Saturday, 25 December 2010

1 day and a half like heaven

Hish!! tak suka betul bila balik kampong sekarang ni. dah elak taknak balik, tapi terbalik juga (--"). Yap, ini tak suka serius tau, bukan main-mainlah. bukan umah MiL je tak suka balik, umah Ma sendiri pon sama lah. serius!!

mujurlah kali ni sempat balik umah MiL je di Kuala Besut, bukan balik dua-dua rumah. phewwt!! lega seposen. cuti ni pendek je, jadi amik syarat balik umah paling dekat je, hehe. emm dah banyak kali cakap kat suami, cuti ni kita jangan balik ek, kita stay je sini. best jugak kan. Tapi suami taknak, dia cakap bosan. (T___T).

ohh tak suka, tak suka, tak sukanyaaa!!

kenapa tak suka??? sebab bila balik kampong je, ada SiL yang sangat rajin, baik dan suka masak yang best-best, oh bencinya!! (bab masak dan makan kasi BOLD terus, hehe). pastu akhirnya, aku pon tak dapat nak elak dari TAKNAK makan dohh! dah cuba elak, tapi diorang asyik panggil je, hish! naik seganlah, pastu bila dah join makan, tertambah pulak banyak, haha. kan dah cakap taknak makan tadi, bila dah makan, cannot stop pulak, ni malas ni - marah diri sendiri, hehe! pulak makan secara berjemaah, dan berlaukkan masakan kampong, ohh lagi lah berselera. sambil makan sambil bergelak ketawa. ini namanya muafakat membawa berkat, haha!!

emm ini belom balik umah Ma lagi. kalau duk umah Ma, lagi macam-macam yg sedap ada. siap boleh order apa yang diidam-idamkan. cis anak bedebah, ini menyusahkan Ma ni, haha!! tapi serius lah, Ma memang suka anak-anak dia balik ramai-ramai, pastu nanti Ma mesti masak apa yang anak dia suka makan. kalau anak sulung suka makan gulai terung dengan ikan rebus goreng, Ma pasti buat. pastu anak kedua lak suka makan nasik minyak, Ma pasti masak hari esoknya pulak. pastu gilir-gilirlah menu ikut adik-beradik. heaven kan?? haha.

bila balik kampong je, habis cancel program nak diet. baru plan nak try diet sebab takut dan risau nanti berat yg dah naik tu, makin naik melambung-lambung, bila berat naik nanti kena marah dengan kakak nurse, pastu nanti bila dah kena marah, terus rasa nak nangis sebab tak kontrol makan dan terus takleh tido, haha. tapi betullah, tengah plan nak kawal makan, nak diet ni, nak makan sikit je tapi kerap. bukan makan banyak yang kerap, hehe!!

emm esoklah mula diet ni. doakan harap-harap jadilah. Yay!


menu malam tadi : mee kari dengan kuah panas-panas

sebenarnya mee kari bukanlah my favourite food. dulu, bila Ma buat mee kari, mesti takmau makan sebab tak suka kari. padahal kuah kari dia bukan kaw-kaw macam kuah kari mamak tu, tapi taknak jugak try makan. dah berkali-kali Ma paksa, tapi aku tetap cari nasik. takde nasik, sanggup masak nasik dan lauk sendiri, haha. tapi sejak preggy ni, boleh pulak telan mee kari ni tapi bukan yang Ma buat. SiL yang buat, dia buat minggu lepas kot. cubaan pertama, dan berjaya makan. Yay!! dan semalam, cipta sejarah sebab makan mee kari dengan banyak dan siap tambah lagi tu, hohohoho!!

** SiL yang rajin, baik dan suka masak kat kampong tu adalah SiL yang sama dengan yang suka masak utk aku dgn suami kat rumah Terengganu ni sebab aku dan suami kan tumpang rumah dia sebelom dapat rumah lain, hehe!!


sotong celup tepung RM7 satu pinggan sahaja.

Tadi ondaway balik ke Terengganu dari Kuala besut, cuacanya ya ampunnnn panas giler, sampai aircond dalam kereta dah takde rasa sejuk. rasa makin panas adalah. mata aku yang tak sepet pon dah jadi sepet sebab tahan panas yang melampau tadi. suami pon cakap perit mata dia tahan cahaya matahari, dahlah nak drive kereta lagi. kesian suami (--"). pastu bila aircond rasa dah tak sejuk, suami bukak tingkap je, suh fresh air masuk dalam kereta, barulah ok sikit.

tadi balik ikut laluan tepi pantai, dan tepi pantai tu ada banyak kedai jual ikan, sotong, udang celup tepung tau. jadi tadi, sebab cuaca panas sangat, suami suggest kitorang singgah dulu kedai, makan-makan, minum-minum dulu. dan Yay, makan lagi. sukaaa, haha!!

tadi aku makan sotong celup tepung je, sebab rasa macam taknak makan nasik, suami lak makan mee goreng. sotong celup tepung ni sedap jgk, sepinggan RM7 je. ingat tadi mahu tambah lagi sepinggan tapi tak jadi sebab ada budak kecik sebelah meja aku tu asyik je tengok aku hinggakan aku rasa aku pakai tudung senget je. siap tanya suami lagi, "B, tudung orang ni senget ke?"....tapi suami geleng-geleng je. eh ke sebab aku makan sotong dengan rakus sangat tadi smpai dia rasa aku ni monster, haha!!


5 months and a half preggy
perot je bulat, tangan still kurus keding, (@___@)

hohohoho, merry christmas, and happy holiday friends!

4 comments:

adachadisini said...

port paling jeles nengoknya. Pantai!!!
sini nan ado!

nadiah said...

adachadisini :

sini mmg bykk pantai tapi asyik ujan je, nak lepak pantai pon dah tak best..

emm masa lepak ni, ada mat-mat saleh tgh buat surfing kt ombak bergelombang tinggi. mmg gila lah diorg tu.

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

saya juga pegi tadi...ramai gilos orang..tp xsempat nak hupdate blog lagikk..sakit pinggang n belakang lol...adussss....

nadiah said...

g makan sotong celup tepung jgk ek? aah, td pon ramai, panas dan lapar. haha, siap pakej terus...

samalah, sakit belakang, pinggang dan paha juga..:(

oh la la!