Thursday 2 September 2010

pencen awal dan risau


yap!! pencen awal bukan dengan sengaja, tapi keadaan diri macam tak mengizinkan. ecece, ayat tak hengat tu! sekarang saya lepak rumah saja. dah tak pergi siapkan biskut raya tu lagi. mungkin rezeki saya setakat tu je, harap-harap kawan-kawan seperjuangan tak marahkan saya atas kesulitan saya ni. hoho!!

lepas doc confirmkan saya memang hamil, saya memanglah terkejut walaupon dah buat upt (urine pregnancy test) dua kali dan resultnya dua kali jugak +ve. punyalah tak caya kan, sanggup buat dua kali tu. hoho!! jadi, suami terus suruh saya rehat saja, takyah buat keje berat-berat. sebenarnya kami lebih beringat selepas kejadian miscariage dulu tu. yelah, rezeki kan, kena lah jaga dengan baik-baik. bukan senang nak dapat ni. Alhamdulillah!!

dulu, memang bukan rezeki kami, tapi saya menyesal tak sudah, sebab masa tu saya terlalu aktif dan asyik berulang alik ke kb - kedah (suami keje kat kedah masa ni). then bila ade program kat terengganu, saya ke sane pulak. ubat asid folik saya tak makan, susu apatah lagi. sebenarnya saya lambat tahu saya pregnant mase tu, selepas seminggu tahu, sudah miscarriage. memang saya menangis tak hengat lahh. saya takmau jumpa sapa-sapa dah masa tu, sebab saya pikir itu semua salah saya, padahal suami tak pernah cakap apa-apa, tapi dia selalu nasihatkan saya, kita cuba lagi.

sebab itulah, kali ni saya sangat berjaga-jaga. biarlah orang cakap saya mengada-ngada, manja, gedik tapi saya dah tak kisah dah, sebab bukan dia yang alami keadaan saya ni. 3 bulan pertama merupakan saat penting untuk saya dan baby. saya perlu makan makanan berkhasiat, minum susu walaupon asyik cirit birit je, taklupa makan asid folik dan rehatkan diri aje. ^___^. cuma saya risau sekarang, saya tak boleh naik kereta sekarang. bila naik je, kaki ni terus kejang. camne la nak balik kampung nt. hoho. mahu kena berhenti banyak kali ni. hehe. tapelah, dugaan preggy mom kan, saya terima dengan redha.

saya belom lagi muntah-muntah cuma asyik loya mual saja. saya harap saya dapat puase penuh kali ni. InsyaAllah. saya dah tak pegi bazar ramadan sebab saya serabut dan pening kepala tengok orang ramai ni. baik saya order dengan encek suami, biar dia je yang beli. hahaha!! oh ya, sebelom tahu saya preggy ni kan, suami saya demam teruk, siap cari panadol lagi nak makan. haha. dia mana penah deman atau sakit ke apa, antibodi badan dia kuat, cuma hari tu, boleh pulak dia demam, tido siap berselimut segala lagi tau. mase tu dia dah cakap dah, kali ni lain macam je kan. dia pon kadang-kadang mual dan loya jugak. comel kan? haha.

oke, last sekali, mari kita layan biskut yang sedap hingga menjilat cup ni, hoho, nama dia Biskut Sarang Semut ye!!


nah, biskut kepakaran saya, haha. keje saya cuma masukkan adunan tu dalam cupnya sajo.
biskut sarang semut, nampak tak semut-semut tu? haha.

2 comments:

Fariha said...

hoh!!!! feveret!!!

nadiah said...

fariha : ini feveret hubby org tau!

oh la la!