i. :)

- malam-malam sebelum tido, i kasi baby dngar surah al-Quran dari hp, i pasang kuat-kuat. kira ibu, abah ngn baby boleh dengar sekali. tiap kali pasang, baby bagi respon. makin laju dia gerak, dan dia kick. dan masa ni lah, abah dia boleh terasa kehebatan anak dia kick tu. pastu abah dia duk gelak sorang-sorang, hehe!!!

hadiah kapel pertama I kasi suami (dulu ex-boipren la)
hadiah murah jek, sebab beli masa belajar kt Uni lagi. takde duit mane kan. mula-mula ingat nak beli kt diri sendiri, pastu tak jadi sebab pikir nak kasi suami. lepas kasi suami, terus dia letak atas dashboard kereta dia sampai sekarang. sudah 5 tahun umur dia. bateri dan jarum jam pon dah rosak. buat aksesori dlm kereta je tuu. emm harap kekal duk situ sampai beranak pinak, bercucu cicit lah, hehe!! (psst : kanak-kanak suka gigit dia punya pusat lah. ntahlah, cute disitu kot. hehe) - baiklah, takde kaitan dengan tajuk entri lagi, huhu!!

sekian, wassalam. :)

6 comments:

ally said...

nad, leh ek org preggy minum susu hi-goat itu? sy x leh telan sume susu bancuh...dok minum susu kotak dutch lady je..itu je yg leh masuk dlm tekak..susu bancuh tu sume membazir je sy beli..

nadiah said...

ally :

emm doctor yg sy jupe suggest suh minum hi-goat sbb susu ni dpt elak bby kita kena jaundice. emm oke la kot sbb doctor yg ckp oke. try la beli sepaket dulu, dia x rs mcm susu sgt. sedap!!

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

susu tuh susu kambing ker kak nad?? euwww!! saya xleh pegi langsung dgn semua yg berkaitan dgn kambing..!! Enfamama tu besh x?? setakat ni duk minum anmum jerk..tu pun kalo mr weing tu rajin nak mmbuatnya..tp soya fresh panas2 tu hari2 minum..baik utk kulit baby...hehee!!

ally said...

nad,hehe..makasih..ada juga alternatif lain yg leh di minum..adik kata x rasa mcm susu pon, sedap..so, sy nak try la nt.

nadiah said...

weiyda weing :

Yap! susu kambing la, sedap. try lah, hehe!! Enfamama tu lagi best dari anmum kot. taktau la sbb org xleh minum anmum, enfamama oke. soya bgus utk kulit bby kan, minda dia pon jd cerdik nt. org blom minum lagi soya, mybe lpas ni nak minum soya jugak..:)

nadiah said...

Ally :

hehe, try la dulu. takpon tnya sapa2 yg penah minum susu ni jgk. tapi susu ni mmg sedap lah..

oh la la!