Wednesday, 1 September 2010

semuanya malas


malas. malas. dan malas.

bukan sengaja nak malas tapi ntah lah. emm mungkin sebab badan letih, penat. nak basuh baju malas, nak lipat baju malas, nak tido malas (eh eh tipu, tido i rajin noo. haha), nak reply komen kat fb pon malas, asyik klik like je (haha), nak berblogging pon malas tapi sebab duk sorang-sorang ni, kena la rajin sikit berblogging utk hilangkan rasa bosan ni. uhh!! encek suamiku tercinta bekerja malam ni. ayoyo!! emm Ma pesan, jangan malas-malas, nanti baby ikut habit mamanya jugak. aik, mama ke bukan ibu eh? haha. nak tahu tak, saya makan banyakkkkk sangat sekarang, tapi selalunya beli kat bazar ramadan aja. haha. asyik-asyik nasi kerabu, nasi minyak, nasi kukus. ohh boring pulak. esok nak masaklah. nak masak simple-simple aja, tapi mana ade bahan mentah kat peti ais tu. kena pegi beli lahhh, arghhhh!!! eh sejak minum susu anmum materna ni, perot asyik cirit birit je, tak leh masyukk dalam perotku kot! ke memang camni kalu minum susu ni ek? memang sistem pencernaan jadi baik punya lah, tapi tak tahan jugak bila asyik ulang alik toilet ni. suami cakap mungkin susu tu nak suit ngn perot kita, thats way dia jadi gitu dulu. emm oke oke! cuba dulu. kalu tak oke jugak, baru tukar, tapi susu ape lagi ek yang sesuai utk keadaan i sekarang ye? emmm.

2 comments:

Cik Cha said...

Cuba terai (Dah cuba terai pulok) google. Or baca blog-blog mummies. Ai minum HL Marigold je. tu pon sbb low-fat punya susu kan. Kihkih. Susu orang ngandong ni tak tahu sebab tak pernah ngandong-ngandong lagi ah. hihik

nadiah said...

itu la pasal, tahu anmum je sesuai utk prggy mom ni. aduhai, kena google lah cari ni.

oh la la!