Saturday, 7 August 2010

adatlah bila manusia


bila je dapat result spm, terus ditanya nanti plan nak sambung belajar ke, nak amik form 6 ke, ke nak keje terus? jadi pikir dan pikir, sambung belajar lah, untuk masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang. hehe! tung tang tung tang tengah belajar, dah ada dah yang sibuk tanya, dah ada boyfren ke belom, yelah kot nanti lepas abis belajar susah pulak nak cari, baik cari je mase belajar, senang, abis belajar, keje sekejap, leh terus kawen, gitu? kalau belom ade boyfren, mula la nak kenen-kenenkan dengan anak pak jali la, anak pak mail la, katanya orang baik-baik, terpelajar. haihh!

bila taknak, mula la kata kita ni demand lah, memilihlah. alah, kalau dah jodoh tak kemana punya. em belajar semester akhir, mula lah bercinta dengan anak pak daud. rancang setahun keje, baru nak kawen. nak kumpul duit banyak-banyak, mahu buat grand-grand. hahaha! bila dah abis belajar dan mula keje, weekend balik kampong la, mula lah si penyibuk tu datang menyelidik itu dan ini. bila nak langsungnya, kata dah ade boyfren. haih, cepat sungguh berita tersebar. jawab, oh belom tahu lagi, boyfren duk kat oversea sekarang, wahh, tiba-tiba cakap besar pulak, padahal boyfren keje kat hulu langat je. kuang2! saje je, nak bagitau begitu, suh diorang terbeliak bijik mata sikit. hehehe!

lepas setahun keje, mula lah kawen dengan si jantung hati. majlis berlangsung dgn meriah dan bahagia. ehem, baru sebulan nikah, dah ada la yang tanya, dah berisi ke belom. dan mula la duk cerita, anak mak leha hujung kampong yg kawen yang tarikh sama tu dah mengandung dah, cepat diorang tu. aktif. haha. anak mak gayah kat tepi masjid pon baru dua bulan kawen, dah lekat dah. cok cek cok cek, dia bercerita. kemudian, 8 bulan berlalu, belom mengandung lagi. haihh, datang lah si dia tanya lagi, dan mula judge sndiri cakap ni taknak mengandung sebab nak jaga badan lah, eh rugilah kalau taknak mengandung time muda-muda ni. itulah, inilah. teng teng teng teng, pening kepalaku.

aduhai makcik, kalau dah belom sampai waktunya, belom lagi la tu, tungguuuuuuuuuu!! hehe! lagipun ingat senang ke nak jaga budak-budak skrg. perlu mental dan fizikal yang kuat. di zaman yang serba moden, pantas dan zsss laju ni, kanak-kanak pon dah pandai, budak lelaki kecik-kecik pon dah layan cerita porno, pastu bila balik rumah, aplikasi kat adik-adik perempuan, takpon sepupu perempuan, pastu mula lah jadi gian, dah jadi parak pulak.

belum lagi cerita anak-anak gadis rela diri jadi habuan mat-mat rempit tu. aduh, apa la nak jadi dgn bdk-bdk sekarang ni. bila baca paper je, macam-macam cerita yang tak enak terjadi, kes buang bayi tu, takyah cakaplah, sepatutnya berani buat berani lah tanggung. ni tak, bayi yang tak berdosa ni lah yg jadi mangsa. ceh, terus amik lirik lagu Harapan ke tajuk ape ek? ala, lagu yang ramai artis nyanyi tu, pasal kes buang bayi ni la, lupa lah. hehe!

eh panjang lebar lak entri ni. memang takde keje la ni, hehe, tapi entri ni bermisi, misinya ialah pertemuan, perpisahan, rezeki, ajal, maut semuanya di tangan Tuhan, kita hanyalah hambaNya untuk perlu berserah ke atasNya, tapi perlulah berusaha juga. ^__^ (eh gitu pulak)


NOTE : cerita di atas takde kaitan dengan tuan penulis, mungkin kalau ada pon sipi-sipi je. tapi boleh la dijadikan pengajaran. hoho!


2 comments:

iha said...

biasala kak nad, org tua mulut kepoh..ade je x puas hatinye..hal ank bini org laju je amik, hal ank dare sendiri yg terkoyak kain xnk amik tau..

nadiah said...

haha. iha bagi komen terus ayat power tu. ^__^

oh la la!