Thursday 21 February 2013

nak masak sedap macam MA..

Semalam saya tanya suami, nanti bila anas dah besar, agak-agak dia kata tak, 

'rindunya nak makan masakan ibu, ibu masak sedapp!'. Suami kata, 'mestilah. Anak tetap akan kata masakan ibulah yg terbaik, sbb dari kecik lagi dia duk makan'.

Tapi saya selalu rasa saya failed bab masak. Masaklah apa saja, tetap tekak ni rasa tak sedap even suami takde komplain pape, siap makan bertambah lg, huhuhu.

Saya penah masak gulai ayam, tapi rupanya sungguhnya pelik, rasanya so-so jelah. Saya penah buat singgang ikan, tp rasa masin ya ampunn. Saya dah ikut cara Ma ajar tapi taktau la apa yang tak kena, tetap salah, tetap tak sedap. Hmm, rasanya bakat memasak saya takde kot. (--")

Saya pelik, sbb Ma masak dalam sejam, pelbagai lauk dia leh buat. Tapi saya, dalam masa sejam pon masih terkulat-kulat nak buat itu ini. Ma cepat sangat buat keje, apa saja. Rasanya takde sorang anak Ma yg menurun bakat Ma bab masak ni. Kakmah pon sama, dia teror gulai udang je, hihi. 

Suami kata, kalau sntiasa praktis, inshaALLAH, nanti pakar lah. Order apa saje, pasti saya leh buat, emm yelah tuuu. Sekarang ni, saya duk terpikir apa nak masak utk makan tengahari, hishh rasa stress plak, macam nak jawab soklan exam rasanya. Blur. OMG!

Kadang2 pikir kan best kalau Ma ada dekat dgn rumah saya, tengahari je, saya balik makan rumah Ma. Ma buat lauk simple pon tetap sedap, selamanya sedap!


Tiap kali nak masak benda baru, kompem call ma tanya resepi. Kadang2 benda selalu buat pon, boleh lupa camne nak buat. So, apa lagi, call ma la tanya, hihi. Macam nasi ayam kt bawah tu, ma siap tulis resepi lagi camne nak buat. Ma tulis sbb tau anak dia ni pelupa, huhu. Jemput malas dgn cekmek yg senang ni pon kena call ma dulu tanya cara nak buat camne, nampak sangat tak pandai kan, hahaha!

Saya harap utk tahun-tahun akan datang, saya dah teror masak macam2. Dan harap nanti anas akan rindu masakan saya, macam saya rindu masakan ma. Inshallah!

Ma kata, masak je selalu. Nanti pandai la. Ma pon sblom kawen, siang ikan pon tak pandai. Tapi sebab duk dgn mak mertua, kena paksa diri utk jadi pandai la. Nanti apa pulak kata mak mertua kan.

Tapi, saya duk dgn suami, keadaan macam ni tak memaksa saya sgt utk masak. Bila blur sgt nk masak apa, saya ajak suami makan kt kedai je, habis cerita, haha! Agaknya kena ajak Cik duduk dgn saya kot, huhu!


Nasi ayam ikut resepi Ma. Kali pertama buat, bolehlah. Kali kedua, sungguh sedap, hihi!

Jemput pisang dan cekmek utk breakfast.

Tuesday 19 February 2013

saya rindu..

Assalamualaikum wbt semua!

Lamanya saya tak berbelog. Pheww, dah bersarang bagai dah belog ni, hihi! Saya rindu nak mencoret itu ini tapi takde masa. Hah? Takde masa? Hihi, bukan takde masa tapi malaassssa, hihi!

Hari ini, 19.02.2013, saya nekad nk aktif semula dalam menulis even saya sorang je baca, tak kisahlah janji ini diari online saya, huhu. 

Anas Iman skrg sudah hampir ke usia 2 tahun. Memang cepat sangat masa berlalu, dan rasanya rindu sangat masa dia bambam dulu. Plan saya dan suami, bila anas sudah setahun 5 bulan, kami nak tambah sorang lagi, tapi plan asyik failed je, hakhak!

Sekarang, saya sudah menjadi fulltime housewife, tapi saya masih bekerja. Kerja menjahit dari rumah, dan jual online, kira bekerja jugak la kan. Bukan fultimes housewife, tapi half-half, hihi. Saya ingat lagi waktu nak resign kerja gomen, ramai yang bantah, ramai yang mencebik, ramai yang menasihati, dan ramai  juga yang tak setuju. Saya paham, kerja gomen beb, rugilah resign. Rugi seumur hidup.

Tapi saya nekad, sebab yang kerja, saya. Yang terima gaji bulan2, saya. Yang merasai apa saya rasa, saya. Yang tahu ikhlas atau tak, saya. Apa gunanya bekerja jika hati selalu tak seronok, selalu rasa tak ikhlas, selalu rasa menyampah, selalu rasa nak hempuk je murid2 sndiri, dan selalu rasa taknak pegi keje tiap pagi. Yes! Selalunya itulah perasaan saya bila bekerja. Selalu!

Bila diimbas kembali, rasa berdosa kerana tiap bulan gaji yang saya terima utk membeli makanan, membeli keperluan hidup, membayar bil itu ini hasil dari pekerjaan yang saya tak sukai, hasil dari ketidak-ikhlasan saya bekerja. Ohh, sungguh berdosa.

Jadi, saya nekad, apa nak jadi, jadilah! Lepas saya hantar surat resign pada guru besar dan guru besar bagi 2 3 4 5 nasihat, tapi hati saya tetap dgn keputusan yg sama. Lepas habis notis sebulan, saya terus tinggalkan dunia kerjaya yg mungkin bukan rezeki saya. Terus saya berpindah dan tinggal bersama suami yg dulu duduk berjauhan dgn saya dan anas buat saya rasa sangat gembira, rasa macam hilang segala masalah. Ya, lega!

Sekarang, saya buat bisnes sndiri, bekerja dari rumah, dan punya masa fleksibel utk buat apa yang suka. Kini, saya rasa lebih gembira, lebih tenang. Walaupon duit bulanan saya dapat sekarang tak tetap macam gaji saya dlu, tapi saya rasa lebih bahagia kerana duit ini hasil dari hati saya yg ikhlas dlm membuat apa yg saya suka.

Terbaru ; Saya dan anas yg tengah badmood, hihi

Alhamdulillah, mungkin inilah jalan hidup saya, iaitu bersama suami mmbesarkan anas bersama-sama. Dan InshaALLAH! Mudah-mudahan rezeki saya dan suami terus murah pada masa akan datang. Amin!


Yang gembira,
Ibu anas iman

oh la la!