Monday, 27 December 2010

5 months checkup done!! but frustrated sikit

baru balik dari checkup ni. sepatutnya checkup esok kan, tapi aku ni gatal, saja-saja je pegi KD lain utk checkup, dan mujurlah dapat checkup. kuikuikui!! dan rupanya, KD yang minggu lepas aku pegi tu, tak cover kawasan rumah aku tinggal skrg ni, dia cover kawasan atas sikit. :)

kira betul jugak lah perkiraan aku pegi KD yang tadi, KD ni cover kawasan tempat tinggal aku, cuma timing error sebab hari ni sepatutnya takde checkup, diorang buat checkup hari Ahad sahaja, tapi disebabkan semalam cuti ganti krismas kan, jadi nurse pon checkuplah jugak. nurse cakap hari ni dia nak checkup ibu-ibu yg hampir nak beranak sahaja, bukan macam aku yg preggy 5 bulan ni, hehe! tapi sebabkan aku ni budak baru, jadi dia terima jugak, ngeh3!!

tapi tadi service kurang sikit la, kecewa Mak!! tadi, takde cek HB, takde cek urine, takde cek apa lagi ntah - next month checkup baru buat (T___T).

taktaulah, rasa kecewa teramat ni hinggakan sekarang rasa kecewa tu tak hilang-hilang lagi. emm mungkin juga sebab pegi klinik sorang tadi kot, takde suami temankan - kena tunggu turn sorang-sorang, pegi tandas sorang-sorang, drive kete pon sorang-sorang (T___T). suami takde ni, outsation seminggu (--").

kecewa checkup tak lengkap, kecewa suami takde disisi..oh ohh ohhh!!

......

emm next month kena inject kancing gigi. rasanya sekali je kot kena inject. lupa tanya detail tadi, hehe! injection kancing gigi ni untuk elak ibu kena sawan, atau kancing gigi masa nak beranak nanti. fuihh!! resah sungguh bila dgr pasal injection ni. seramm sikit!!

next week lak, kena pegi jumpa dentist kat klinik mana ntah tadi, lupa. tapi jalan ke sana dah hafal dah, hehe! emm sajalah pegi cek gigi. gigi dan gusi bengkak berdarah hari tu dah tak berdarah mana dah, hasil dari gunapakai ubat gigi dan berus gigi yang mahal tu, hehe!! mujur mujarab, ^__^

emm tadi nurse ada letak sumthing utk dengar heartbeat babyku tercayam ni, tapi aku tak pasti lak aku dengar ke tak heartbeat tu sbb bising dengan suara-suara nurse je kat situ. hishh!! tapi nurse yg cek aku tu ckp heartbeat baby aku tak dengar mana, maybe sebab dia kecik lagi. eleh!! padahal bising, mana nak dengar. baby aku kuat lah, hehe!!

ini buku pink sudah makin lunyai, remuk dan hancus, haha!! masa awal-awal buat buku ni, kakak nurse pesan suh bawak buku ni kemana-mana saja, kiranya buku ni macam ic kedua aku lah. so, aku sumbat je buku ni dalam handbag, dan aku bawak je dia bersama. cool kan??

dan oh pasal berat badan pula, seperti yg dijangka berlaku, cuma tadi timbang turun sekilo dri timbang minggu lepas, hehe. mungkin psiko lebih ni, terus berat turun sekilo, haha!! 47kg sahaja, 3kg naik dari bulan lepas, terus kakak nurse tanda dengan pen merah dan dia nasihati berat kena naik 0.5kg je sebulan ye, bukan 3kg, huhu!!

** after 6 months preggy, baru boleh naik 0.5kg seminggu. SEMINGGU oke??!! hehe!

selain twister oren, ini juga kegemaran (eh tetiba je)

10 comments:

chekgu Moe said...

woooo~
takpe eh kalo tak buat check up ngan detail?

molie kene 2 kali ATT tu..(tetanus)
sakit!

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

uish..naik 3kg? xkena pi spital ker? saya aritu kena pi..nyampah tol!! heheee...cocok 5 bulan ker? pesal saya cocok 7 bulan?? aiii..pelik benonyerr...nanti berat ler sebelah lengan tuh..ada gak r kat smeinggu tp xper utk kebaikan si ibu n anak kan?? wee!!

Puan aiNa Rahman said...

naik 0.5kg je? banyak aa die. bby dah makin membesar..mak bby pun nak makin besar la..hahaa.

nadiah said...

chekgu Moe :

ntah le. kalu ikut org, kenalah buat full checkup, br puashati sikit. ni tak..org ni balik rumah teringat-ingat je, kuciwa nyaaaaa!!

nadiah said...

weiyda weing :

hehe, mungkin sbb sy ni kurus keding kot, jd dia abaikan g cek hospital. hhe. nt nurse ckp dia nk pantau, next month cmne, kalau naik gak, kena g hosp la kot. :)

nadiah said...

aina rahman :

aah, preggy 5 months ke bwh, kena naik 0.5kg je sbulan. lps 6 months ke atas, 0.5kg sminggu tau!! makin gemok lah nt..hehe!!

mamaleen said...

sakit sangat cucuk ni.. sampai demam la.. tapi cucuk yg ke-2 dah tak demam..

lepas cucuk urut2 ckit kat tempat sekeliling tu.. bagi ubat jalan..

nadiah said...

mamaleen :

sakit ek? emm ramai org ckp cmtu..2 kali ke kena inject? aduh, takuttt!!

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

oh..saya dah xkena inject 5 bulan..itu utk primid sahaja..yeayy!! nanti 7 bulan baru kena...xsakit pun kak nad..tapi esok lusanya tu yg berat sebelah bahunya..serban giler..kebas..ahaksss!!

nadiah said...

weiyda weing :

yeke. hishh!! yg sakit, serban bahu tu yang tak tahan tu. ayoyo!! terpaksa lah terima kan...huhu!!

oh la la!