Wednesday, 1 December 2010

geng abah ke ibu ?

cuba teka, dia geng sape? (HAHA. takkan nampak punye)

semalam scan si kecik ni. Yelah, lately banyak sangatlahhhhhhh travel. risau takot ada apa-apa komplikasi atau problem. jadi, baik kami beringat sebelom padah kan. memanglah aku takde rasa sakit ke apa, tapi risau si kecik ni yang sakit. dia penat ke apa ke kan? ^__^. oh, pegi scan dekat klinik swasta dekat-dekat saja. biase checkup kt klinik gomen, dia scan 2 kali jek. sekali mase 13 weeks, sekali lagi mase 8 bulan kot.

masa masuk klinik, ramai jugak yang ada. dua tiga orang yang sama geng perot boyot. HAHA. semua comel dgn perot masing-masing. aku pon comel (HEK ELEH). turn aku lambat jugak, siap aku boleh layan habis drama Tangisan Bulan Madu kat TV1. HAHA. tapi berbaloilah tunggu, sebab si doktor tu tersangatlah baik dan friendly. dia cerita detail habis. well done!! oh, bila time nak scan aku dah berdebar dup dap dup dap. rasa macam nak jumpa prince charming jek. HAHA. si suami lagi lah, siap sengih-sengih. apa laaa!! bila si doktor letak gel & alat scan tu, HAH, dah nampak dia. WOW!! aktif benar. siap menggeliat lagi. hish hish! anak ibu ni, patutlah rasa macam geli-geli je perot ibu sekarang ni. memula nampak kepala dia, tulang belakang dia, tangan dia, kaki dia. terus rasa nak menangis tapi coverlah, malu dengan doktor. TAPI si suami, boleh pulak dia gelak kuat-kuat sebab syok tengok baby gerak-gerak aktif kan. :P

oh! baby pon dah tak malu-malu nak tunjuk tutt dia. ehem ehem!! kami dah tahu, anda tahu? HAHA. tak mungkin anda tahu. tapi si suami eksited lah, ada geng katanya, eleh!! tapi baby geng kompromi ibu jugak, boleh jd bodyguard ibu nanti. HAHA.

apapon, perjalanan masihhhhhhhh panjang lagi. baby boy ke baby girl ke, aku tak kisah. janji dia sihat sempurna, jadi anak yang baik, beriman, bijak pandai. aku taknak demand, aku hanya mahukan yang terbaik saja. :)

emm sekarang baby tersangatlah aktif, kadang-kadang bila dia gerak-gerak, aku sendiri konfius ni baby bergerak ke perot aku berghazal ni. HAHA. semalam, dia banyak kali bergerak, sampai masa nak tido pon perot rasa geli-geli jek. tapi pagi ni, senyap je dia. tido barangkali. HEHE. walaupon kadang-kadang tido aku sudah tidak selena dulu, tapi aku rasa bahagia sangat sebab setiap detik bagai ada memori yang tak mungkin boleh padam. ^_^. aku suka jadi ibu boyot!!

*18 weeks*
setiap hari pasti ada momen indah- terima kasih Tuhan

11 comments:

sLeEpy said...

geng abah?
boboy laa nih.. congrats.. :)

adachadisini said...

Yeah! another footballer wanna be is coming.

nadiah said...

nushan : setakat ni begitu lah. hehe!!

cha : takmau. nak dia jd hockey player lak. ngeh3!!

sLeEpy said...

mahu boboy jugek nnti.. AMIN :)

nadiah said...

nushan : amin!! psst, nt leh la jd besan. haha!!

sLeEpy said...

hihihi.. nnti irdeena tua sethn plak.. hihihi.. okay ke?

nadiah said...

hehe. no hal lah!!

xpon, nt bila org dpt bby girl, nushan bby boy, kita besan. hehe!

adachadisini said...

amboi. dah chop-cop

Puan aiNa Rahman said...

naddddd...bole gang oke. xleh buat menantu. hahaa. aina pn tergelak tgk bby gerak2, comel sgt. no wonder la hubby nad pn tergelak jugak.

dah bole rs die gerak ye? aina blom la. biasa rs cam pedih2 je. hu3. xtau la kot2 die gerak kuat sgt ke..haha

cicikgurl said...

waaaa..... da ade perancangan nk berbesan nampaknyer...hehehe =)

nadiah said...

cha : ^___^.

aina : hehe. nt dia gerak, aina mesti nak selalu dia gerak, smpai tertunggu2 dia gerak tau!!

cicikgurl : haha. haruslah plan awal-awal. :)

oh la la!