Thursday, 23 December 2010

about weight, food and bla bla

Lepas baca kat SriKandi Mama ini, terus hati rasa lega. Ya! Lega yang teramat sebab rupanya berat badan naik bersebablah, bukan sebab baby kita besar dalam perot kita semata-mata, tapi ada sebab lain. Sebab apa? Baiklah, mari sini nak terangkan. Penambahan berat badan ibu boyot ini disebabkan :

  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yg berlebihan : 2.75 - 3 lg
  • Penambahan darah : 1.5 - 2 kg
  • Penambahan cecair badan yg lain : 1.5 - 2 kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 - 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 - 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 - 1 kg
  • Plasenta (Uri) : 0.5 - 0.75 kg

see?! kan dah cakap. :)

Dan INGAT, ibu-ibu boyot kena makan makanan berkhasiat tau, sebab baby ni serap segala apa yang ibu dia makan. Yang penting, makanan tu mesti HALAL sebab makanan akan darah daging tau.

contohnya seperti apa yang aku makan, hehe. ini untuk hi-tea, tapi macam tak logik menu ni di waktu petang. aku suka suki je bantai sebab taktau nak makan apa tadi. hehe!

homemade coslow dan enfamama milk - last stok ini. Nanti nak minum hi-goat lak. hehe!
juga, buah limau dan manggis - last stok juga, kena beli banyak-banyak esok.

burp!! Alhamdulillah. makanan sesimple ini pon boleh jadi kenyang sekejap, haha! Ya, sekejap sebab nanti mesti lapar balik. :) emm memang selera luarbiasa sikit bila preggy ini. asyik nak mintak suap je. pelik, kadang-kadang tengah malam pon rasa nak makan. Terima kasihlah seleraku, sebab kaulah, berat badan aku naik, haha!!

eh hari ini baby sangat aktif. dari pagi sampai sekarang dia asyik je menendang perot ni, hingga rasa geli-geli je, macam beralun je. kenapa agaknya ye? Dia lapar ke? Dia mengantuk ke? emm Padahal aku dah makan banyakkkkk sangat tengahari tadi, huhu!! sebenarnya aku sukaa dia tendang menendang ini, itu bermakna dia aktif dan sihat kan, hoyeh!!! kadang-kadang sampai tertunggu-tunggu dia tendang, haha!! mesti dia cakap, 'hish ibu ni, kita tendang salah, tak tendang pon salah"...haha!!

dan ohh, paha aku sakit lah, taktahu kenapa? dah tiga hari macam ni. Jalan pon dah macam penguin dah, hehe! sebelom tido mesti sapu minyak panas dulu dan rasa lega sekejap, pastu esok pagi bangun tido, sakit balik. isk isk!! (T__T). Maybe sebab berat aku makin bertambah, jadi paha ini baru nak belajar menanggung berat badan aku yg baru. kira ini proses penyesuaian la kot, hehe! suka suki je aku ni, hoho!!

oklah, suami dapat cuti pulak, nak balik kampong ni. Belog cuti 2 hari ye. Tata!!

8 comments:

"..butterfly.." said...

i nih dh lbh kurg 2bln dipanggil penguin oleh suamiku..haha
nt perut da besar nk angkat kaki pakai 'penda' pon susah..bersiap sedia lah..kuikuikui

(terfikir: cmne geng2 yg mcm biggest loser tu ek..hehe)

Nad Nazira said...

hye nadiah..sukenye dapat jumpe org yang same2 risau pasal weight ni. kalau bebel nganorg yang tak kene, mesti kene dush balik. katanye gemok sebab ada baby takpe..masalahnye kalau berat naik mendadak, it's not a good sign pun kan..hehe.


nad..takleh nak minum enfamama..takleh terima langsung rasa die..tah kenapa..nasib baik aritu beli trial pack yang ada 6 peket dalam die..tuh pun jenuh nak ngabeskan..

Sophie said...

Bagusnya nad blh minum susu. Pya tak boleh ni minum susu. Minum pastu muntah balik! Huhu... Milo pon da naik muak. Teh pulak berangin. Dah tak tau nak minum ape dah. =(

Puan aiNa Rahman said...

yaaa..bby tecik jek..penyimpanan segala mak nenek tu la yang jd berat tu, kan..kan

nad / nadiah said...

puan ewa / "..butterfly.." :

siannya dipanggil penguin tp yelah, bila dh makin boyot ni, jalan pon dh mcm penguin kan. kan. HAHA.
eh i ni sejak sakit paha, memang susah nk pakai 'penda'..kesian diri sendiri. hukhuk!!

nad / nadiah said...

Nad Nazira :

aah, risau kan. sekarang kena jaga2 sikit bila nak makan. makan byk boleh, tp kena berkhasiat kan. hehe.

emm sy takleh ngn anmum, bila minum je, terus nk mnth, 1st trimester mmg dgn anmum. pastu bila asyik mnth je, terus tukar enfamama, bila try minum boleh pulak..:)

nad / nadiah said...

sophie :

eh sama je kita. sy masa 1st trimester pon macam tu jgk. susu, milo, teh, segala jenis air memang takleh nk minum. sampaikan dh taktau nk minum air apa. emm pastu mmbr suggest minum twister oren, barulah boleh.

nurse pon suh bykkan minum air buah bila rasa loya nak muntah ni. try pya minum air buah lak.

nad / nadiah said...

puan aina rahman :

Yap!! baby kecik je. rupanya berat tu sebab lain kan. hehe.

oh la la!