Thursday, 23 December 2010

checkup cancel (--")

21 weeks : baby's now the size of a BANANA (sila rujuk sticker ---->)
tp contoh banana aku kecik je, haha. suami aku pon dah cakap itu bukan
saiz banana dlm sticker tu, tapi degil nak amik gambar jugak, huhu!!

hari ini, sepatutnya ada checkup utk 5 months pregnant tapi bila pegi KD (klinik desa) sini, diorang cakap hari ini takde checkup, sebab hari ni nurse pegi lawat rumah ke rumah je. no checkup-checkup. jadi, sila datang lagi minggu depan, hari Selasa ye, bukan hari Ahad sebab Ahad cuti ganti Krismas lak. Adoi! Isnin pon takleh checkup, hari Ahad dan Selasa je jadual checkup. oh kecewa mak!! menyesal pakai baju cantek-cantek, tudung lilit-lilit segala, hahaha.

emm pelik, kalu kat KK Kuantan, diorang checkup hari-hari. diorang bahagi tugas lah - ada nurse yang pegi melawat rumah, ada nurse yg jaga klinik. tapi sini, diorang bahagi HARI lak. emm nasib badan lah. hari ini 1st time nak checkup kat situ sebab baru pindah kan, sbelum ni kat KK Kuantan je. pastu ini pulak yang terjadi, baru semangat berkobar-kobar nak tahu perkembangan diri dan baby tapi.... (--")

ohh tadi sempat jugak naik timbangan klinik, curi-curi naik dan mak aihh! terkejut den, berat sudah 48++kg lah. hoho!! sangat advance lah, bulan lepas cuma 44.5kg je. aduhai, naik 4kg ni beb. mahu kena marah ni, jadi kena standby jiwa raga lah kot-kot nanti kena marah kan. emm nak tunggu Selasa ini, mahu naik lagi sekilo. gilos!!

1st checkup - 41.4kg (kena tanda pen merah sbb underweight)
2nd checkup - takde sbb nurse lawat kt rumah je.
3rd checkup - 41.8 kg jek
4th checkup - 44.5kg
5th checkup - 48++kg, or maybe lebih lagi. hohoho!

emm 5 months pregnant, berat sudah naik 8kg kot, hehe. hati besar memang rasa suka sampai nak buat lompat bintang ni, tapi hati kecik takut kena marah, takut naik mendadak sangat, takut ini tak elok dan sebagainya. emm tapi aku rasa takde masalah kot sebab nurse memang nak suh naik berat badan pon, kan kurus sangat pon tak ok kan. (ayat penyejuk hati, hehe)

cuma kan, bila tengok fizikal aku, aku ni naik tang perot je, memang bulat lah perot ini. tangan kaki badan, sama je macam sebelum-sebelum, takde peningkatan pon. oh satu lagi naik, kat bontot, hahaha! emm adik aku jahat, dia cakap bontot aku dah besau, sebelum ni kecik je. cis!! pastu aku jawablah, eh ok ape, kan nanti nak teran baby senang sebab bontot besar, hahaha!!!

harap-harap next checkup takde masalah lah. if ada, breakfast takleh dah yang berat-berat, kena makan ala-ala western lak, hehe. Lunch je patut makan berat-berat kan. Diner pon kena makan ringan-ringan je. Buah-buahan jangan lupa makan. Yay!! remind cepat-cepat, kalau lapar je, terus capai buah. stok buah kena banyak ni. hoyeh! mari shopping buah, jomm!!

happy thursday people, esok sini cuti. tapi suami tak cuti pon (--")

10 comments:

chekgu Moe said...

nad...tu yang molie tak suke g klinik desa ni.. adeii.. mesti takde la..hari sekian2 lah..
so, senang buat kat private... call je tanye doc ade tak? heheeh..

takpe nad, naik mendadak itu normal..heheehe..
(ayat sedapkan ati) hahaha..

jom makan buahhh..esok somi cuti..tapi suruh dia coti isnin pulak.. kensel cuti esok..sebab molie skolah esok..=)

nadiah said...

molie :

aah. tak suka kan. tp org dh buat buku kt gov, terpaksalah checkup situ. kalu tahu awal2 mcm ni, baik g checkup klinik panel suami je. hehe.

naik mndadak tu normal kan sbb tgh bhgia. hehe! Yeke, org minggu dpn suami outstation lak, smggu. sedih!! :)

sheky said...

waahh kenaikan yg memberangsangkan! heheh..ok la tu naik perut je..org ni ngan idung2 skali naik! nk upload pic pun segan!hahha..tp baik2 tau jgn bg bby besar sgt takut susah nk teran!push push!hihi (peringatan kt diri sendiri jgk ni) ;)

nadiah said...

sheky :

hehe. suka sebab berat leh naik, tapi risau kot-kot baby besar dlm perot. emm baiklah, nt kena kontrol mkn lah. hehe.

eh. upload la pic terbaru, suh zarul snap pic pastu awk posing cntekkkk punya. yay!

iRa~" said...

hye k.nad..:)
wahh bakal dpt bby sulung yea..
cgrats!
msti comei naik kat prut je yang lain x..hee
cnfirm pas bersalin leh slim mcm sblm prgnant..
aminn..hee

Puan aiNa Rahman said...

ala..ms preggy je pun nak mkn byk². aina makan jer..mls nak pikir gemuk. janji bby sehat sudah. =D

nadiah said...

ira~" :

Yap! baby sulung ni, thanks! InsyaAllah, mudahan sng lah nk slim balik nt. HAHA. :)

nadiah said...

mama aina :

Aah kan, jnji baby sihat. cuma kan org suka mkn fastfood lah skrg, ok ke mkn tu? risau jgk kdg2, tp balun jgk makan. haha!

iRa~" said...

heee..
msti xsbr da nk tunggu bby kua kan..:)
due bila kak?
moga smua slmt..heee

nadiah said...

iRa~" :

due awal bulan 5, InsyaAllah, mudahan semua selamat ye. Amin!!

oh la la!