Sunday, 12 December 2010

bukan raja bersiong lahh

malam semalam, malam tadi dan pagi tadi, bila gosok gigi je, gusi terus berdarah la. takuttt!! walaupon dah gosok slow-slow bagai takmau gosok, dia tetap berdarah wooo!! dan bila tengok gigi berdarah ni, terus rasa diri ni Raja Bersiong. HAHA. tp itu darah aku sendiri bukan org lain. huk huk!!

jadi, aku terus refer dengan Kak Engku Bidan Bersalin utk cari info pasal ini, dan dia cakap ini memang akan berlaku kpda ibu-ibu hamil. eh bukan dia cakap, dia tulis. hehe!! jadi, lega sekejap !! tapi tapi tapi, dia ada cakap, ada 3 jenis komplikasi yang biasa berlaku pada ibu-ibu hamil ni :

PERTAMA : pregnancy gingivitis iaitu gusi bengkak sebab kurangnya kalsium,
KEDUA : periodonatal disease iaitu jangkitan punca dari gusi bengkak yg mnyebabkan pendarahan, gigi goyang / struktur gigi berubah dan
KETIGA : pregnancy tumor iaitu bengkak pada gusi makin membesar, sakit dan bernanah - sukar utk makan dan bercakap.

terus aku jadi takut, takut efek pada baby. harap-harap gusi berdarah aku ni simpton biasa je dan bukanlah yg serius mana kan. ibu kan kuat, jadi baby pon harus kuat. yok, kita bersenam yok baby. kita kena kuat kan baby. yah yah, mari bersenam meh!! HAHA! emm bila cerita kat suami, terus dia cari maternity toothpaste dan toothbrush dgn berus lembut utk aku. wah take care habis suamiku ni. emm yelah, sebab tiap kali gusi berdarah je, aku jerit panggil dia, mahu dia naik seram dgn jeritan aku tu, pulak dengan gigi gusi berdarah macam hantu ni. HAHA.

Pureen Maternity Toothpaste : RM 18.50
Oral-B CrossAction Massage : RM 13.50
(mahalnakmampuih - kalau tak berkesan jugak taktaulah. huh!)

to baby :
baby kena kuat macam abah tau. abah badan tough.
tuu, tengok abah dgn aksi mcm nk mnyepak bola tu. huh! ada gaya kan baby kan. HAHA.

2 comments:

Aina Rahman said...

nad..tu normal. aina pn selalu gak gusi berdarah time gosok gigi. huhuhuu. maybe sbb berus gigi tajam kot. klo lembut2 xde ape nyer.

erm..nak gi cari berus gigi macam nad la..hehehe

nadiah said...

aina : aah. berus gigi tu best la jugak. memula pakai mcm x gosok gigi je. berus dia mcm pendek2 je. HEHE

oh la la!