Monday, 22 November 2010

mengkalut

ntah. minggu ni rasa minggu paling kalut kot. buat keje pon macam tergesa-gesa aje, yelah, dah bulan terakhirkan. huish!! oh, kami kan mahu pindah. dari pahang darul makmur ke terengganu darul iman pula. dan bulan ni bulan last sewa di rumah pahang, so kenalah angkut segala mala benda kat sana. tapi belom mengangkut lagi ni. hikhik!! sebab ada banyakkkkkk lagi misi belom selesai ni. phewww!

misi 1 : cari rumah sewa baru
seharian mencari semalam. bila dah berkenan sebijik, rupanya dah berpenghuni. bayangkan, rumah tu cermin tingkatnya ditutup dgn suratkhabar je. haruslah kita pikir takde org tinggalkan. if ada, tentulah dia pasang langsir segala. ini tidak!! lepas disiasat rupanya student U yang duduk. oh patutlah, ini mesti student lelaki ni. hikhik. then, survey lagi sampai petang, jumpa lagi sebijik. besar, sebab leh masuk 2 bijik kereta dalam satu pagar. rumah 3 bilik tidur, 2 bilik air. kawasan pon oke lah, ramai famili yang tinggal situ. macam secure lah. tapi sayang, harga sewa pula mcm tak berbaloi. RM550 untuk sebulan. err macam mahal, macam murah. bila plus-plus dgn bil air, bil elektrik, astro sudah mencecah dekat RM700 kot. pheww!! macam rugi. baik beli rumah sendiri kan. jenuh-jenuh nak bayar pon, itu aset masa depan. dannnnnnnn skrg ni, belom decide lagi nak sewa ke nak beli. nak beli ke nak sewa. huh!

misi 2 : angkut mengangkut
mujur ada lori sendiri nak angkut barang-barang. tak susah-susah nak bayar sewa lori. hehe. tapi lori tu abang ipar yang jadi drivernya sebab dia memang driver lori kan. dah booked dia awal-awal sebab takut nanti ada org lain yang booked dia pula. plan nak angkut barang dari pahang sabtu ni. tapi sebelom tu, kenalah packing-packing barang dulu. barang nak guna dan barang nak buang. penat jugak ni. mujurlah cikdo akan ikut jugak balik pahang nt, kalau ikut aku je, tentu mati katak aku nanti. ibu mengandung mane leh buat keje berat-beratkan. hikhik!!

misi 3 : mencari keje baru
oh bosannn. bila duk terengganu, terus rasa nak keje balik kat opis lama. rindu suasana dulu. tapi aku makin memboyot ni. ada ke nak amik aku keje. huks!!

p/s : harap semuanya segera selesai dan cepat selesai. oh malasnya nak pindah-pindah ni. grrr!!

2 comments:

adachadisini said...

err. pindah mana? ganu ke pahang?
pahang ke ganu?

nadiah said...

pahang ke ganu pula. tukar angin baru, dkt dgn kg. hehe

oh la la!