Tuesday 19 February 2013

saya rindu..

Assalamualaikum wbt semua!

Lamanya saya tak berbelog. Pheww, dah bersarang bagai dah belog ni, hihi! Saya rindu nak mencoret itu ini tapi takde masa. Hah? Takde masa? Hihi, bukan takde masa tapi malaassssa, hihi!

Hari ini, 19.02.2013, saya nekad nk aktif semula dalam menulis even saya sorang je baca, tak kisahlah janji ini diari online saya, huhu. 

Anas Iman skrg sudah hampir ke usia 2 tahun. Memang cepat sangat masa berlalu, dan rasanya rindu sangat masa dia bambam dulu. Plan saya dan suami, bila anas sudah setahun 5 bulan, kami nak tambah sorang lagi, tapi plan asyik failed je, hakhak!

Sekarang, saya sudah menjadi fulltime housewife, tapi saya masih bekerja. Kerja menjahit dari rumah, dan jual online, kira bekerja jugak la kan. Bukan fultimes housewife, tapi half-half, hihi. Saya ingat lagi waktu nak resign kerja gomen, ramai yang bantah, ramai yang mencebik, ramai yang menasihati, dan ramai  juga yang tak setuju. Saya paham, kerja gomen beb, rugilah resign. Rugi seumur hidup.

Tapi saya nekad, sebab yang kerja, saya. Yang terima gaji bulan2, saya. Yang merasai apa saya rasa, saya. Yang tahu ikhlas atau tak, saya. Apa gunanya bekerja jika hati selalu tak seronok, selalu rasa tak ikhlas, selalu rasa menyampah, selalu rasa nak hempuk je murid2 sndiri, dan selalu rasa taknak pegi keje tiap pagi. Yes! Selalunya itulah perasaan saya bila bekerja. Selalu!

Bila diimbas kembali, rasa berdosa kerana tiap bulan gaji yang saya terima utk membeli makanan, membeli keperluan hidup, membayar bil itu ini hasil dari pekerjaan yang saya tak sukai, hasil dari ketidak-ikhlasan saya bekerja. Ohh, sungguh berdosa.

Jadi, saya nekad, apa nak jadi, jadilah! Lepas saya hantar surat resign pada guru besar dan guru besar bagi 2 3 4 5 nasihat, tapi hati saya tetap dgn keputusan yg sama. Lepas habis notis sebulan, saya terus tinggalkan dunia kerjaya yg mungkin bukan rezeki saya. Terus saya berpindah dan tinggal bersama suami yg dulu duduk berjauhan dgn saya dan anas buat saya rasa sangat gembira, rasa macam hilang segala masalah. Ya, lega!

Sekarang, saya buat bisnes sndiri, bekerja dari rumah, dan punya masa fleksibel utk buat apa yang suka. Kini, saya rasa lebih gembira, lebih tenang. Walaupon duit bulanan saya dapat sekarang tak tetap macam gaji saya dlu, tapi saya rasa lebih bahagia kerana duit ini hasil dari hati saya yg ikhlas dlm membuat apa yg saya suka.

Terbaru ; Saya dan anas yg tengah badmood, hihi

Alhamdulillah, mungkin inilah jalan hidup saya, iaitu bersama suami mmbesarkan anas bersama-sama. Dan InshaALLAH! Mudah-mudahan rezeki saya dan suami terus murah pada masa akan datang. Amin!


Yang gembira,
Ibu anas iman

1 comment:

Dilla Kim FHKD said...

yeah selamat berblog~

ada jer org baca, jgn risau. hehe

betul juga ckp nadiah, kalau ari-ari rasa malas jer nak pg keje.
baik berhenti.

rezeki Allah yang bagi.Semoga Berjaya =)

oh la la!