Monday, 11 October 2010

akhirnya tercapai


orang cakap bila perempuan mengandung, lelaki yang buat perempuan tu mengandung akan berkorban apa sahaja untuk memenuhi permintaan perempuan itu. haha. tapi selalu hubungan suami-isteri halal je, yang pasti sanggup berkorban. kalau yang haram tu, haruslah cabut lari dulu selepas tahu si perempuan tu preggy, memang dasar jantan kan. choi!!

tapi suami aku
sebelom preggy dan selepas preggy ni sama saja, sanggup berkorban itu ini. mintak apa sahaja, pasti dipenuhi. apa sahaja. ececeh!!

bila aku cakap nak makan puding, dia terus beria-ria cari. kebetulan dia ade dinner di hotel malam tadi, terus dia tapau aku puding. dua bekas u!! tapi dua-dua bekas ada puding yang sama. cit!! tapi bukan salah dia, salah pekerja hotel tu. haha!! dia bawak balik puding honeydew. yummy. sangat sedap. masih ade dlm freezer tu, baru makan sikit je. haha..

dah snap gambar puding tu, tapi cable usb tu macam x mau je berfungsi tadi kat laptop ni. jadi aku malas nk cuba banyak kali. cukup la cerita kat sini kot. takde gambar pon ok. lagipon puding tu tak secantek yang aku idam-idamkan. hoho!!

note : kenduri hari tu xde puding, cuma ade kuih seri muka aje. kalu makan kuih tu, muka terus jadi seri-seri - suami aku cakap tu. apolah!!

No comments:

oh la la!